Terbaharu | New

Program CSR Bersama Duta Jakel Serta Pelancaran Kempen Jualan Ramadan Raya 2021.

Program CSR Bersama Duta Jakel Serta Pelancaran Kempen Jualan Ramadan Raya 2021.



Penyerahan sumbangan oleh Yb Datuk Seri Mohamed Faroz kepada wakil pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak Kuala Lumpur dan 30 Orang Kurang Upaya ( cacat penglihatan ) turut menerima sumbangan baju raya.




Program CSR Bersama Duta Jakel Serta Pelancaran Kempen Jualan Ramadan Raya 2021 moga dapat membantu mereka menampung keperluan puasa dan berhari raya. 

Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Jakel atas bantuan kepada pelajar -pelajar mereka dan memberi satu lukisan menarik lukisan Oku penglihatan.




Jakel telah mengadakan pelbagai program CSR bersama masyarakat sepanjang bulan Ramadan ini termasuk bantuan kewangan, barangan dapur dan pengagihan bubur lambuk di masjid. Jakel akan sentiasa mengambil serius perihal pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pelanggan dan kakitangan yang berada di dalam premis Jakel. 



Bagi yang berbelanja lebih, Pihak Jakel akan memberi percuma sekotak mask pelindung muka kepada pelanggan. Turut serta memperkenalkan duta Jakel 2021 iaitu Nabil Aad, Shuk Shar, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara Alana yang turut hadir memberikan sumbangan. 



Jakel turut melancarkan koleksi baju Melayu dari fabrik dengan teknologi ‘cepat kering dan berangin’ yang tidak panas, berangin serta selesa dipakai sempena kempen pada tahun 2021 ini. 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial mereka :
Facebook:
https://www.facebook.com/jakeltextile/
Instagram :
https://www.instagram.com/jakeltextile/?hl=en