Terkini | New

Infinix Mobility Limited Akan Melancarkan Inovasi Terkini, Hot 10S di Malaysia

Kali ini kami kongsikan salah satu telefon pintar yang istimewa buat penggemar permainan video dan hiburan akan dilancarkan dengan casing telefon eksklusif dan penutup belakang kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).


Perhatian bagi semua peminat permainan video dan teknologi. Kini peranti berjenama teknologi global Infinix dengan bangganya mengumumkan pelancaran inovasi terbaru mereka, siri Hot 10S di Malaysia pada 13 Julai 2021. Siri Hot 10S akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee dan pengguna boleh mula ‘add to cart’ pada 7 Julai 2021.


Khas untuk peminat teknologi, pengemar permainan video, pelajar, dan generasi muda yang akan datang, Hot 10S yang menarik dengan harga yang berpatutan adalah penambahan baru  kepada portfolio Hot 10. Telefon pintar permainan video dan hiburan yang dinanti-nantikan ini membolehkan pengguna bermain permainan video dengan lancar dan ikuti trend terkini dengan lebih mudah.


Untuk memeriahkan lagi pelancaran di kalangan peminatnya, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S. 



Infinix akan mendedahkan lebih banyak lagi maklumat tentang spesifikasi telefon dan ciri-ciri pada hari pelancaran nanti.  Jom sedia awal-awal dengan design dan harga yang pasti padu.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai siri Hot 10S, boleh layari laman web Infinix Malaysia, laman Facebook, Instagram dan Kedai Rasmi di Shopee. 

Laman Web : www.infinixmobility.com/my/
Facebook : https://www.facebook.com/InfinixMobileMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/infinixmobilemalaysia/


#infinixmalaysia #hot10s #xtrachunxtrahot #bettergamingexperience 
#longerbatterylife #incrediblecamera