Terbaharu | New

3 Lokasi Menarik Untuk Aktiviti Lasak Dan Sukan ATV Di Negeri Sembilan.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda destinasi aktivi lasak yang menarik di Negeri Sembilan. Sambil itu mudah untuk kita rancang sekali percutian dan jelajah tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Sembilan.



Selain Port Dickson yang terkenal dengan aktiviti mandi-manda dan aktiviti sukan air, jom lihat pengalaman kami bermain aktiviti lasak yang pasti anda teruja untuk berkongsi bersama kawan-kawan dan keluarga. 


1. X-Park Sendayan
Mencari tempat aktiviti lasak sambil boleh santai-santai dari panas boleh cuba aktiviti di @X-Park Sendayan


Pelbagai aktiviti sukan dan riadah boleh anda cuba seperti Go-Kart , ATV ride, Archery, Point Paintball dan lain-lain lagi. Selain kemudahan tempat solat, event space, tempat makan dan carboot sale yang menarik.






Boleh dikatakan semuanya lengkap kerana berada di kawasan strategik Bandar Sri Sendayan dengan kawasan seluas 34 ekar dan terdapat 18 aktiviti reakrasi lain termasuklah club house dan driving range golf.

XPark Sendayan
Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan
Tel : 017-447 3913


2. Atv Kg Jkin Extreme Park / Kg Jkin Resort
Nak rasa pengalaman mencabar boleh ke Atv Kg Jkin Extreme Park / Kg Jkin Resort bermain Atv di dalam hutan. Sekarang mereka mempromosikan sukan lasak dengan harga yang menarik termasuk flyingfox. 













Nak menginap di sini pun boleh sebab mereka menyediakan rumah-rumah pokok dan chalet untuk bermalam. Kalau ramai-ramai memang menarik, nak buat team building dan event pun boleh kat sini.

Kampung Jkin Resort
 361, 70400, Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 011-2089 3883 / 017-883 3674



3. Uncle Wong Happy Farm
Aktiviti lasak bermain ATV juga menarik di 欢乐农场 Uncle Wong Happy Farm yang terletak di Lukut, Negeri Sembilan. Memang padu aktiviti ATV lasak kali ini hinggakan masuk lopak-lopak air dah ladang kelapa sawit.






Selain itu boleh ambil package siap dengan aktiviti air seperti padel bot, banana boat dan kayak.

Spot bergambar pun banyak untuk anda bergambar sakan.

Sri Parit, Lukut Port Dickson
Lot 11886, Bukit Permata, 71010 Lukut, Negeri Sembilan
Tel : 011-6339 2188


Jika ada yang meminati hiking @ atau memanjat bukit dan gunung kami sarankan anda salah satu port menarik untuk melihat pemandangan cantik dan indah adalah di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson. Antara tarikan pupolar adalah Rumah Api Tanjung Tuan, Bukit Batu Putih dan Trek Pulau Intan ( Denai Tangga taubat).


Memang padu juga trek untuk ke pantai dari Rumah Api Tanjung Tuan yang mengambil masa 10 hingga 20 minit, masa naik pula mungkin lebih. Jika ingin lebih mudah anda disarankan untuk melalui trek Batu Putih dahulu sebelum tiba di Rumah Api Tanjung Tuan.





Jika berpeluang anda akan dapat melihat burung-burung helang sekitar Rumah Api Tanjung Tuan yang bersejarah. Pastikan anda membuang sampah-sampah makanan dan minuman yang anda bawa jika berkunjung ke sini.

Jangan lupa bergambar, menikmati makanan lazat dan menjelajahi tempat-tempat lain yang menarik di Negeri Sembilan. Jom jumpa anda di Negeri Sembilan...