Persatuan Karyawan Malaysia Anjur Program Hi-tea Eksklusif Bersama Barisan Artis Ternama Pada 24 Oktober 2026
Persatuan Karyawan Malaysia Anjur Program Hi-tea Eksklusif Bersama Barisan Artis Ternama Pada 24 Oktober 2026
.jpg)
Persatuan Karyawan Malaysia dengan bangganya mengumumkan penganjuran majlis Hi-Tea Karyawan yang bakal dihimpunkan bersama barisan artis popular dan berpengalaman tanah air.
Acara sanjungan seniman ini bertujuan meraikan penggiat seni tempatan serta memberi peluang kepada para peminat untuk beramah mesra secara dekat bersama artis kegemaran mereka.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Majlis ini dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober 2026 (Sabtu), bermula jam 12:00 tengah hari hingga 4:00 petang, bertempat di Aras 1, Steg Hotel Kuala Lumpur. Antara barisan artis dan pengacara tersohor yang bakal memeriahkan majlis ini termasuklah Rahmat Mega, Zur Eda, Helmi Gimmick, Datin Ramziela dan Aishahanim.
.jpg)
.jpg)
Para tetamu yang hadir bukan sahaja akan disajikan dengan hidangan santapan minum petang yang menyelerakan, malah bakal dihiburkan dengan persembahan nyanyian secara langsung, sesi ramah mesra, serta pelbagai aktiviti menarik sepanjang empat jam majlis berlangsung.


"Kerja-kerja bersama Karyawan kali ini Naan Corner selalu letak sebahagian ke tabung Karyawan, Alhamdulillah.. kami juga sesama artis membantu menjual tiket kepada rakan, keluarga artis dan badan-badan koporat. Turut akan berlansung banyak lagi program bersama Karyawan pada tiap-tiap bulan pada masa hadapan," Ujar Dato'Khadijah Ibrahim.
.jpg)
.jpg)
Pas masuk bagi majlis ini ditawarkan pada harga RM85 untuk seorang (per pax). Tempat adalah terhad bagi memastikan keselesaan dan suasana yang eksklusif untuk semua tetamu.
.jpg)
.jpg)
Dapatkan tiket anda sekarang untuk tidak melepaskan peluang keemasan beramah mesra bersama barisan bintang kesayangan anda dalam suasana yang santai dan penuh gilang-gemilang.

Orang ramai dan para peminat yang berminat untuk menghadiri majlis ini boleh membuat tempahan tiket atau sebarang pertanyaan lanjut melalui talian perkhidmatan pelanggan di WhatsApp: +6012-2622020