Terkini | New

Berkunjung ke Kota Mahsuri, Langkawi Yang Penuh Bersejarah

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda destinasi terbaik di Pulau Langkawi. Jom kita rancang percutian jelajah tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi.

Terdapat banyak sekali tarikan pelancongan yang anda boleh diterokai di Langkawi dan kami berpeluang merasai sendiri pengalaman bercuti. Jom lihat pengalaman kami di Langkawi dan melihat sendiri aktiviti yang boleh anda lakukan jika berkunjung ke Langkawi. Moh kite!



Kali ini kami berpeluang singgah ke Kota Mahsuri yang penuh bersejarah tetapi pementasan teater masih ditangguh dahulu sementara pembinaan dewan teater yang lebih besar. Semoga kita dapat melihat teater yang penuh warna-warni nanti di Kota Mahsuri.




Selain melihat dan memahami sejarah asal Pulau Langkawi, Mahsuri dan keturunan yang ke 7 terakhir iaitu Wan Aisyah. Anda akan di hiburkan dengan alunan musik caklempong, gamelan dan pertunjukan silat. 






Terdapat juga rumah-rumah kampung lama dan perigi mahsuri untuk anda lawati. Jangan lupa singgah untuk merasai kuih-muih hasil jualan penduduk Langkawi.




Terdapat juga beberapa kedai yang menjual kraftangan dan batik untuk anda kunjungi. Anda boleh melihat sendiri hasil ukiran batik tangan dan cop yang cukup cantik dan asli.





Jangan lupa singgah ke Kota Mahsuri jika berkunjung ke Langkawi.

Terima kasih kepada FAM Trip ke Langkawi kali ini adalah anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan harga boleh anda boleh hubungi QTTravel :
http://www.wasap.my/60182404505/NakpakejtourLangkawi    (Adam Daniel)