Terbaharu | New

Keindahan Panorama Langkawi Menaiki SkyCab, Sky Brige Dan 3D Art Langkawi, galeri seni 3D terbesar di Malaysia

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda destinasi terbaik di Pulau Langkawi. Jom kita rancang percutian jelajah tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi.

Terdapat banyak sekali tarikan pelancongan yang anda boleh diterokai di Langkawi dan kami berpeluang merasai sendiri pengalaman bercuti. Jom lihat pengalaman kami di Langkawi dan melihat sendiri aktiviti yang boleh anda lakukan jika berkunjung ke Langkawi. Moh kite!



Kali ini kami berpeluang ke Sky Brige Langkawi, Sky Bridge hanya boleh dicapai dengan menaiki Langkawi Sky Cab ke stesen teratas dan menaiki funikular bersarung kaca, Sky Glide, terus ke bawah ke pintu masuk jambatan, atau berjalan kaki sejauh 150 meter menuruni gunung. 


Kami berjalan kaki memang penat tetapi berbaloi dengan view yang sangat cantik.



Akhirnya sampai juga ke Sky Brige Langkawi dengan cuaca yang baik. Pemandangan memang mempersonakan dan cantik, anda berpeluang melihat pemandangan 360" sekitar Langkawi dengan gunung-ganang dan pulau yang indah.





3D Art Langkawi, galeri seni 3D terbesar di Malaysia salah satu destinasi harus anda pergi bagi peminat swafoto dan bergambar. Terdapat 3 zon menarik lukisan yang pasti memikat hati anda. Jangan lupa untuk bergambar bersama kawan-kawan, pasti menarik.






Jnagn lupa ambil peluang melihat sendiri keindahan langkawi di Gunung Mat Cincang yang indah dan pasti membawa seribu kenangan untuk semua.

Terima kasih kepada FAM Trip ke Langkawi kali ini adalah anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan harga boleh anda boleh hubungi QTTravel :
http://www.wasap.my/60182404505/NakpakejtourLangkawi    (Adam Daniel)