Terbaharu | New

Pelancaran Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid 'Azaddan & RABBANI, Isman & Faizal HIJJAZ, INTEAM

Program Pelancaran & Penyerahan Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid Anjuran Naurah Care Malaysia & Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)


Bermula tahun 2020, Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia mengambil inisiatif menggerakkan 1 misi iaitu ‘Misi Bakul Makanan Barangan Asas’.




Pihak Naurah Care Malaysia telah menyalurkan hampir 1.000 bakul makanan ke sasaran tertentu di kawasan Lembah Klang, Penang, Langkawi dan Pahang. Kempen ini telah berlangsung pada waktu pandemik yang lalu.


Bermula Fasa Pemulihan pada Oktober 2021. Naurah Care Malaysia menggerakkan 1 misi, iaitu ‘Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid’. Pergerakan misi diatas adalah kesinambungan bagi misi bakul makanan barangan asas.

 

Secara langsung, ianya menggembirakan golongan asnaf yang sangat terjejas di dalam tempoh pandemik covid-19.
 


Misi di atas juga membantu artis-artis nasyid yang terjejas teruk disebabkan pandemik covid-19 ini. Mereka langsung tidak dapat untuk menggerakkan sebarang aktiviti persembahan rakaman dan aktiviti yang lain.





Oleh yang demikian itu, hasil kolaborasi antara Naurah Care Malaysia dan artis-artis nasyid yang mempunyai produk, maka bermulalah Misi Bakul Makanan Kesihatan Artis Nasyid.





Orang ramai, peminat-peminat artis nasyid, syarikat-syarikat korporat dan agensi-agensi kerajaan berpeluang berkongsi rezeki dengan cara menyumbang ke Tabung Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid  hanya sebanyak RM70 untuk 1 bakul.


Bagi merealisasikan hasrat kami untuk menyerahkan sebanyak 3000 unit ke atas bakul makanan Produk Artis Nasyid kepada golongan asnaf diseluruh tanah air. 

 

Daripada Anas bin Malik Ra, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari (13)]


Dalam sesi sidang media Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berharap usaha ini akan sentiasa diteruskan dan berharap agar NGO-NGO lain turut membantu dan menjadi sayap Maiwp bagi meneruskan usaha murni ini.




 
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Naurah Care Malaysia di talian:

PERTUBUHAN MISI KEMANUSIAN NAURAH CARE MALAYSIA
LOT 85874-4, LORONG MELATI, KUANG 48050 KUANG SUNGAI BULOH

Tel: 016-567 5350
Emel: naurahcare@gmail.com
No. Akaun:
BSN: 1410041100045851
CIMB: 8604394886
Laman sesawang: www.naurahcaremalaysia.com

Facebook: Naurah Care
Instagram: naurahcaremalaysia

PERTUBUHAN MISI KEMANUSIAAN NAURAH CARE MALAYSIA