Terbaharu | New

Royale Chulan Seremban, Negeri Sembilan | Lokasi Percutian Menarik Untuk Keluarga

Pengembaraan kami ke Negeri Sembilan bersama Tourism Malaysia Wilayah Tengah adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.



Salah satu penginapan yang menarik di Seremban, Negeri Sembilan adalah Royale Chulan Seremban yang berhadapan dengan Lake garden ,Seremban yang sangat strategik terletak di Bandar Seremban dan menjadi lokasi yang sesuai untuk bercuti tidak perlu memandu terlalu jauh.

Alhamdulillah semua hotel dapat beroperasi semua dengan SOP yang ketat dan mengikut langkah-langkah keselamatan dari Kerajaan.




Kali ini berpeluang dapat tour bilik-bilik, event hall dan club house yang istimewa. Memang besar bilik-bilik yang boleh di jadikan majlis-majlis kecil atau besar seperti perkahwnan dan majlis badan koporat.


Royale Chulan Seremban terkesan juga dengan pendamik dan berjaya menaikkan dan merancakkan kembali industri pelancongan.


Tambahan pula dapat menikmati hidangan makanan Negeri Sembilan dari chef Hotel Royale Chulan yang padu! Masakan asli Negeri Sembilan memang pedas dan anda pasti puas hati dengan hidangan mereka. Podeh dan sodap. 







Antara hidangan dan menu yang saya sarankan anda cuba masakan ulam-ulam tradisi, sambal belacan dan rendang pucuk ubi. 

Rendang dendeng Sri Menanti, masakan tempe dan masakan masak lemak daging salai yang pasti buat anda kecur lidah bila mencuba nanti. Pilihan cheese kek juga anda perlu cuba.







Kawasan kolam mandi Royale Chulan Seremban memang cukup popular dan sangat cantik dengan air terjun buatan dan jakuzi menjadi pilihan mandi-manda kepada pengujung yang menginap di sini. Tempat mandi untuk kanak-kanak juga luas lengkap dengan gelongsor sekali.





Bagi mereka yang ingin menginap di Royale Chulan ini boleh menikmati diskaun apabila anda lengkap dos ke 2 vaksin.  

Anda boleh membeli ebaucar dengan promosi tempoh menginap sehingga 31 Disember 2021 di laman web https://www.royalechulan.com/Gift/web/online-store.aspx\

 Royale Chulan Seremban (The Royale Chulan Resort & Spa Seremban)
Jalan Dato A.S Dawood, Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06-766 6666