Terbaharu | New

vivo V23 5G Rasmi Berharga RM2,099, Swafoto 50MP Dengan Panel Belakang Bertukar Warna

vivo V23 5G  telefon pintar yang boleh berubah warna telah rasmi dilancarkan di Malaysia. Ia mengekalkan kehebatan kamera swafoto yang menjadi mercu tanda siri vivo dan sedia menyokong rangkaian 5G. Vivo akan mula menjual Vivo V23 di Malaysia pada 14 Januari 2022 dan mengadakan promosi jualan awal selama sebulan, sehingga 14 Februari 2022.



Spesifikasi Vivo V23
Telefon pintar Vivo V23 5G boleh dikategorikan sebagai peranti kelas pertengahan, tetapi prestasinya lebih tinggi daripada vivo V23 5G yang dilancarkan bulan Disember lepas. Ini kerana ia memiliki kuasa cip Mediatek Dimensity 920 5G, ditambah lagi dengan RAM yang sangat besar, 12GB dan menyokong RAM tambahan sehingga 4GB. Storan dalaman pula seluas 256GB.


Tarikan utama Vivo V23 yang hebat diperkatakan Vivo adalah kebolehan menukar warna badan telefon, tetapi ia terhad kepada model berwarna Emas sahaja. Menggunakan teknologi Fluorite AG, warna emas di badannya bertukar kepada warna biru apabila terkena cahaya matahari.



Kehebatan seterusnya adalah dua kamera swafoto. Vivo V23 dilengkapi kamera hadapan 50MP auto fokus yang terletak di dalam takuk di dahi skrin, digandingkan bersama kamera ultra lebar 8MP dan dwi-tona LED Flash.



Kamera belakang pula gandingan kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Skrin hadapan Vivo V23 seluas 6.44-inci, jenis AMOLED HD Penuh dan kadar penyegaran 90Hz. Pengimbas capjari terbina di dalam skrin.


Tenaga disalur oleh bateri berkapasiti 4,200mAh dan menyokong pengecasan pantas FlashCharge 44W. Kepala pengecas 44W turut disertakan di dalam kotak. Sistem operasi FunTouch OS 12 dipasang siap di dalam Vivo V23, dibina berasaskan Android 12.


Harga dan Promosi
Telefon terbaru Vivo V23 5G ini dijual pada harga RM2,099 di Malaysia. Ia datang bersama RAM sebesar 12GB, serta storan dalaman 256GB. Ada dua pilihan warna disediakan, antara emas dan hitam.


Ada dua pusingan promosi jualan awal Vivo V23 akan dijalankan. Pusingan pertama dari 14 hingga 16 Januari 2022, pembeli akan menerima hadiah berjumlah RM668, berupa fon telinga vivo TWS 2e, perlindungan keretakan skrin 1 Tahun dan jaminan lanjutan 1 tahun.


Pusingan kedua jualan pula berlangsung dari 17 Januari sehingga 14 Februari 2022. Dalam waktu ini, pembeli akan mendapat hadiah bernilai RM558 iaitu pembersih vakum tanpa wayar, perlindungan keretakan skrin 1 Tahun dan jaminan lanjutan 1 tahun.

Untul pembelian dan maklumat lanjut layari kedai konsep vivo, pengedar sah, kedail E-store, flagship store di Shopee dan Lazada