YB Datuk Alexander Nanta Linggi Lancarkan Program JUALAN MALAYSIA (PJM) 2022

Januari 30, 2022

YB Datuk Alexander Nanta Linggi Lancarkan Program JUALAN MALAYSIA (PJM) 2022 Peringkat Kebangsaan Di Pavilion KL.



PJM 2022 diadakan sebagai kesinambungan inisiatif Kerajaan bagi memulihkan semula ekonomi negara di era endemik dengan menggalakkan pengguna berbelanja di samping menggunakan peluang untuk berjimat sepanjang tahun dengan memanfaatkan tawaran harga yang lebih murah dan berpatutan melalui pelbagai segmen sesuai dengan slogan Kerajaan iaitu Pengguna berhak untuk menentukan apa yang hendak dibeli, di mana hendak dibeli dan bila hendak dibeli.

\

Pada tahun 2022 ini KPDNHEP memberi penekanan kepada 3 teras utama yang dinamakan 3R iaitu Recovery (Pemulihan), Revitalise (merancak) dan Revive (menghidup semula) untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna / peniaga untuk bersama-sama melonjakkan kembali ekonomi negara. Selain itu, melalui inisiatif ini, Kerajaan juga telah menyasarkan sasaran nilai jualan sekurang-kurangnya RM500 bilion dengan penglibatan 300 ribu premis jualan murah diseluruh negara sepanjang tahun 2022 secara terancang.

Pada majlis ini, YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melancarkan PJM 2022 yang merangkumi Segmen Musim Perayaan, Segmen Jualan Mega dan Jualan Akhir Tahun, dan Segmen Jualan Khusus dengan lapan (8) Program Utama yang telah dirancang dan diselaraskan oleh KPDNHEP bersama pemain industri peruncitan di seluruh negara bermula pada Januari sehingga Disember 2022 seperti berikut:

a. Jualan Tahun Baru Cina
b. Jualan Hari Raya Aildilfitri
c. Jualan Pesta Kaamatan
d. Jualan Hari Gawai
e. Jualan Mega Merdeka dan Hari Malaysia
f. Jualan Hari Sukan Negara
g. Jualan Hari Deepavali
h. Jualan Hari Krismas & Year End Sale.



PJM ini juga diharap dapat menjadi pemangkin dan seterusnya menggerakkan sektor peruncitan untuk kembali memberi sumbangan signifikan kepada pencapaian sektor perkhidmatan negara di samping meluaskan semula peluang pekerjaan kepada lebih 2,000,000 orang pekerja dalam sektor ini dan sektor yang berkaitan dengannya.

Kementerian ingin menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak pengurusan Pavilion dan Persatuan-Persatuan Peniaga sekitar Bukit Bintang dan Kuala Lumpur yang telah menawarkan Pusat Membeli Belah Pavilion dan Bukit Bintang sebagai hos tahun ini.


Seterusnya Pihak Pavilion juga memberikan kemudahan menggunakan aset seperti tempat, alat audio visual dan Paparan LED di sekitar Bukit Bintang terutama Paparan LED Raksasa 3D di Pavilion secara percuma untuk dijadikan platform pelancaran dan pancaran aktiviti pelancaran secara serentak untuk dinikmati olehseluruh masyarakat di Bukit Bintang.

Sesungguhnya semangat kerjasama ini merupakan manifestasi ikatan Keluarga Malaysia yang saling bantu-membantu serta tolong-menolong untuk kesejahteraan semua samada di peringkat antara kaum, agama, budaya dan sektor ekonomi sebagaimana yang diinspirasikan oleh YAB Perdana Menteri.


Majlis Pelancaran PJM 2022 ini turut dihadiri oleh:

1. Yang Berhormat Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
2.Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.
3. Yang Berhormat Dato’ Rosol bin Wahid,
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
4. Yang Berbahagia Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP).




You Might Also Like

0 comments