Terkini | New

Jualan Buku Terbesar Big Bad Wolf Books Akan Bermula Di KELANTAN Untuk Julung-Julung Kalinya



Big Bad Wolf Books, dengan misinya untuk ‘Mengubah Dunia, Berdikit-dikit dengan Buku’ (Changing The World, One Book At A Time), akan menuju ke Kelantan buat kali pertama, sempena Jualan Buku ‘Mari Baco’. 

Bermula dari 24 Februari hingga 6 Mac 2022, jualan selama 11 hari ini akan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam di Lotus’s Kota Bharu dan menawarkan diskaun sehingga 95%!

Jualan Buku ‘Mari Baco’ – dengan tema eksklusif untuk Kelantan, adalah sebahagian daripada kempen membaca Big Bad Wolf Books 2022 bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan buku pada harga berpatutan dan menjadikan tabiat ini boleh dicapai oleh semua. 

Bermula dari Kelantan, Big Bad Wolf Books akan melawat negeri-negeri di negara ini dengan tema eksklusif berserta tawaran hebat. Kempen membaca ini ialah sebahagian daripada misi Syarikat untuk terus menggalakkan orang ramai membeli sebuah atau dua buku sama ada untuk diri mereka, rakan atau keluarga mereka bertujuan untuk memperkasa pengetahuan mereka. Buku Big Bad Wolf bertujuan untuk melahirkan generasi pembaca baharu dan meningkatkan pembacaan bahasa Inggeris.

JUALAN BUKU TERBESAR DI DUNIA
Apabila tiba di Lotus’s Kota Bharu, pengunjung akan dapat melihat ‘sarang serigala’ besar yang terletak di tempat letak kereta Lotus. Sebaik sahaja memasuki ‘sarang serigala’ ini, pelawat boleh membelek lebih daripada 10,000 judul buku daripada pelbagai kategori sama ada untuk kanak-kanak, fiksyen atau bukan fiksyen! Seperti di setiap ‘Jualan Buku Big Bad Wolf’ lain yang telah diadakan sejak 2009, rakyat Kelantan dari pelbagai peringkat umur kini akan dapat menikmati pilihan buku yang mampu dimiliki dan berkualiti dari Big Bad Wolf Books sepanjang tempoh jualan ini.


PROMOSI
Di sepanjang Jualan Buku 'Mari Baco', pengunjung boleh menikmati tawaran eksklusif buku berbahasa Inggeris yang berharga sehingga 95% daripada harga runcit yang disyorkan, mencari permata yang jarang-jarang ditemukan di bahagian buku yang berharga RM3, RM5 dan RM8 dan banyak lagi. Rakan kongsi Big Bad Wolf Books dan pengedar tempatan Malaysia, Kualiti Books, juga akan menawarkan pelbagai judul buku pendidikan dan hiburan berbahasa Melayu daripada PTS, IMAN Shoppe, Sasbasi, Pustaka Azhar bermula dari RM2.

Big Bad Wolf Books juga ingin menjemput pelajar kolej dan universiti untuk melawat ke jualan kami serta menikmati diskaun 5% daripada jumlah bil dengan pembelian minimum RM40. Untuk menebus, pelajar hanya perlu mengemukakan kad pengenalan rasmi pelajar pada juruwang. Selain itu, pelanggan pasar raya Lotus yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit semasa ‘Jualan Buku’ ini juga akan mendapat diskaun 5% daripada jumlah pembelian. Untuk menebus diskaun, pelanggan hanya perlu menunjukkan resit sebarang nilai dari pasar raya Lotus.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan minuman di Lotus’s Kota Bharu dan bersiap sedia untuk mengembara ke dalam ‘Sarang Serigala’. Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan ini sememangnya Jualan Buku yang tidak anda boleh lepaskan!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Big Bad Wolf Books, sila lawati:
Laman Web: https://bigbadwolfbooks.com/.
Facebook: https://www.facebook.com/bbwbooks.
Instagram: https://www.instagram.com/bigbadwolfbooks/.
Twitter: https://twitter.com/bigbadwolfbooks.
Hashtag: #BigBadWolfBooks #BBWKelate