Terkini | New

Kerja Tanpa Lengah Dengan RAM Galaxy A03 Yang Pantas


Tidak kira jika anda sedang mencari telefon pintar untuk melaksanakan tugas harian anda atau untuk penggunaan masa lapang, Galaxy A03 dapat memenuhi keinginan anda. 


Kini, pembelajaran hibrid – dalam talian dan luar talian – telah menjadi norma dengan pandemik global, jadi ianya penting untuk mempunyai akses kepada teknologi yang boleh membuat rutin anda lancar. Terutamanya jika anda sentiasa dalam perjalanan, peranti Galaxy A03 yang tidak leceh ini boleh membuat kehidupan harian anda lebih baik.

Pilih antara RAM 3GB atau 4GB – kedua-duanya membolehkan anda menjalankan beberapa tugas dalam satu masa dan bertukar antara aplikasi dengan cepat, serta membuatkan kelas atau mesyuarat dalam talian dengan rakan sekelas anda lebih lancar. Tambahan pula, dengan adanya pemproses Octa-Core UNISOC T606 yang berkuasa, peranti ini lebih responsif. 

Sekarang anda boleh melakukan kerja dengan lebih cepat dan lancar tanpa sekatan. Paparan besar 6.5" HD+ Infinity-V pula memberikan anda visual yang lebih jelas dan mengasyikkan, memudahkan anda untuk membaca dokumen dan menghadiri kelas atau mensyuarat dalam talian. Jika anda berada di dalam bilik yang gelap, jangan lupa menggunakan Dark Mode untuk mengurangkan keletihan mata dan penggunaan bateri pada masa yang sama.

Jadi tunggu apa lagi? Galaxy A03 didatangkan dengan tiga warna iaitu Black, Blue dan Red bermula dari harga runcit disyorkan RM469. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a03-blue-32gb-sm-a035fzbdxme/