Terkini | New

OPPO Malaysia Lancarkan OPPO Reno7, Reno7 Pro Kualiti DSLR, OPPO Watch Free & OPPO Enco Air2

OPPO Mengumumkan Ketibaan Pakar Potret Siri OPPO Reno7 5G, Menyerlahkan Potensi Tanpa Had dalam Foto dan Video Potret.

✓ Siri OPPO Reno7 5G memberikan video dan foto potret seperti DSLR eksklusif dengan Mod Potret, Potret Suar Bokeh, dan pelbagai lagi.
✓ Menampilkan rekaan ikonik OPPO Glow, bahagian luaran siri Reno7 Series 5G diberi kemasan Pengimejan Langsung Laser (Laser Direct Imaging - LDI) buat pertama kali dalam industri.
✓ Dibangunkan bersama oleh OPPO dan Sony, sensor IMX709 membuat kemunculan pertama pada Reno7 Pro 5G, membolehkan tangkapan foto dan video terbaik dalam keadaan pencahayaan malap.


OPPO telah mengumumkan pelancaran edisi terbaru untuk siri Reno — siri OPPO Reno7 5G — pada hari ini di Malaysia. Menawarkan konfigurasi kamera mantap dan fitur pengimejan peningkatan AI, siri OPPO Reno7 5G ialah pakar potret yang berkemampuan untuk membuat tangkapan potret seperti DSLR melalui fitur seperti Mod Potret, Video Potret Suar Bokeh, dan lebih lagi

Kemampuan kamera Reno7 Pro 5G juga dipertingkatkan lagi dengan Sistem Kamera Potret Andalan yang dibina antara dua sensor pengimejan andalan - IMX709 dan IMX766.

Di samping kemampuan kamera profesional, siri OPPO Reno7 5G juga menampilkan reka bentuk ikonik OPPO Glow bersama dengan kesan Pengimejan Langsung Laser (Laser Direct Imaging - LDI) yang dipindahkan ke atas luaran sebuah telefon pintar untuk pertama kali dalam industri, memberikannya tekstur fizikal yang lebih diperhalusi dan penampilan menarik.




Bersama dengan prestasi berkuasa tinggi dan kadar efisien dan produktiviti yang dipertingkatkan dari ColorOS 12, siri OPPO Reno7 5G ialah teman terbaik bagi para pengguna untuk menyerlahkan potretmu tanpa had.




Kuasa Pengimejan Tanpa Had Menghidupkan Potret Indah Seperti DSLR
Memanfaatkan kemampuan AI OPPO, siri OPPO Reno7 5G dilengkapkan dengan kefungsian potret berkuasa tinggi yang memperkasakan para pengguna untuk mengekspresikan setiap sisi personaliti mereka dengan lebih potret professional.




Kunci kepada pengalaman potret OPPO Reno7 5G ialah peningkatan AI, tiga kali ganda, persediaan kamera definisi tinggi. Di ruang belakang telefon, OPPO Reno7 5G menampilkan sebuah kamera utama HD 64MP, sebuah kamera Bersudut Lebar Ultra 118-darjah, dan sebuah kamera makro yang boleh focus kepada subjek sehampir 4cm jaraknya. Di samping itu, di bahagian hadapan kamera memperlihatkan penyertaan sebuah kamera ultra jelas 32MP. 



Sementara kemampuan pengimejan OPPO Reno7 Pro 5G’s dijana oleh Sistem Kamera Potret Andalan yang berkuasa, terdiri dari sebuah kamera utama 50MP dikuasakan oleh sebuah sensor andalan IMX766, di samping sebuah kamera Bersudut Lebar Ultra 8MP, sebuah kamera makro 2MP, dan sebuah sensor suhu warna berdedikasi pada ruang belakang peranti. 



Di bahagian hadapan, kamera hadapan 32MP dikuasakan oleh sensor RGBW andalan generasi seterusnya — IMX709 — yang telah dibangunkan bersama oleh OPPO dan Sony dan telah membuat kemunculan pertama di OPPO Reno7 Pro 5G.




Terima kasih kepada inovasi ini, OPPO Reno7 Pro 5G dengan IMX709 berkemampuan untuk menangkap 60% lebih cahaya daripada sensor kebiasaan RGGB sementara mengurangkan kebisingan sehingga 35%. 

Ini membolehkan OPPO Reno7 Pro 5G untuk menangkap gambar lebih jelas dan cerah di dalm kondisi pencahayaan rendah, menjadikan potret lebih ekspresif di dalam kedua-dua foto dan video melalui penambahbaikan kepada kulit, tekstur, dan kontras.

Bersama dengan penggunaan DOL-HDR yang pertama dalam industri di kamera hadapan sebuah telefon pintar, kamera hadapan OPPO Reno7 Pro 5G membolehkan para pengguna untuk menangkap video swafoto berkualiti tinggi dengan mudah, dan sudut Lebar Pintar membantu mereka untuk mendapatkan swafoto dalam situasi berlainan dengan mudah. Sementara itu di ruang belakang OPPO Reno7 Pro 5G, kamera utama menampilkan sensor andalan IMX766 dengan sebuah sensor bersaiz 1/1.56-inci besar dan teknologi maju termasuk PDAF Omni-Arah Semua Piksel dan DOL-HDR, menjamin sebuah pengalaman potret yang dipertingkatkan dari bawah ke atas.


Mengambil kesempatan penuh di atas asas perkakasan berkuasa tinggi, siri OPPO Reno7 5G hadir lengkap dengan sebuah siri fitur potret yang dipandu oleh teknologi AI utama:



✓ Mod Potret menghasilkan foto potret menakjubkan dengan kedalaman lapangan yang cetek dan tompok cahaya bokeh menakjubkan di latar belakang. Tambahan pula, ia juga menyediakan pengubahsuaian tinggi untuk kedalaman lapangan dan latar belakang bokeh dalam imej potret untuk kedua-dua kamera hadapan dan belakang. 


Dengan 25 saiz apertur berbeza yang berlegar dari F0.95 hingga F16, para pengguna boleh melaraskan imej secara kreatif mengikut gaya mereka dengan Mod Potret baharu ini. Algoritma AI terkini ini mampu untuk mensimulasikan kepanjangan optikal tumpuan berbeza untuk mencipta kesan kedalaman lapangan yang sama dengan apertur lebar sebuah lensa DSLR. Mod Potret juga menawarkan fitur penambahbaikan foto tambahan seperti pengesanan dan pemeliharaan tekstur kulit dan tona kulit, bersama kesan perapian yang memberikan gambar jelas berkualiti tinggi dengan kesan kedalaman lapangan profesional.



✓ Video Potret Suar Bokeh membawakan kemampuan video potret seperti DSLR kepada siri Reno 7 5G dalam hanya beberapa klik. Dikuasakan oleh algoritma pemprosesan imej OPPO , Video Potret Suar Bokeh memberikan pemprosesan waktu sebenar video potret sementara mengekalkan subjek potret kelihatan semula jadi dan terang. Dengan pengesanan dan pemeliharaan tona kulit dioptimumkan, di samping keseluruhan palet dengan kesan perapian, para penggunan mampu mencipta video menarik perhatian dengan mudah bersama suar bokeh di latar belakang untuk gaya yang sebelum ini hanya berkemungkinan jika menggunakan kanta kamera DSLR dengan apertur yang besar.



✓ Video Sorotan AI boleh menangkap butiran dalam kedua-dua latar belakang dan latar depan secara jelas dengan membuat pengoptimuman secara automatik berdasarkan pencahayaan persekitaran. Algoritma HDR Live dan Video Ultra Malam bagi Video Sorotan AI telah dibolehkan secara automatik apabila merakam video pada kamera belakang. Para pengguna boleh merakam video lebih jelas, terang dan berkualiti tinggi dalam suasana matahari terbenam bercahaya latar atau pemandangan bandar yang gelap tanpa pelarasan manual. 

Siri OPPO Reno7 5G juga dilengkapi dengan beberapa fitur imej: Video Potret Warna AI boleh mengesan subjek di dalam video secara automatik dan mengekalkan warna asal penuh asalnya sambil menukarkan selebihnya daripada imej menjadi hitam dan putih ; Video Dwi-Pandangan membantu para pengguna menceritakan kisah mereka daripada perspektif berbeza dengan merakam video daripada kedua-dua kamera hadapan dan belakang dengan serentak; Perapian Potret mengesan individu yang berlainan dalam video dan mengenakan kesan perapian berbeza berdasarkan sifat yang dikenal pasti. Siri OPPO Reno7 5G juga menawarkan fitur pengimejan yang sangat berkuasa dalam scenario berbeza, termasuklah Video Ultra Jelas, Penjejakan Fokus, Imej 108MP Ultra-Jelas dan Flash Snapshot.


Rekaan ultra nipis menampilkan OPPO Glow yang sentiasa berevolusi
Meneruskan rekaan ikonik siri Reno, siri OPPO Reno7 5G memperlihatkan gaya tanpa had dengan reka bentuk ultra nipis, iaitu sekitar ketebalan 7.81 mm dan kira-kira 173 g dalam berat untuk OPPO Reno7 5G, dan ketebalan 7.45mm dan 180g dalam berat untuk OPPO Reno7 Pro 5G. Kedua-duanya hadir dalam dua warna menyegarkan: Startrails Blue and Starry Black untuk Reno7 5G manakala Startrails Blue dan Starlight Black adalah warna untuk OPPO Reno7 Pro 5G.


Startrails Blue telah direka dengan penggunaan inovatif proses pembuatan Pengimejan Terus Laser (Laser Direct Imaging - LDI) di mana OPPO telah menggunakan pemprosesan LDI untuk melukis 1.2 juta mikro-raster, dan setiap raster telah direka dengan ketepatan hanya 20 mikron, memberikan Startrails Blue satu teraan hujanan meteor meluncur melintasi ruang belakang telefon. Dwi-tekstur, lapisan dwi-salutan menyeduhkan telefon dengan dua lapisan warna, memberikan Startrails Blue pelbagai perubahan warna dinamik daripada sejuk ke hangat hanya dalam kemasan satu warna.

Membawakan lebih banyak cahaya ke ruang belakang OPPO Reno7 Pro 5G ialah Pencahayaan Nafas Orbit, yang pertama dalam industri, satu cahaya bulat 3D yang mengelilingi ruang kamera. Pencahayaan Nafas Orbit memancarkan cahaya dengan lembut apabila panggilan masuk atau notifikasi memasuki telefon, menambahkan suasana yang lebih indah pada ruang belakang telefon.

Di bahagian hadapan, OPPO Reno7 5G dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.4-inci dengan kadar penyegaran 90 Hz dan kadar persampelan sentuh 80 Hz sementara OPPO Reno7 Pro 5G dilengkapi dengan sebuah paparan AMOLED 6.5-inci dengan kadar penyegaran 90Hz. Kedua-dua skrin adalah Paparan Penjagaan Mata SGS yang Diiktiraf sebagai sebuah skrin cahaya biru rendah, yang mampu membantu mengurangkan ketegangan mata semasa penggunaan berlanjutan dan Video Netflix HD dan Amazon Prime yang diiktiraf, yang membolehkan pengguna menikmati kandungan penstriman berkualiti tinggi dengan lebih terperinci.

Prestasi Tanpa Had untuk sebuah Pengalaman 5G dan Permainan Luar Biasa
Dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 900 5G SoC dan SoC bersepadu-5G tahap-andalan MediaTek Dimensity 1200-MAX berkuasa tinggi di OPPO Reno7 5G dan OPPO Reno7 Pro 5G , menggunakan teknologi proses 6 nm, kedua-dua peranti menyokong 5G dan Wi-Fi 6, memastikan keterhubungan pantas sewaktu permainan mudah alih. Sebagai tambahan kepada OPPO Reno7 Pro 5G, octa-core SoC dilengkapi sebuah ARM Cortex-A78 core beroperasi sehingga 3GHz, memberikan kuasa pengkomputeran terhebat dengan penggunaan kuasa lebih rendah.


OPPO Reno7 5G hadir dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB sementara OPPO Reno7 Pro 5G tiba dengan 12GB RAM dan 256GB ROM. Dengan teknologi Penambahan RAM yang dibangunkan oleh OPPO, RAM sedia ada boleh ditambah lagi dengan penambahan sebanyak 2GB, 3GB, atau 5GB sebagai RAM sementara untuk Reno7 5G dan penambahan 12GB RAM untuk Reno7 Pro 5G diperuntukkan dari storan ROM yang tidak digunakan.

Selain itu, kedua-dua OPPO Reno7 5G dan OPPO Reno7 Pro 5G juga dilengkapi dengan bateri sebesar 4,500 mAh, pengecasan 65W SUPERVOOCTM, Mod Penjimatan Tenaga Super, dan Mod Siap Sedia Super Waktu Malam. Ini membolehkan siri OPPO Reno7 5G untuk dicas hingga 100% dalam 31 minit dan digunakan sepanjang hari walaupun dalam keadaan bateri rendah.

Dibina di atas asas prestasi berkuasa tinggi, OPPO telah menambah pengoptimuman siri Reno7 5G untuk memberikan pengalaman permainan mudah alih lebih baik secara keseluruhan dengan mengintegrasikan siri teknologi HyperBoost yang dinaik taraf: Penstabilan Kadar Kerangka mengawasi prestasi sistem dan perubahan suhu dalam waktu sebenar, mengekalkan kadar kerangka kekal menurun pada nilai optimum untuk memastikan pengalaman permainan yang lancar; Permulaan Pantas mengekalkan permainan yang kerap dimainkan terus beroperasi di latar belakang, membolehkan para pengguna untuk bermain permainan mudah alih dengan serta-merta.

Keselesaan Tanpa Had dengan ColorOS 12 Serba baharu
Sebagai sebahagian daripada siri pertama untuk ColorOS 12 baharu, siri OPPO Reno7 5G menawarkan kecekapan pintar, kelancaran tanpa tandingan, dan mengukuhkan privasi untuk pengalaman telefon pintar tanpa had.

Terima kasih kepada Air Gestures, para pengguna boleh menjawab dan menyenyapkan panggilan telefon, atau mengawal aplikasi popular dengan gerak isyarat tangan tanpa menyentuh telefon. Sambungan PC menawarkan cara yang lebih efisien untuk bekerja di antara beberapa peranti dengan penghubungan lancar siri OPPO Reno7 5G kepada PC. Setelah dihubungkan, fail, notifikasi dan banyak lagi boleh dikawal di antara kedua-dua peranti dengan lebih mudah.

Keselamatan juga dipertingkatkan pada aras system pengoperasian di siri OPPO Reno7 5G. Anti-Pengintipan Notifikasi menyembunyikan kandungan notifikasi jika mengesan yang seseorang tidak berkenaan sedang melihat telefon. Pengalaman pengguna ultra selamat ini juga telah diiktiraf oleh pertubuhan pihak ketiga termasuklah ePrivacy, ISO, dan TrustArc untuk protokol keselamatan data.

Eksklusif untuk OPPO Reno7 5G, dibantu oleh pengoptimuman peruntukan sumber Sistem Penggalak AI , kadar penuaan menyeluruh untuk OPPO Reno7 5G ialah hanya 2.75% selepas 3 tahun penggunaan harian, memberikan sebuah pengalaman lancar dan pantas lebih lama. Ini telah diiktiraf dalam Sijil Kefasihan 36-Bulan TÃœV SÃœD, yang mana Reno7 5G adalah telefon pintar pertama diiktiraf dengan penilaian kefasihan A 36-bulan TÃœV SÃœD.


Oppo Watch
OPPO Watch Free yang serba baharu juga telah dikeluarkan secara rasmi pada 22 Februari 2022. Jam bergaya dan kontemporari ini adalah jam pintar peringkat permulaan yang disertakan dengan Pemantauan Tidur Semua Senario OSleep untuk membantu anda tidur lebih lena, berserta mod sukan profesional dan fungsi kesihatan yang lain.




Pemantauan Tidur Semua Senario OSleep juga mampu menawarkan pemantauan tidur secara profesional, komprehensif, dan diperibadikan serta analisis untuk sebelum, sewaktu, dan selepas tidur. Secara khususnya, penilaian dengkuran eksklusif, yang disokong oleh sensor profesional dan algoritma lanjutan, boleh mengesan masalah tidur dengan berkesan dan mengusulkan cadangan tepat pada masanya. Sebagai contoh, OPPO Watch Free menghantar peringatan waktu tidur dan menganalisis kependaman tidur anda, tempoh tidur dan fasa tidur dengan fitur seperti analisis tidur nyenyak dan ringan serta pemantauan rapid eye movement (REM).



Selain itu, OPPO Watch Free mempunyai sensor gerakan 6-paksi terbina-dalam dan sensor denyutan jantung optik untuk menyokong lebih 100 mod sukan. Menggunakan algoritma, sensor akan secara automatik mengenal pasti mod sukan yang berbeza, jadi anda tidak perlu lagi risau tentang terlupa mengoperasikan mod tersebut. 


Sebagai tambahan, OPPO Watch Free menyokong pemantauan kadar degupan jantung 24-jam, yang merekodkan degupan jantung anda sepanjang masa dan memberi amaran kepada pengguna dengan getaran apabila degupan jantung tidak teratur dikesan.

OPPO Watch Free juga mempunyai hayat bateri yang panjang selama 14 hari. Hanya pengecasan 5 minit diperlukan untuk memberikan anda penggunaan seharian. Ia adalah lanjutan telefon anda dan telah dilengkapi dengan pelbagai fitur kemudahan seperti Notifikasi Mesej, Notifikasi Panggilan Masuk, Penolakan Panggilan, Find My Phone, and Music Playback Control.


Dengan berat hanya 33g, OPPO Watch Free bukan sahaja ringan untuk dipakai tetapi juga jelas untuk dibaca dengan paparan AMOLED HD 1.64-inci. Tali jam tidak kesat seperti kulit memberikan ruang bernafas yang mengekalkan keselesaan. Anda juga boleh mencipta wajah jam tangan diperibadikan yang sepadan dengan pakaian anda dengan lebih 40+ pilihan wajah jam tangan bergaya OPPO Watch Free dan jam tangan AI Face 2.0.

Dengan setiap fitur dan perincian yang direka teliti, OPPO Watch Free tersedia dalam dua pilihan warna Vanila dan Hitam.


OPPO Enco Air2 
Menampilkan efek audio yang mantap dan harga yang tiada tandingan, OPPO Enco Air2 juga telah tiba secara rasmi di Malaysia. Menonjolkan prestasi berbanding nilai, Enco Air2 telah menetapkan piawai kualiti baharu untuk fon telinga tanpa wayar sebenar untuk fasa harga peringkat permulaan.

 
Mengguna pakai pemacu diafragma titan komposit 13.4mm, OPPO Enco Air2 menyajikan pengguna dengan bass dalam, kuat, julat pertengahan seperti kristal dan kemantapan tiga kali ganda—gabungan sempurna untuk pengalaman audio yang mengasyikkan. Fon telinga ini juga direka bersama sebuah penggalak bass untuk mempertingkatkan lagi prestasi bass mereka. Sama ada anda suka pop, rock atau EDM, fon telinga ini pasti akan memberikan keseronokan tidak ubah seperti menikmati satu konsert secara langsung.

OPPO Enco Air2 memberikan pengalaman audio yang indah dengan 13.4mm pemandu dinamik yang besar


Terima kasih di atas usaha Pasukan Blu-ray OPPO, OPPO Enco Air2 menyediakan pengguna dengan audio seimbang yang sangat indah dan dua kesan bunyi Enco Live serba baharu: Galakan Bass dan Vokal Jelas.

Meneruskan rekaan penutup bekas lut sinar generasi sebelumnya yang dikenali ramai, bekas pengecasan OPPO Enco Air2 yang berkaca dan hampir lutsinar memancarkan keceriaan dan keperibadian tanpa bandingan. Selain itu, setiap fon telinga hanya cuma seberat 3.5g— antara tahap keringanan yang terbaik dalam industri.

Sementara itu, OPPO Enco Air2 juga memastikan pengalaman bebas sekat dengan keupayaan untuk memberikan fitur main semula muzik sehingga 4 jam tanpa memerlukan bekas pengecasan dan 24 jam dengan bekas pengecasan.

OPPO Enco Air2 juga menyokong kependaman rendah binaural dengan transmisi Bluetooth® 5.2, yang boleh memastikan kestabilan Bluetooth®. Diiktiraf oleh Sijil Prestasi Tinggi dan Kependaman Rendah TÃœV Rheinland, para pengguna kini hanya perlu mengetik tiga kali untuk membolehkan Mod Permainan dan memasuki mod kependaman rendah yang mana ia direka untuk menyelesaikan masalah audio dan visual yang tidak selari.


Akhir sekali, OPPO Enco Air2 dilengkapi dengan Pembatalan Bunyi AI untuk panggilan, memastikan pengalaman panggilan yang lancar dan tanpa halangan. Fon telinga ini juga menampilkan beberapa kawalan sentuh pintar yang dikemas kini, ini termasuklah ketikan berganda untuk pengawalan kamera jarak jauh, memberikan kemudahan bebas tangan.

Dengan audio berkualiti tinggi, rekaan estetik, Pembatalan Bunyi AI yang berkuasa tinggi untuk panggilan, kependaman yang sangat rendah dan bateri yang tahan lama, OPPO Enco Air2 tersedia dalam dua pilihan warna Putih dan Biru.


Ketersediaan dalam Pasaran
Pra-pesanan siri OPPO Reno7 5G akan bermula dari 22 Februari 2022 hingga 4 Mac 2022. 

Pembelian pra-pesan layak untuk menerima pemberian percuma sehingga RM1406! Pemberian percuma termasuk Enco Buds (RP: RM159), Beg Reno (RP:RM109), Perlindungan Skrin 1 Tahun OPPO Care (RP: RM139) (hanya tersedia untuk pelanggan yang mengambil peranti mereka pada 5 dan 6 Mac) dan tambahan pemberian percuma bernilai RM999 khas hanya untuk Ahli My OPPO terdiri daripada kemasukan percuma ke Taman Tema Genting SkyWorlds, tiket percuma pergi balik Malaysia Airlines, tiket percuma untuk Plaza Premium Lounge, langganan premium VIU 3 bulan, Baucar Tunai Carlo Rino RM100, kemasukan percuma Celebrity Fitness Club selama 1 bulan, rebat RM200 apabila pembelian dilakukan melalui ReNew+ dan banyak lagi! 


Kesemua tawaran hebat boleh ditebus melalui Aplikasi My OPPO! Anda kini boleh memilih untuk melakukan pra-pesanan di semua My OPPO Space, OPPO Brand Store, Kedai Dalam Talian Rasmi OPPO, rakan E-dagang dan juga rakan kongsi kedai siri kami.

Selain itu, anda juga boleh mendapat potongan tambahan 50% untuk OPPO Watch Free dan OPPO Enco Air 2 apabila anda melakukan pembelian siri OPPO Reno7 5G di cawangan OPPO Brand Store!

Bagi pelanggan yang membuat pra-pesanan Siri OPPO Reno7 5G pada platform e-dagang sebaliknya akan menerima OPPO kit perlindungan!


Bukan itu sahaja, kami akan mengadakan jerayawara jualan pertama dari 28 Februari seterusnya hingga 6 Mac di Sunway Pyramid dan juga 10 jerayawara di seluruh negara. 100 pelanggan pertama yang mengumpul peranti mereka di jerayawara Sunway Pyramid pada 5 dan 6 Mac akan menerima percuma OPPO Watch Free (RP:RM449). Tawaran itu juga terpakai kepada 30 pelanggan pertama yang mengambil peranti mereka di jerayawara Reno7 yang lain di seluruh negara!




OPPO Reno7 5G dan OPPO Reno7 Pro 5G akan dijual pada harga RM1,999 dan RM 2,999 masing-masing. Sementara itu, OPPO Enco Air2 dan OPPO Watch Free akan tersedia untuk pembelian bermula pada harga RM249 dan RM449.

Untuk maklumat lanjut tentang siri OPPO Reno7 5G, OPPO Enco Air2 dan OPPO Watch Free, sila layari https://www.oppo.com/my