Terkini | New

Pelancaran Jersi Rasmi Sabah FC 2022/23

Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Sabah Football Club telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Februari 2022 bertempat di Imago Mall, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini juga bertujuan untuk memperkenalkan redONE sebagai penaja utama pasukan The Rhinos.



Pelancaran jersi dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sabah FC, Khairul Firdaus Akhbar dan Pengarah Sabah FC, Dato' Dr Jelani Hamdan


Turut berlansung pelancaran melalui live di  Football Republic Sunway Pyramid yang turut di hadiri peminat bolasepak Sabah yang berada di semenanjung turut serta untuk mendapatkan Jersi Rasmi Sabah Football Club . Antara yang hadir berpeluang meramah mesra bersama Wafi dan  Adeline Tsen.


Jersi Rasmi Sabah Football Club berwarna merah yang dinamakan sebagai ‘My Skin’ menggunakan elemen Linangkit iaitu corak sulaman tradisi masyarakat Sabah, manakala ‘Dua Belas’ berwarna biru muda bagi jersi tempat lawan menggunakan kontur Gunung Kinabalu.


Sabah FC di bawah kendalian Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee akan menampilkan pemain import asing dari Brazil, Jepun, Korea Selatan dan Indonesia dalam kempen mereka pada musim ini.


Antara pemain baharu menyertai Sabah FC termasuklah pemain kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, Dominic Tan, Mohd Rizal Mohd Ghazali dan Baddrol Bakhtiar, selain pemain import, Jackson de Souza yang merupakan bekas pertahanan kelab terkemuka Brazil, Sao Paulo.


Sabah FC telah menamakan jersi perlawanan di tempat sendiri sebagai “My Skin” manakala “Dua Belas” ialah nama jersi tempat lawan mereka, yang ditaja oleh Lotto untuk tahun kedua berturut-turut.