Terkini | New

BMW Group Financial Services Malaysia Menyimpul Inisiatif Kutipan Dana untuk Empire Project dan Refuge for the Refugees

Bagi setiap kontrak model elektrik BMW dan MINI yang dibiayai, RM100 telah disalurkan bagi pihak para pelanggan kepada dua organisasi bukan kerajaan (NGO), Empire Project dan Refuge for the Refugees.

BMW Group Financial Services Malaysia mengumumkan pada hari ini bahawa mereka telah menyempurnakan inisiatif kutipan dana untuk Empire Project dan Refuge for the Refugees. Lebih daripada RM33,000 berjaya dikumpul bagi pihak pelanggan BMW dan MINI melalui 339 kontrak Kenderaan Elektrik Hibrid ‘Plug-in’ (PHEV) yang ditandatangani antara 1 Oktober hingga 31 Disember 2021.



Matthias Schlesiger, Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Financial Services Malaysia menyatakan, “Negara kita berjaya menginjak lebih dekat ke arah normaliti, namun ia tidak bermakna komitmen kami untuk membantu komuniti rentan di Malaysia akan terhenti di sini. Golongan yang kurang bernasib baik masih sedang menempuhi kesukaran dan wabak COVID-19 telah menjadikan isu ini lebih tersuluh. Terdapat banyak lagi usaha yang perlu dicurahkan dan kami berterima kasih kepada organisasi-organisasi bukan kerajaan seperti Refuge for the Refugees dan Empire Project kerana sudi menerima sokongan kami terhadap usaha murni mereka.”


Inisiatif ini telah menyaksikan 339 sumbangan RM100 dibuat bagi pihak pelanggan BMW dan MINI menerusi setiap kontrak yang dibiayai untuk model-model berikut: BMW 330e M Sport, BMW 530e M Sport, BMW 740Le xDrive, BMW X5 xDrive45e M Sport, serta MINI Cooper SE Countryman ALL4 dan MINI Cooper SE 3 Door.


Dana yang terkumpul sepanjang tempoh tiga bulan ini akan disalurkan dengan sama rata kepada kedua-dua organisasi untuk dimanfaatkan dalam misi bantuan mereka, termasuk program bantuan makanan dan sekolah mereka yang turut disokong oleh BMW Group Malaysia dari sudut logistik sepanjang dua tahun yang lalu ketika pandemik.


Terokai solusi-solusi BMW Financial Services di www.bmw.com.my/fs serta program pembiayaan yang terkini melalui BMW Engage di https://engage.bmw.com.my/

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh organisasi-organisasi bukan kerajaan ini dan bagaimana anda boleh membantu, sila layari laman Facebook Refuge for the Refugees di https://www.facebook.com/refugefortherefugees/ dan laman Facebook Empire Project di https://www.facebook.com/empireprojectwecareweshare/.