(PRIHATIN) dan DXN Holdings Berhad (DXN). Terus Konsisten Membantu Mangsa Banjir Seramai 500 Orang dibawah Program Sentuhan Kasih Nasional

Februari 06, 2022

Seramai 500 mangsa banjir telah menerima manfaat dari Program Sentuhan Kasih Nasional (PRIHATIN) dan DXN Holdings Berhad (DXN)


Program yang berlangsung di Dewan Kampung Bestari Jaya, Kampung Bestari Jaya, Selangor itu turut disertai oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang.



Selain itu, YB Tan Sri Noh Hj. Omar turut menyantuni ke rumah mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi menyelami denyut nadi penduduk di bawah parlimen kawasan beliau. 

Pihak PRIHATIN dan DXN telah bermurah hati memberi sumbangan berbentuk periuk nasi, dapur gas dan beg makanan asas kepada mangsa banjir yang terjejas.



Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN merupakan satu inisiatif hasil gabungan strategik NGO dan organisasi korporat yang cakna dengan situasi mangsa-mangsa banjir yang terkesan akibat musibah banjir besar yang melanda negara pada bulan Disember 2021.




Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan dalam mendepani cabaran bersama-sama dan hidup sebagai 'Keluarga Malaysia' yang membantu antara satu sama lain. 

Berikutan program yang berkesan untuk membantu lebih ramai mangsa banjir, DXN telah berbesar hati untuk menambah peruntukan sebanyak RM1 Juta dan menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan dana sumbangan sebanyak RM2.56 juta untuk tujuan gerak kerja misi khas Pasca Banjir Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN.


Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh Haji Omar, “Agensi-agensi Kerajaan, syarikat korporat, serta individu perlu menunjukkan keprihatinan mereka dengan memberi sokongan tidak kira dari segi dana kewangan,
Sumbangan barangan mahupun tenaga dalam membantu penduduk yang terkesan akibat wabak penyakit mahupun bencana banjir yang menimpa. Para pemimpin Masyarakat juga perlu menunjukkan teladan yang baik dengan turun padang bersama menyantuni mangsa yang terkesan akibat banjir bagi membantu dan mengurangkan ban hidup mereka." ujar beliau.



Manakala Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Mohd Aizuddin Ghazali pula menjelaskan bahawa “Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN telah berlangsung sejak penghujung tahun lepas selepas banjir melanda dan menyebabkan banyak keluarga turut terjejas.
Dalam menggalas tanggungjawab sebuah yayasan yang memegang tunjang aspirasi 'Keluarga Malaysia' yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob, PRIHATIN akan terus menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa -mangsa banjir yang terkesan. 

Oleh itu, melalui kolaborasi strategik Ini, PRIHATIN dan DXN dapat membantu dan menjalankan gerak kerja yang pantas di samping dapat memberikan sumbangan untuk memenuhi keperluan dan meringankan beban mereka. PRIHATIN dan DXN akan terus komited dan konsisten membantu mangsa-mangsa banjir ini.”

 





PRIHATIN melihat hasil hubungan dengan syarikat korporat seperti DXN ini akan terus diperkasa melalui program - program yang dirancang bersama sepanjang tahun ini.


Turut hadir Tan Sri Dr. Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Datuk Abdul Malik Abdullah, Pengerusi Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA).

PRIHATIN : Yayasan Prihatin Nasional ✓ KAMI PRIHATIN
DXN : ✓ WE CARE



Mengenai Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN)
Merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan tiga (3) teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan. PRIHATIN turut menjadi penggerak utama membantu kerajaan ke arah memberi Impak luar biasa dalam Melaksanakan program-program bercorak kemasyarakatan di seluruh pelusuk tanah air.

Laman Sesawang: www.yayasanprihatin.com
Facebook: Yayasan Prihatin Nasional Rasmi
Instagram: @yayasanprihatinonline


You Might Also Like

0 comments