Terkini | New

Bekerja dengan Lebih Selesa dan Cekap dengan Link to Windows Samsung Galaxy A52s 5G Anda

Alangkah indahnya jika anda boleh mempunyai akses segera kepada pemberitahuan telefon pintar anda, mesej, panggilan, foto dan skrin pada komputer Windows anda? 

Samsung Galaxy A52s 5G bersama dengan ciri Link to Windows adalah kombinasi yang sangat baik untuk anda menyelesaikan lebih banyak tugasan kerja di rumah, tanpa memerlukan peranti anda berada dalam jangkauan tangan!

Sama ada anda seorang pelajar atau pekerja, ciri ini akan membantu anda meningkatkan produktiviti anda semasa menghadiri kelas dan bekerja dalam talian – memberikan keselesaan kepada kehidupan anda kerana semua kandungan boleh diakses melalui peranti komputer anda tanpa perlu mencapai telefon anda. 

Anda tidak perlu bimbang tentang kebarangkalian terlepas pandang mesej yang penting ketika melayari internet, atau apabila telefon anda dalam mod senyap kerana pemberitahuan akan masuk terus melalui komputer anda, membolehkan anda kekal fokus pada perkara yang lebih penting sepanjang jadual harian anda.

 Lebih baik lagi, anda juga boleh membuat dan menerima panggilan dengan mudah! Anda juga mempunyai pilihan yang berguna untuk memindahkan foto antara peranti anda dan mengakses aplikasi mudah alih kegemaran anda terus pada komputer dengan ciri pencerminan skrinnya. 

Selagi kedua-dua peranti dihidupkan dan disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang sama, anda boleh mengambil semua yang anda boleh lakukan pada telefon pintar anda dan membawanya ke komputer Windows anda dengan lancar.

Samsung Galaxy A52s 5G juga didatangkan dengan skrin Super AMOLED 6.5 inci, dengan resolusi HD+ Penuh 1080 x 2400 piksel dan kadar penyegaran 120Hz, menghasilkan pengalaman pengguna yang mengasyikkan dan lancar apabila menjalankan berbilang aplikasi. 

Anda juga boleh menjalani hari bekerja dengan selesa kerana kuasa bateri 4,500mAh2 yang besar, yang turut menyokong pengecasan pantas sehingga 25W3 – membolehkan bateri anda kembali berkuasa penuh dalam masa yang singkat.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan anda punya hari ini! Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy A52s 5G, sila layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a52s-5g-awesome-black-256gb-sm-a528bzkixme/