McDonald’s Malaysia Melancarkan Lintasan Pejalan Kaki “Fries” Yang Ikonik di Ibu Kota Kuala Lumpur

Mac 17, 2022

McDonald’s Malaysia melakar sejarah ibu kota Kuala Lumpur dengan menjadikan ilustrasi kentang gorengnya - “McDonald’s French Fries” - yang terkenal di seluruh dunia sebagai lintasan pejalan kaki sekali gus mencipta lokasi ikonik baru untuk pengguna-pengguna media sosial bergambar di kota raya ini.

Usaha ini bertujuan untuk mencetus keterujaan di kalangan rakyat Malaysia dan menjadi destinasi wajib dilawati buat pengunjung tempatan dan luar negara.


Berhadapan McDonald’s cawangan Bukit Bintang, Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membawa pengunjung terus ke dalam restoran pertama McDonald’s di Malaysia itu yang dibuka 40 tahun lalu pada tahun 1982.

Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan serta YBhg. Dato’ Azmir Jaafar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, di McDonald’s Bukit Bintang.



“Kami berharap penukaran lintasan pejalan kaki Bukit Bintang kepada Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s ini akan membantu memperkukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai lokasi wajib dilawati oleh pelancong tempatan dan luar negara. 

Melalui inisiatif ini kami sangat berbesar hati dapat menyokong rancangan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur bandar raya yang makmur menjelang 2030,” kata YBhg. Dato’ Azmir Jaafar Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.


Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s seiring dengan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan dalam menggalakkan pembangunan lestari bandar raya ini melibatkan aspek fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar yang akan menjadikan Kuala Lumpur lebih makmur menjelang 2030.


“Kami telah meningkat maju bersama-sama rakyat Malaysia sejak 40 tahun lalu dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi Kuala Lumpur dan Malaysia secara keseluruhan. Di samping menghidangkan detik-detik kegembiraan, kami juga menganjurkan program komuniti dengan kerjasama Ronald McDonald House Charities (RMHC) sebagai salah satu cara untuk membantu komuniti-komuniti di mana kami berada,” tambah Azmir.

“Kami bersyukur dan amat berbesar hati dengan inisiatif McDonald’s Malaysia yang tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan Kementeriaan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bagi menambah nilai lintasan pejalan kaki Bukit Bintang dengan kreativiti dan menjadikannya simbol ikonik bandar raya – Lintasan Pejalan Kaki ‘Fries’ McDonald’s,” kata YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.



“Selain dari itu, Kementerian dan Dewan Bandar Raya juga percaya ia akan memacu perkembangan ekonomi Kuala Lumpur. Inisiatif McDonald’s ini juga merupakan sebahagian daripada pelan pembangunan fizikal dalam wawasan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang makmur menjelang 2030,” tambah Shahidan.

McDonald’s terus komited dalam menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara seperti yang telah diumumkan dalam 5 tahun perancangan pengembangan perniagaan mereka awal bulan ini. Sebagai sebahagian daripada Wawasan 2026 mereka, McDonald’s Malaysia akan melabur sebanyak RM1.35 bilion sepanjang 5 tahun akan datang untuk membuka 205 restoran baharu termasuk memberi peluang kerjaya kepada lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia menjelang tahun 2026.

Pada April 1982, McDonald’s membuka restoran pertamanya di Malaysia di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan sejak itu telah berkembang ke serata Malaysia. Setelah 40 tahun berada di Malaysia,

McDonald’s kini mempunyai 13.5 juta pelanggan sebulan di lebih daripada 300 restorannya di serata negara. McDonald’s menggaji lebih daripada 15,000 rakyat Malaysia di restoran-restorannya di seluruh negara yang memberikan peluang kerjaya, latihan serta pembangunan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang McDonald’s Malaysia, sila lawati laman web rasmi di https://www.mcdonalds.com.my/





You Might Also Like

0 comments