Pelancaran Kompleks Islam As Sofa Mantau, Negeri Sembilan

Mac 07, 2022


Yayasan Sofa Negeri Sembilan (Yayasan Sofa) menjadi nadi kepada pendidikan dan penyelidikan ilmu-ilmu Islam berasaskan kepada tiga sendi agama jaitu Iman, Islam dan Ihsan. 


Selain itu, institusi ini menjadi landasan dalam menyebarkan ilmu melalui dakwah kepada lapisan masyarakat di era moden ini dengan berpegang Ahli Sunnah wal Jama’ah.



Manhaj Yayasan Sofa adalah untuk membawa masyarakat Islam mencintai Allah dan Rasulullah SAW melalui ilmu dan makrifat.




Kompleks Islam As Sofa Mantau
Pembangunan Maahad Tahfiz hari ini dilihat kian rancak kerana kebanyakan ibu bapa mula melihat pendidikan di Maahad Tahfiz adalah antara pilihan tepat untuk masa depan terutama dalam memberikan asas kukuh pendidikan agama kepada anak-anak.


Sehubungan itu, Yayasan Sofa mengambil selangkah ke hadapan dengan membangunkan Kompleks Islam As Sofa Mantau, di sini sebagai pusat pendidikan setempat untuk 3,000 anak-anak tahfiz bermula daripada pendidikan rendah, menengah hingga kolej.


Kompleks Islam As Sofa Mantau yang akan dibangunkan di atas tanah seluas 6.7 ekar (2.78 hektar) turut menempatkan pusat pengajian untuk masyarakat Islam setempat yang ingin menyertai program ilmu dan kelas agama bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman aqidah berlandaskan Ahli Sunnah wal Jamaah.


Kompleks yang dijangka siap pada tahun 2025 ini akan menelan belanja sebanyak RM55 juta ini bakal menjadi tumpuan ulama dan ilmuan Islam dari dalam dan luar negara untuk mengadakan forum, penyelidikan dan pameran.



Pembinaan Kompleks Islam As Sofa Mantau akan dirasmikan oleh ulama Islam dunia iaitu, Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahab al Tazi al Hasan al Idrisi. Turut hadir, Pengasas Yayasan Sofa Datuk Syeikh Muhammad Fuad Bin kamaludin, Yang Dipertua Yayasan Sofa, Ustaz Mohd Hanif Bin Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sofa, Ustaz Abdullah Abdol Razak.

1. Ustaz Mohd Hanof Bin Abdul Hamid (Dipertua Yayasan Sofa).
2. Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahab Al Tazi Al Hasan Al Idrisi (Syeikh Tarekat Ahmadiah Muhammadiah Dunia).
3. Dato' Syeikh Haji Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al Ahmadi (Syeikh Tarekat Ahmadiah Muhammadiah Asia Tenggara).


SUMBANGAN SECARA TUNAI, BOLEH DILAKUKAN MELALUI AKAUN (CIMB) YAYASAN SOFA - 8601881873


UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI HOTLINE : 06-2230133 / 013-2412919

"SEMAI DI DINIA TUAI DI AKHIRAT"

TAHFIZ & TURAFT TERNAMA DI MALAYSIA |
www.yayasansofa.com.my
#ASSOFAsentiasadihati |
Latar Belakang Yayasan Sofa
Yayasan Sofa adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang bergerak untuk pembangunan Maahad Tahfiz dalam negara ini. Mempunyai 13 institusi pendidikan As Sofa, YSNS menongkah arus pemodenan dengan menawarkan program Tahfiz dan Turath yang berlandaskan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), Selain itu, dalam pendidikan Tahfiz dan Turath juga turut disediakan pendidikan akademik berdasarkan silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Bertapak di negara ini sejak 1996, Yayasan Sofa terus melebarkan sayapnya dalam penyebaran ilmu agama yang menjurus kepada pengajian al Quran dan kitab-kitab Turath dunia bagi menggapai kejayaan duniawi dan ukhrawi. Lebih membanggakan apabila tertubuhnya masjid khusus bagi umat Islam Melayu di Kota London di mana ia terus membuka mata ramai pihak mengenai perjuangan Yayasan ini sekali gus membuatkan nama Yayasan Sofa kini terkenal di seluruh dunia Islam, khususnya.

Kecemerlangan ini adalah tanda kejayaan yang bermula daripada pengasasnya, Datuk Sheikh Muhammad Fuad Kamaludin, mencerna idea untuk membangunkan institusi pendidikan Islam yang memperjuangkan ilmu agama dan akidah ASWJ.

Kompleks Islam As Sofa Mantau
1. Sebuah institusi tahfiz kelolaan Yayasan Sofa yang menjalankan pendidikan kurikulum, kokurikulum dan pengajian Islam.
2. Menerapkan pengajian penulisan dan kitab rujukan agama dengan berpaksikan rujukan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
3. Menganjurkan program dan majlis ilmu terbuka kepada seluruh pencinta ilmu buat pelajar tahfiz dan orang ramai.
4. Memberi manfaat buat penyelidikan Islam dan dakwah di negara ini.
5. Peluang pengajian ilmu agama kepada orang ramai dan pelajar tahfiz

You Might Also Like

0 comments