Terkini | New

Samsung Galaxy S21 FE 5G Bagi Peminat Foto Dari Lensa Kamera Gred Pro Yang Berkualiti

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy S21 FE 5G menampilkan kualiti premium daripada chipset terpantas kepada kamera gred pro sesuai untuk peminat fotografi dan pelajar masa kini.



Samsung Galaxy S21 FE 5G menggabungkan kuasa pemprosesan Octa-core sehingga 6GB / 8GB RAM untuk prestasi yang pantas. Ruang storage memori dalaman sehingga 128GB / 256GB. 


Antara warna pilihan menarik Samsung Galaxy S21 FE 5G tersedia adalah Olive, Graphite, Lavender dan Putih. Warna-warna pastel yang lembut dan minimalis reka bentuk yang senang dipegang.



 


Apa yang menarik Samsung Galaxy S21 FE 5G dilengkapi dengan kamera tiga lensa pro gred siri Galaxy S21 yang padu bagi peminat fotografi ,yang terdiri daripada Wide lens dan Ultra Lebar 12MP yang sama, serta Kamera Telefoto 8MP dengan space zoom 30X. 

 


 





Penggunaan wide lens dan 30x space zoom menjadikan Samsung Galaxy S21 FE 5G bertambah nilai dan diminati ramai. Capaian lensa zoom memang terbaik dengan ciri zoom lock yang dapat meningkatkan kestabilan ketika bergambar serta fokus yang jelas lebih stabil.






Kamera hadapan mempunyai lensa 32MP (f/2.2) keupayaan Pemulihan Wajah AI, mengubah swafoto anda menjadi lebih cantik. Subjek dan latar belakang swafoto anda mendapat kualiti yang lebih tinggi, malah ciri wajah anda akan terserlah dan kelihatan terbaik dalam setiap gambar.



Penggunan portrait mode untuk gambar dan video membolehkan anda menghasilkan gambar dan video yang jelas dengan kesan bokeh yang semula jadi. Semuanya anda boleh laras dalam portrait dan mod video portrait . Boleh sahaja memilih bahagian mana subjek yang hendak di fokus.








Penggunaan dual video sesuai untuk mereka yang inginkan video untuk bahagian hadapan dan belakang. Amat sesuai untuk mereka yang suka berbicara dan vlog yang memudahkan dengan dua pandangan. Pengalaman yang lancar dan mudah ketika mengedit sebarang video.


Samsung Galaxy S21 FE 5G turut menyediakan mod Pro bagi mereka yang lebih profesional. Fungsi seperti kawalan white balance, ISO dan exposure disediakan bagi mod Pro dan mod Pro video.


Selain itu, mod-mod lain yang turut disediakan seperti mod panorama, makanan, hyperlape, slow motion, mod malam dan dual record video.  Pilihan mod yang pelbagai menjadikan anda lebih kreatif lagi untuk bergambar dan berkongsi di media sosial.


Mod Malam yang dipertingkatkan bagi pemprosesan frame by frame AI untuk kawasan kurang cahaya kepada gambar sangat jelas, terang walaupun di persekitaran gelap. Tangkapan gambar ini tanpa tripod cuma anda perlu memberi masa untuk mod malam berfungsi.

 



Samsung Galaxy S21 FE 5G memberikan pengalaman tontonan yang sangat lancar dan pantas dengan kadar penyegaran 120Hz dan paparan 6.4-inci FHD+ Dynamic AMOLED 2X. Serta dilengkapi pengimbas cap jari pada skrin.



Bateri 4,500 mAh yang boleh bertahan dengan lama dengan sokongan pengecasan pantas berwayar 25W, atau wireless 15W. Pemproses Octa-Core dan Chip Exynos 2100 terbaru memang sesuai untuk pengguna yang mencari peranti yang berkuasa. 

Galaxy S21 FE 5G dijana dengan sistem operasi Android 12, dan dilengkapi antaramuka OneUI 4.0.





SPESIFIKASI PERANTI GALAXY S21 FE 5G

Model: Samsung Galaxy S21 FE 5G
Paparan: 6.4-inch Dynamic AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+ /
GPU: Mali-G78 MP14
Pemprosesan: Octa-core (1x2.84 GHz Kryo 680 & 3x2.42 GHz Kryo 680 & 4x1.80 GHz Kryo 680) - Version 1
Octa-core (1x2.9 GHz Cortex-X1 & 3x2.80 GHz Cortex-A78 & 4x2.2 GHz Cortex-A55) - Version 2
Cip: Exynos 2100
OS: Android 12, One UI 4
RAM: 6GB / 8GB
Memori Dalaman: 128GB / 256GB
Kamera Utama: 12MP main (f/1.8); 12MP ultrawide (f/2.2); 8MP telephoto (f/2.4) with 30x Space Zoom
Kamera Depan: 32MP (f/2.2)
Bateri: 4,500 mAh / 25W wired; 15W wireless
SIM/Telefon: Single SIM (Nano-SIM) or Dual SIM (Nano-SIM, dual stand-by)
USB: USB Type-C, USB On-The-Go
NFC: Yes
Sistem Imbasan: Fingerprint (under display, optical), accelerometer, gyro, proximity, compass


Samsung Galaxy S21 FE 5G ini boleh menjadi milik anda dengan harga  RM2,899 dengan storan dalaman 128GB atau RM3,099  untuk dengan storan dalaman 256GB. 

Nikmati peluang promosi yang tersedia seperti evoucher, Samsung Care dan trade in untuk anda. 

Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh layari laman web