Terkini | New

Yayasan Usahawan Malaysia Memberi Penghormatan Kepada 27 Usahawan Termasuk Syatilla Melvin Dan Shaheizy Sam Di SEBA 2022: Edisi Utara Yang Pertama

Yayasan Usahawan Malaysia Memberi Penghormatan Kepada 27 Usahawan Termasuk Syatilla Melvin Dan Shaheizy Sam Di SEBA 2022: Edisi Utara Yang Pertama

PULAU PINANG, 26 Mac 2022 – Yayasan Usahawan Malaysia telah berjaya menganjurkan SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA) 2022 Edisi Utara buat julung kalinya, yang dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak dan Exco Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Hussain. Pada tahun ini, SEBA 2022: Edisi Utara telah mencalonkan 27 pemain industri dari Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, termasuk usahawan selebriti iaitu En. Shaheizy Sam dan Pn. Syatilla Melvin.

LYNDIA WONG (SEBA 2022 Chairperson); YB DATO' HAJI ABDUL HALIM BINHAJI HUSSAIN (Penang State Exco for Trade, Industry & EntrepreneurDevelopment); NITESH MALANI (Chairman & Founder of Yaysan UsahawanMalaysia Founder); KAMARUL A MUHAMED (Founder & CEO of Aerodynamic)

Penerima-penerima anugerah ini diteliti mengenai latar belakang, model perniagaan dan potensi pada masa depan oleh badan penasihat yang terkemuka seperti Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, En. Nitesh Malani; Pengerusi Majlis SEBA, Lyndia Wong; Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawanan dan Koperasi, YBhg. Dato Suriani binti Dato’ Ahmad; Pengasas dan Rakan Kongsi Pengurusan DGK Advocates & Solicitors (Penasihat YUM, MyPreneurship), YBhg. Dato’ David Gurupatham; dan Pengerusi Guardian Group, YBhg. Dato’ Lee Chung Han.

YB DATO' HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI HUSSAIN (Penang State Exco for Trade, Industry & Entrepreneur Development)

SEBA telah berkembang merangkumi wilayah Utara, Selatan dan Pusat Bandar Kuala Lumpur berlandaskan konsep SEBA 2022: RISE UP. Edisi Utara menyaksikan respon yang menggalakkan, menerima hampir 200 penyertaan dari peneraju-peneraju industri yang telah mencapai kejayaan di Langkawi, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

ADAM HAM (CEO of GCMA) and DR EDMOND LAU KIAN HONG (Dr Ko Skin Specialist)

27 daripada penyertaan tersebut telah dicalonkan untuk menerima anugerah di acara kemuncak nanti. Para SME dan usahawan yang dicalonkan datang dari pelbagai industri termasuk F&B, Pendidikan, Hospitaliti, Logistik, Automotif, Kejuruteraan, Pembuatan, Teknologi Maklumat, Teknologi & Solusi Digital, Penjagaan Kesihatan, Kesihatan & Kecantikan, dan sebagainya.

SYATILLA MELVIN (Celebrity); NITESH MALANI (Chairman & Founder of Yaysan Usahawan Malaysia Founder); SHAHEIZY SAM (Celebrity)

SYATILLA MELVIN (Celebrity); YB DATO' HAJI ABDUL HALIM BIN HAJI HUSSAIN (Penang State Exco for Trade, Industry & Entrepreneur Development); SHAHEIZY SAM (Celebrity)

YB Dato Halim juga memberi tepukan yang gemuruh kepada Yayasan Usahawan Malaysia atas usaha mereka untuk membawa SME and Entrepreneurs Business Awards ke bahagian utara, terutamanya selepas masa sukar sepanjang pandemik Covid-19 yang telah melanda di negara ini. 

Beliau juga mendesak para usahawan dan majikan untuk fokus dalam pembelajaran berterusan, mempertingkatkan kemahiran keseluruhan pekerja dan meninggikan tahap pendapatan Pulau Pinang.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak

Berikut adalah di antara tokoh industri yang menerima anugerah SEBA 2022: Edisi Utara:

1. En. Shaheizy Sam dan Pn. Syatilla Melvin, Pasangan Usahawan Selebriti Kesayangan Malaysia
2. Datuk Sirajudin Y Mohamed Mydin, Pengasas Nasi Kandar Kayu Group
3. David ST Loh, Jurugambar Terkemuka Dunia & Pakar Inovasi Perniagaan Fotografi dan Seni
4. Dr. Edmond Lau Kian Hong, Pengarah Eksekutif Dr Ko Skin Specialist

LYNDIA WONG (SEBA 2022 Chairperson)

Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, En Nitesh Malani berkata, “Yayasan Usahawan Malaysia memilih wilayah Utara untuk menjadi sebahagian dari SEBA 2022 yang mana ia sejajar dengan pelan Penang 2030 yang diterajui oleh kerajaan negeri. Kami menyokong sepenuhnya usaha ini di dalam membangunkan bakat dengan mencungkil serta menyediakan platform untuk mengenalpasti potensi dan memangkin perkembangan.

NITESH MALANI (Chairman & Founder of Yaysan Usahawan Malaysia Founder)

Inisiatif-inisiatif Penang2030 menyediakan asas kepada pembentukan komuniti yang berdaya tahan pasca COVID-19. Akibat pandemik, ianya amat penting untuk kita terus menyokong para usahawan yang mana penyelesaian sedia ada dan yang masih diusahakan boleh digunakan untuk memangkin perkembangan berterusan. 

SYATILLA MELVIN (Celebrity) and SHAHEIZY SAM (Celebrity)

Yayasan Usahawan Malaysia akan terus menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu peneraju keusahawanan sedia ada dan di masa hadapan”. Tahun ini, penyedia insurans dan takaful keluarga, Sun Life Malaysia, menyertai sebagai Rakan Insurans Rasmi dengan menawarkan kepakaran di dalam pelan kewangan dan perlindungan kepada semua calon dan penerima anugerah, manakala Standard Chartered Saadiq Berhad menyertai sebagai Rakan Perbankan Rasmi, menawarkan solusi kewangan kepada semua, dan Setia SPICE Convention Centre sebagai Penyedia Tempat Acara Rasmi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.seba.asia.

###

About SME and Entrepreneur Business Award (SEBA)
SEBA is an annual initiative organised by Yayasan Usahawan Malaysia and curated by Xhale Asia (M) Sdn Bhd. SEBA 2022 will be held for the seventh (7 th) year, showcasing Malaysia’s most notable companies and entrepreneurs. Past winners include luminaries from the industry, such as Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Entrepreneur of The Year 2021), Tan Sri Lee Kim Yew (Lifetime Achievement Award 2018), and Datuk Ramli Ibrahim (performing Art Entrepreneur of the Year 2018).

About Yayasan Usahawan Malaysia (MyPreneurship)
Yayasan Usahawan Malaysia (MyPreneurship) is a non-government organisation that strives on the frontier of gathering, creating, and developing sustainable companies with strong entrepreneurship traits. The organisation builds credibility by serving as a platform that supports the development of companies across all businesses. It offers programmers tailored with their best interest to ensure that they can achieve their goals while sustaining core values.