Terkini | New

KONVENSYEN ISLAMIK DIGITAL (KID 2.0) DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN ANJURAN PERTUBUHAN SAYANG ALQURAN DAN ISLAH MOVEMENT

Konvensyen Islamik Digital 2022 (KID 2.0) adalah program anjuran Islah Movement bertujuan untuk memantapkan ekonomi umat Islam di negara ini. Program ini diketuai Pengarah Urusan Utama Akademi Tahfiz Al Islah merangkap Ketua Mudir i-Huffaz, Ustaz Saiful Islam Mohd Naser. Beliau juga adalah pengasas bersama Pertubuhan Sayang Al Quran.



Pengerusi KID 2.0 adalah Imam Muda Nazrul (Nazrul Izwan Zolkiflee) iaitu Duta dan Ikon Islah Movement. Ustaz Saiful Islam berkata, rentetan kejayaan KID 1 yang diadakan pada 2021, ia mendapat sambutan yang amat baik daripada penggiat seni dan NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan).


Pihak kami antara yang terawal menjadi perintis dalam hibrid digital. Sahabat kami yang lain pun telah menurut jejak langkah mengadakan program berkonsep sama kerana negara sedang berada dalam fasa peralihan endemik.

“Kami telah mula menyusun pelbagai program termasuklah penganjuran KID 2.0 ini. Kami juga baru selesai mengadakan Rehlah Tour Malaysia di Selangor dan Putrajaya. InsyaAllah kami akan meneruskan program KID ini sebanyak lima siri lagi dan penganjuran Rehlah Tour Malaysia di tiga destinasi lagi termasuk di Melaka dan Johor. Berikutan kejayaan KID1, ramai pendakwah mula terbabit secara konsisten dalam konvensyen ini,” katanya.


Ujar beliau, bagi mengimarahkan aktiviti dan memeriahkan sambutan Ramadan tahun ini, sekali lagi Konvensyen Islamik Digital menjadi platform pengisian program Islamik yang penuh dakwah, bertemakan “ Ambang Cinta Ramadan” .



Ia dibuat secara atas talian bermula hari ini (31 Mac ) dengan pelbagai program yang diisi oleh ikon dan penceramah terpilih, seperti Imam Muda Nazrul, Dr Anuar Hasin (Qari Juara Tilawah Kebangsaan 2013), PU Yeop (Mohd Zainudin Mohamed Zaini), Acap Fine, Kumpulan Hijjaz, Kumpulan In-Team, Kumpulan Rabbani, Ustaz Haslin Bhaarim, Ustaz Abdullah Khairi dan ramai lagi.


“Pengisian program itu diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Mereka boleh mengikutinya secara atas talian setiap hari bermula 1 Ramadan (3 April) sehingga ke kemuncak Malam Agung 1000 Bulan iaitu malam 27 Ramadan ( 29 April).

“Program “Mega Tadarus Digital” pertama kali diadakan pada KID 2.0 dengan Kerjasama Think Osem Sdn Bhd. Serentak dengan itu Think Osem Sdn Bhd turut melancarkan program pengumpulan dana melalui penjualan produk digital mereka iaitu CRYPTOKHAT bagi kos pembinaan Quran Learning Apps yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

“Kebersamaan dalam misi digitalisasi Quran ini disambut baik oleh Islah Movement bagi mencapai misi yang sama iaitu kesepaduan ummah dengan pemahaman Bahasa Al Quran,” katanya.

Melalui gabungan Islah Movement dan Think Osem Sdn Bhd ini juga, mereka sepakat menganjurkan Projek Infaq Quran Qaseh Borneo dengan sasaran untuk 100,000 naskhah al- Quran untuk diedarkan di Sabah dan Sarawak. Projek ini juga meletakkan guru pengajian untuk membantu komuniti Islam di Sabah dan Sarawak untuk melancarkan pembacaan al- Quran mereka.



Selain itu, Rehlah Tour Malaysia, Jelajah Seminar Makhraj dan Sifat Huruf turut dilancarkan dalam usaha untuk membina pusat My Quran di setiap masjid dan surau untuk memudahkan masyarakat setempat hadir mempelajari al- Quran. Malah, melalui kedua-dua program ini dapat membantu lebih ramai usahawan-usahawan muslim yang mengikuti jelajah di seluruh negara.


kerjasama Islah Movement Bersama DMAZ iaitu produk jenama herba yang terunggul di Malaysia melalui jenama Tabib Muda adalah usaha menjaga kesihatan dan kemaslahatan masyarakat Islam.

“Ini adalah usaha Islah Movement untuk membantu ekonomi muslim dengan menjadi pengedar eksklusif di luar negara demi melebarkan rangkaian Islah Movement di negara luar. Islah Movement dengan ini juga mengumumkan penubuhan yayasan iaitu Islah Global Foundation. Semoga dengan penubuhan yayasan ini, usaha membina rangkaian Islah Movement di luar negara dapat dicapai,” katanya.

 



Beliau menambah, selepas Ramadan ini yayasan tersebut akan menawarkan satu projek dibawah saudagar muslim bertujuan memberikan sumber modal kewangan kepada mana-mana syarikat ‘start-up’ Melayu Islam.

 

“Mereka diminta mengusulkan projek yang berpotensi dan penilaian akan dilakukan menerusi proses ‘pitching’ dengan ahli penasihat, pemikir Islah Movement dan yayasan untuk menentukan siapa yang layak untuk mendapatkan geran, dana dan suntikan modal daripada Islah Movement,”  


Projek Cyber Huffaz pula adalah satu cadangan untuk penerbitan filem di bawah syarikat produksi Aniq Communication dengan kerjasama Islah Movement. Ini adalah antara usaha yang dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa dunia pendidikan al- Quran sedang mengikut arus zaman digital.

Semoga dengan ini, usaha yang dilakukan Islah Movement mendapat sokongan, kerjasama dan kesepaduan daripada masyarakat dan komuniti Islam di dalam negara mahu pun di luar negara.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman Facebook Rasmi Konvensyen Islamik Digital 2.0
https://www.facebook.com/IslamicDigitalConvention




MENGENAI SYARIKAT
Al Islah Movement (ALIM) adalah satu kumpulan pergerakan hasil gabungan daripada konsultan program, perniagaan sosioekonomi atau social enterprise dan NGO Sayang Al-Quran.

Kami bergerak aktif dalam aktiviti kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan. Pada masa sama, pihak ALIM bertindak sebagai pembimbing dalam kebajikan.

Kekuatan jaringan ini telah berjaya menggabungkan setiap sudut yang membabitkan peranan sesuatu konsultan seperti Pertubuhan Sayang Al-Quran, Rentas Kuasa Sdn Bhd, Khalifah Islamic Digital, Tabib Muda Di bawah Al-Khaiyr Health Center, Saudagar Muslim, Mantap Syeikh, Akademi Tahfeez Al-Islah dan I-Huffaz. Semua pertubuhan itu adalah cetusan idea Ustaz Saiful Islam Mohamad Naser.