Terkini | New

OPPO Memperkenalkan Reno7 Z 5G: Telefon Pintar 5G dengan Fotografi Potret Profesional


● Menampilkan fitur pengimejan mengagumkan seperti Potret Suar Bokeh dan HDR Swafoto, Reno7 Z 5G memastikan potret tampil seperti DSLR dan swafoto jelas.

● Pencahayaan Dwi Orbit membuat kemunculan pertama pada Reno7 Z 5G bersama dengan ciri eksklusif OPPO, rekaan OPPO Glow, memberikan peranti penampilan yang sangat anggun.
● Dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon™ 695 5G dan hadir dengan ColorOS 12, Reno7 Z 5G memberikan prestasi yang berkuasa dan lancar untuk sebarang acara.

 OPPO mengumumkan pelancaran tambahan terbaru kepada Siri Reno7 5G — Reno7 Z 5G — hari ini, di Malaysia. Reno7 Z 5G dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon™ 695 5G, dilengkapi dengan Potret Suar Bokeh dan fitur pengimejan HDR Swafoto, dan turut dilengkapkan dengan Pencahayaan Dwi Orbit yang pertama dalam industri. Bersama dengan ciri eksklusif OPPO-rekaan OPPO Glow, Reno7 Z 5G ialah sebuah telefon pintar 5G dengan kemampuan fotografi potret profesional yang direka untuk memotretkan pelbagai gaya hidup anda.



Tangkap Kepelbagaian Gaya Anda dalam Potret
Reno7 Z 5G menampilkan sebuah kamera utama 64MP resolusi tinggi, sebuah kamera makro 2MP, sebuah kamera kedalaman 2MP, dan sebuah kamera hadapan 16MP bersama satu siri fitur pengimejan yang mengagumkan, seperti Potret Suar Bokeh, HDR Swafoto, Palet AI, Potret Warna AI, Perapian Potret dan fitur lain yang direka untuk kreativiti.

● Potret Suar Bokeh membolehkan pengguna menangkap imej potret berserta dengan tompok cahaya bokeh yang mewah tidak ubah seperti kamera berkelas tinggi. Algoritma membezakan antara subjek manusia dan latar belakang, meningkatkan kecerahan subjek sambil mengaburkan latar belakang secara automatik dan memantapkan tompok cahaya bokeh. Ia juga merapikan rambut manusia dan perincian baju pada tahap piksel, menjadikannya kelihatan sangat jelas berbanding latar belakang yang ringkas.

● HDR Swafoto menangkap swafoto jelas dalam persekitaran yang bercahaya malap atau bercahaya belakang. Kamera hadapan akan mengesan cahaya latar belakang secara automatik dan menggunakan algoritma untuk menyekat cahaya terang apabila muka bercahaya belakang atau latar belakang terang dikesan, memastikan kedua-dua subjek dan latar belakang ditangkap dalam perincian indah.




Reka Bentuk Berbilang Dimensi untuk Setiap Suasana
Meneruskan rekaan ikonik siri Reno, Reno7 Z 5G memperkenalkan Rekaan Retro Ultra Nipis dan dua warna baharu: Rainbow Spectrum dan Cosmic Black.

Proses salutan dua lapisan dan tekstur tiga lapisan memberikan bahagian belakang kemasan matte dengan penampilan berkilauan. Tekstur tiga lapisan termasuk butiran berserakan paling dalam, antara lapisan butiran SG, dan butiran berkilat dan matte paling luar. Reno7 Z 5G ialah telefon pintar pertama yang menggunakan tekstur matte dan kilauan yang bersambung ini, ia menggantikan bahan asas berlebihan yang biasanya terdapat di sekeliling modul kamera pada telefon pintar lain.

Warna Rainbow Spectrum menggunakan teknik salutan dua lapisan, menampilkan salutan kecerunan warna termantap yang terdiri daripada warna merah, kuning dan hijau, dan lapisan asas yang mengandungi salutan indium reflektif. Bersama-sama, lapisan ini mencipta kesan berwarni-warni, berkembang daripada enam warna yang beralih melintasi bahagian belakang telefon pintar.


Reno7 Z 5G menandakan kemunculan pertama Pencahayaan Dwi Orbit OPPO, yang disepadukan secara berhati-hati di belakang dua kamera utama. Apabila dihidupkan, Pencahayaan Dwi Orbit menyerupai dua cincin syurgawi yang hadir dari langit malam. Pencahayaan Dwi Orbit menyala atau berkelip dalam warna biru elektrik, biru muda, biru cyan atau biru lembut. Ia bergantung pada senario yang berbeza, contohnya apabila telefon dihidupkan, pengecasan, penerimaan panggilan masuk atau notifikasi belum dibaca, serta pelancaran permainan.

Reno7 Z 5G menampilkan sebuah Rekaan Retro Ultra Nipis dengan anggaran berat 173 g, berserta ketebalan dengan anggaran 7.55 mm untuk model Rainbow Spectrum dan anggaran 7.49 mm untuk model Cosmic Black. Peranti ini termasuk bezel bersudut kanan 2.5D depan dan belakang yang bergaya dengan bingkai berbentuk C yang halus, memberikan telefon rupa yang sangat anggun.

Di bahagian hadapan telefon pintar, sebuah paparan AMOLED 6.4-inci dengan kadar segar semula 60Hz memberikan pengalaman visual yang lancar. Tambahan pula, paparannya turut diiktiraf oleh Netflix HD dan Amazon Prime Video HD berkemampuan untuk memainkan kandungan video berkualiti tinggi.

Prestasi 5G yang Berkuasa untuk Sebarang Acara
Reno7 Z 5G adalah antara peranti pertama yang dikuasakan oleh Platform Mudah Alih Qualcomm® Snapdragon™ 695 5G direka melalui proses 6nm. Reno7 Z 5G turut menampilkan bateri 4,500mAh yang besar dan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC yang membolehkan peranti dicas hingga 100% dalam 63 minit atau membuat panggilan selama tiga jam hanya dengan cas selama cuma 5 minit.

Reno7 Z 5G tiba dengan 8GB RAM dan 128GB ROM. Apabila digunakan dengan teknologi Penambahan RAM OPPO, RAM asal telefon pintar 8GB RAM boleh ditambah dengan 5GB yang besar dengan memperuntukkan ROM buat sementara waktu, membolehkan `pelbagai aplikasi memori yang berat dioperasikan serentak dengan sela masa yang berkurang.

Pengalaman Lebih Lancar Serba Boleh dengan ColorOS 12
Reno7 Z 5G ialah antara satu telefon pintar pertama yang menerima penarafan tertinggi iaitu tahap A dalam pensijilan Kelancaran TÃœV SÃœD 36 Bulan. Pensijilan ini dijalankan oleh persatuan pemeriksaan teknikal TÃœV SÃœD untuk menilai kelancaran berterusan peranti elektronik berdasarkan penggunaan selama dua atau tiga tahun.

Reno7 Z 5G ialah salah satu telefon pintar pertama yang datang dengan ColorOS 12 yang diprapasang. Isyarat Udara AI membolehkan pengguna menjawab panggilan, menyenyapkan panggilan atau menatal halaman dengan meleretkan tangan mereka ke udara, manakala fitur seperti Sistem Penggalak AI, Permulaan Pantas, Mod Permainan dan Penstabilan Kadar Kerangka AI akan memberikan pengalaman hiburan yang lancar dan mengasyikkan untuk para pengguna.
 
ColorOS 12 juga turut menampilkan Omoji, menawarkan jalan baharu untuk pemperibadian dengan 200+ pilihan pengubahsuaian dan penjejakan muka masa nyata melalui Algoritma Tangkapan Wajah OPPO yang termaju.



Keselamatan dan privasi dipastikan pada peringkat sistem pengendalian pada ColorOS 12 dan diperakui oleh pihak ketiga seperti ISO dan ePrivacy. Fitur privasi lain termasuk Anti-Intipan untuk Notifikasi, yang menyembunyikan notifikasi terperinci jika telefon pintar mengesan orang lain melihat skrin telefon apabila mesej muncul.

Ketersediaan
Aktiviti prapesanan Reno7 Z 5G akan bermula dari 29 Mac 2022 hingga 1 April 2022. Pembelian prapesanan layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM233! Hadiah termasuk Beg Reno (RP:RM109) dan promosi PDP (Pembelian dengan Pembelian) yang akan membolehkan anda mendapat potongan 50% apabila anda membeli Enco Air2 berserta dengan Reno7 Z 5G! Pembelian prapesanan hanya tersedia di cawangan OPPO Brand Store, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO dan Shopee.

Bersempena dengan kerjasama eksklusif antara Reno7 Z 5G dan Shopee, Shopee telah menyediakan ganjaran yang terbesar! Mulai hari ini dan seterusnya sehingga 10 April 2022, 100 pelanggan pertama yang membeli Reno7 Z 5G layak mendapat hadiah percuma bernilai sehingga RM129 termasuk Rebat ShopeePay RM50 bagi pelanggan yang mengaktifkan ShopeePay dan cawan suction (bernilai RM79).

Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli Reno7 Z 5G juga akan mendapat 10 slot penyertaan untuk menyertai Cabutan Bertuah dan berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM2,526! Cabutan Bertuah akan berlangsung sehingga 8 April 2022 dan pemenang akan berpeluang memenangi OPPO Reno7 Z 5G serba baharu (RP: RM1,699), OPPO Enco Air2 (RP: RM249) dan banyak lagi!



Prapesanan kini boleh dibuat di https://rb.gy/zne2ka. Untuk maklumat lanjut tentang cabutan bertuah Reno7 Z 5G eksklusif Shopee, sila layari: https://shp.ee/seszv6b.

Jualan pertama Reno7 Z 5G akan bermula dari 2 April 2022. Pembelian dalam tempoh jualan ini juga akan melayakkan anda menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM233! Jualan pertama akan tersedia di semua My OPPO Space, OPPO Brand Store, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO, rakan kongsi Telekomunikasi, rakan kongsi E-Dagang dan rakan kongsi rangkaian kedai OPPO kecuali Lazada yang hanya akan bermula jualan pada 9 April 2022.

Reno7 Z 5G akan tersedia dalam warna Rainbow Spectrum dan Black Cosmic. Model 8GB RAM dan 128GB ROM akan dijual pada harga RM1,699.

Untuk maklumat lanjut tentang OPPO Reno7 Z 5G, sila lawati https://www.oppo.com/my/.