Terkini | New

[Infografik] Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G: Memberikan Pengalaman Galaxy yang Dikuasakan oleh Inovasi Terkini

Dengan memberikan rangkaian penuh inovasi Galaxy yang hebat, Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G serba baharu Samsung Electronics menawarkan pengalaman mudah alih holistik pada nilai yang hebat, dikuasakan oleh pemproses serba baharu, paparan yang luas dan terang, serta hayat bateri yang mampu bertahan selama dua hari.

Siri Galaxy A baharu juga menampilkan sambungan 5G, dan dengan naik taraf One UI dan OS Android selama empat generasi, serta naik taraf sistem keselamatan yang dijamin sehingga lima tahun, Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G memastikan pengalaman mudah alih anda sentiasa hebat. Peranti ini juga menampilkan sistem kamera AI Galaxy khas yang menawarkan hasil gambar dan video yang tajam dan jelas.

Berkat kehadiran enam (6) Galaxy Experience - Bixby Routine, Samsung Pay, Buds Auto Switch, Link to Windows, Single Take dan App Continuity – peranti yang bercirikan mercu ini memberikan anda lebih kuasa untuk mencipta dan terus kekal terhubung.

Lihat maklumat grafik di bawah untuk melihat cara Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G meletakkan inovasi Galaxy dalam poket anda.





Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G Produk Spesifikasi