Terkini | New

Plant Origins bersama Puteri Aishah menyambut Aidilfitri dengan Melancarkan Set Aromaterapi Istimewa

Plant Origins bersama Puteri Aishah menyambut Aidilfitridengan Melancarkan Set Aromaterapi Istimewa 
Sempena musim perayaan ini, jenama FMCG ini menampilkan wangian yang mengimbau memoriindah Puteri Aishah, memberikan haruman nostalgia kepada penggunanya

Plant Origins, salah satu jenama di bawah Signature Market,telah bekerjasama dengan selebriti Malaysia, Puteri Aishah bagi melancarkan setaromaterapi istimewa dengan wangian nostalgia sempena Aidilfitri. Dengan tiga set Raya eksklusif untuk dipilih, setiap kotak mengandungi haruman aromaterapi yang dipilih secara khusus bagi merangsang memori nostalgia musim perayaan.


Diinspirasikan oleh detik istimewa lalu, setiap set terdiri daripada haruman Inflorescence Aromatherapy Room Spray yang dipilih oleh Puteri Aishah sendiri. Berbeza dengan haruman semburan bilik Plant Origins yang lain, semburan bilik edisi terhad ini dapat mengembalikan ingatan kita kepada sambutan Hari Raya dan pelukan mesra kasih sayang keluarga.

“Saya pasti bahawa setiap orang mempunyai haruman yang berupaya menyentuh hatimereka. Tidak kira sama ada memori hari paling gembira bagi mereka, zaman kanak-kanak,seseorang atau tempat yang istimewa, pasti ada satu haruman yang akan membawa kitakembali ke detik itu. Apabila saya memilih sesuatu haruman itu, saya mahukan sesuatu yangboleh mengimbau memori terindah dan paling bermakna yang menjadi inspirasi di sebalik penghasilan Inflorescence Aromatherapy Room Spray. Saya sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Plant Origins dalam menghasilkan produk ini dan saya teruja untuk semua orang menikmatinya dansemoga ianya dapat mengembalikan detik nostalgia dalam hidup mereka,”kata Puteri Aishah.

 

“Hari Raya membawa pelbagai bauan yang dapat membangkitkan memori silam. Malah,haruman yang terhasil daripada makanan tertentu, tumbuh-tumbuhan, lilin, dan benda-benda lain dapat mewujudkan hubungan di antara emosi dan memori silam kita. Dan itulah yang mendorong kami untuk memilih sesuatu yang amat bermakna menjelang Hari Raya ini terutamanya untuk mereka yang tidak dapat meraikannya bersama orang yang tersayang,”kata John Cheng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Signature Market, syarikatinduk Plant Origins

“Kesudian Puteri Aishah untuk menjadi sebahagian daripada kerjasama ini menjadikannyalebih istimewa lagi kerana Inflorescence Aromatherapy Room Spray dipilih berdasarkankepada memori nostalgia beliau bersama-sama dengan pasukan R&D kami yang telah menggunakan haruman bunga bagi menyegarkan dan menghidupkan suasana untuk dimana-mana ruang. Kami berharap semoga pelanggan kami dapat berkongsi detik indah ini bersama-sama dengan insan yang tersayang, tidak kira jauh atau dekat,”tambah beliau.




Berharga daripada RM80 hingga RM200, set Aromaterapi bingkisan Raya eksklusif Plant Origins termasuk Raya Terindah, Idaman Hari,dan Riang Ria Aromatherapy Gift Box. Set-set berkenaan terdiri daripada semburan bilik, minyak pati, pembersih, semburan kulit, krimtangan, dan banyak lagi.

Selain daripada set Aromaterapi bingkisan Raya, pengguna juga berpeluang untuk membeli Inflorescence Aromatherapy Room Spray sahaja yang dijual pada harga RM49.90. Mereka yang membeli semburan bilik itu sahaja akan menerima Plant Origins Refresh & Reset Aromatherapy Room Spray Sample Card (3ml) secara percuma.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini, sila layari Instagram dan Facebook Plant Origins YouTube, atau laman sesawang Signature Market.