Terkini | New

Kualiti Kamera Dari Siri Samsung Galaxy S22 Pilihan Terbaik Untuk Anda

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy S22+ yang menjadi pilihan peminat photography masa kini. Samsung memperkenalkan siri Galaxy S22 semasa acara Galaxy Unpacked 2022.

Jom kita lihat kualiti kamera Samsung Galaxy S22+ bagi penggunaan kamera sama ada bergambar atau pembikinan video.


Merakam foto dan video memerlukan ciri perisian dan perkakasan canggih. Siri Samsung Galaxy S22+ memastikan bahawa kenangan kegemaran anda disimpan dengan sangat terperinci. Samsung Galaxy S22+ boleh merakam video sehingga 8K pada 24 frame sesaat. Pasti menjadi pilihan penggemar photography dan video.



Penggunakan kamera ultra lebar juga memberikan satu pemandangan yang cantik dan lebih menyeluruh. Samsung Galaxy S22+ mempunyai kamera swafoto 10MP dengan autofokus. Kamera 12MP (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi terutama sekali dalam suasana pencahayaan yang rendah.

Jom lihat hasil gambar yang kami ambil ketika berada di Menara Kuala Lumpur.

Ultra Wide

Ultra Wide 

Normal Photo

10x Space Zoom

20x Space Zoom

30x Space Zoom

30x Space Zoom Screen Capture Galaxy S22plus

Kamera utama 50MP yang padu dan berkemampuan zoom sehingga 30x zoom. Ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’ yang merangkumi penggunaan sensor kamera bersaiz 23% lebih besar berbanding teknologi S21 dan S21+ dan juga teknologi Adaptive Pixel yang membolehkan kamera anda merakam gambar yang detail dan warna cerah, tanpa mengira keadaan pencahayaan sewaktu bergambar.

Gambar waktu malam dengan lampu-lampu menarik di Menara Condong Teluk Intan ini pasti memukau.


Gambar malam sekitar bilik jam Menara Condong. 


Galaxy S22+ menjadikan anda lebih kreatif bagi menghasilkan gambar lebih mempersonakan. Portrait video lebih memukau dengan video bokeh yang istimewa. Anda pasti jatuh cinta dengan framing portrait video kali ini.





Mod Portrait Galaxy S22+ membolehkan anda mengambil gambar portrait dengan 1x dan 3x zoom yang lebih terperinci dengan warna dan bokeh yang cantik.

Portrait Mod 1x

Portrait Mod 3x

Samsung Galaxy S22+ kali ini menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2X 6.6-inci dengan resolusi HD+ Penuh, kadar penyegaran boleh ubah 120Hz, HDR10+, pembesar suara stereo. Anda akan rasa selesa untuk membuat video cuma menggunakan Samsung Galaxy S22+ sahaja.

Jadi nantikan gambar-gambar menarik dari Samsung Galaxy S22+ untuk slot Hiburan akan datang. 


SPESIFIKASI PERANTI GALAXY S22+

Model: Samsung Galaxy S22+
Paparan: 6.6-inch, Dynamic AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 1750 nits (peak)
GPU: Adreno 730
Pemprosesan: Octa-core (1x3.00 GHz Cortex-X2 & 3x2.40 GHz Cortex-A710 & 4x1.70 GHz Cortex-A510)
Cip: Snapdragon 8 Gen 1 (US); Exynos 2200 (UK)
OS: Android 12, One UI 4.1
Kalis Air: IP68 Water Resistance
RAM: 8GB | Virtual RAM Up to 8GB
Memori Dalaman: 128GB, 256GB
Kamera Utama: Triple: 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.56", 1.0µm, Dual Pixel PDAF, OIS +, 10 MP, f/2.4, 70mm (telephoto), 1/3.94", 1.0µm, PDAF, OIS, 3x optical zoom +, 12 MP, f/2.2, 13mm, 120˚ (ultrawide), 1/2.55" 1.4µm, Super Steady video
Kamera Depan: 10 MP, f/2.2, 26mm (wide), 1/3.24", 1.22µm, Dual Pixel PDAF
Video: 8K@24fps, 4K@30/60fps, 1080p@ 30/ 60/ 240 fps, 720p@960fps, HDR10+, stereo sound rec., gyro-EIS
Selfie: 4K@30/60fps, 1080p@30fps
Bateri: * Li-Ion 3700 mAh, non-removable battery, Fast charging 25W. / * USB Power Delivery 3.0 / * Fast Qi/PMA wireless charging 15W /* Reverse wireless charging 4.5W
SIM/Telefon: Single SIM (Nano-SIM) or Dual SIM (2 Nano-SIMs + eSIM, dual stand-by)
USB: USB Type-C 3.2, USB On-The-Go
NFC: Yes
Sistem Imbasan: Fingerprint (under display, ultrasonic), accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer


Warna Pilihan: Phantom White, Phantom Black, Green, Pink Gold

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy S22+ anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung  https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/