Terkini | New

Saksikan Pemain Pro dan Influencer Kegemaran Anda Menakluk Mobile Legends: Bang Bang 515 ALL STAR Showdown 2022

Saksikan Pemain Pro dan Influencer Kegemaran Anda Menakluk Mobile Legends: Bang Bang 515 ALL STAR Showdown 2022.
Tonton 10 pemain profesional dan 30 influencer bertelagah dalam perlawanan ALL STAR dalam minggu-minggu akan datang ini! Siapa yang akan menjadi MVP?



Samsung Malaysia baru-baru ini mengumumkan kerjasama mereka dengan Mobile Legends: Bang Bang 515 ALL STAR Showdown 2022. Acara undian All Star dalam permainan akan menampilkan influencer di seluruh rantau Asia Tenggara dengan 200 penyertaan dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Kemboja dan Filipina. Mewakili Malaysia ialah sepuluh pemain pro seperti Soloz dan XK Penjahat serta 30 influencer seperti deejay Jaa Suzuran dan pemain futsal negara, Intan Serah.

“Samsung Malaysia teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan ALL STAR. Dengan gabungan ini, kami berharap dapat menunjukkan prestasi peranti siri Galaxy A serta memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk pemain,” kata KM Liew, Ketua Unit Perniagaan MX, Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn. Bhd.


Megetuai Mobile Legends: Bang Bang 515 ALL STAR Showdown 2022 ialah pelakon dan Star Manager terkenal, Janna Nick, yang baru-baru ini menghidupkan watak wira Mobile Legends, Tang Wanwan dalam Tang Wanwan: Quest for the Truth. 40 peserta akan berpecah kepada lapan pasukan dan berebut tempat terhad di mana hanya empat pasukan akan menerus ke peringkat domestik. Fasa pengundian All Star akan bermula pada 29 April dan berakhir pada 4 Mei.

Sebagai telefon pintar rasmi Mobile Legends: Bang Bang 515 ALL STAR Showdown 2022, siri A direka untuk melengkapkan pemain dan pencarian mereka. Dengan 16GB RAM (8GB fizikal + 8GB maya) dan pemproses Octa-Core di seluruh Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G, pemain akan dapat bermain atau menstrim permainan kegemaran mereka dengan lancar. Dengan bateri yang besar dan paparan yang terang, pemain akan dapat menikmati keseronokan menonton yang mengasyikkan secara berturut-turut tanpa perlu risau terlepas sesaat. Dengan Game Booster yang pintar, pemain juga akan dapat meningkatkan dan membawa pengalaman permainan mereka ke peringkat seterusnya dengan mengoptimumkan bateri, memori dan suhu peranti.

Jadi, siapa yang anda akan sokong? Pastikan anda terus menonton semua perlawanan secara langsung dari 29 April hingga 15 Mei! Untuk maklumat lanjut, lihat Mobile Legends: Bang Bang 515 ALL STAR Showdown 2022 di Facebook, Youtube dan TikTok.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy A53 5G, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a53-5g-awesome-blue-256gb-sm-a536elbhxme/