Terkini | New

Les' Copaque Lancarkan "Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!" 2 Hari Persembahan Di Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Les' Copaque Lancarkan "Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!" 2 Hari Persembahan Di Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur



Les’ Copaque Production Sdn Bhd bakal menganjurkan “Teater Muzikal Upin & Ipin — Pin Pin Pom!” pada 3 & 4 September 2022. Penganjuran teater ini adalah kerana sambutan yang amat mengalakkan pada pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin 10 tahun yang lalu.


Teater muzikal terbaharu ini menampilkan pengisian yang berbeza dan menampilkan lakonan dan aksi kostum Upin, Ipin serta kawan-kawan dalam pengembaraan dunia penuh magik, “Pin Pin Pom!”. Teater ini akan menggunakan teknologi terkini seperti teknik kesan khas, efek pencahayaan serta penggunaan LED skrin bagi memberikan impak luar biasa kepada pementasan tersebut. 


Pementasan “Teater Muzikal Upin & Ipin — Pin Pin Pom!” ini berdurasi lebih 1 jam dan ianya padat dengan aksi mendebarkan serta mencuit hati dengan lagu-lagu muzikal yang pasti membuatkan penonton terhibur dan turut menyanyi bersama-sama. Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah dari lagu-lagu popular Upin & Ipin seperti “Gembira Bermain” dan beberapa lagu-lagu baru seperti lagu “Upin & Ipin Berani” dan “Pin Pin Pom!”.

Teater ini juga akan menampilkan beberapa watak baru yang pertama kali dimunculkan di pementasan teater seperti watak Pahlawan Magik Upin Ipin dan Nenek Kebayan. Teater ini dihasilkan oleh Les’ Copaque Production dan diuruskan bersama oleh syarikat Star Fotress Sdn Bhd.


“Teater Muzikal Upin & Ipin — Pin Pin Pom!” ini akan dipentaskan di Dewan Plenary , Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 3 & 4 September 2022 dengan waktu persembahan pada 11 pagi, 3 petang dan 8.15 malam.

Peminat sudah boleh mula mendapatkan tiket dengan potongan harga 10% di laman web Trip.com bermula dari 15 Jun sehingga 14 Julai 2022. Manakala bermula 15 Julai 2022, tiket akan kembali dijual kepada harga asal melalui laman web My.BookMyShow.com.

Les’ Copaque Production merancang untuk membawa “Teater Muzikal Upin & Ipin — Pin Pin Pom!” menjelajah ke negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.



Sinopsis "Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!"
Upin dan Ipin secara tidak sengaja terjumpa dan membawa pulang Batu Delima Sakti milik Nenek Kebayan. Nenek Kebayan yang mempunyai niat jahat untuk menakluki dunia magik, memerlukan kuasa dari Batu Delima Sakti tersebut. Upin dan Ipin bertukar menjadi Pahlawan Magik dan menentang Nenek Kebayan. Berjayakah Upin dan Ipin menghalang niat Nenek Kebayan dan melindungi dunia magik serta Kampung Durian Runtuh?

“Teater Muzikal Upin & Ipin — Pin Pin Pom!”
Tarikh : 3 dan 4 September 2022
Masa : 11pagi, 3petang dan 8.15malam Lokasi : Dewan Plenary, Pusat Konvensen Kuala Lumpur
Harga Tiket : PS1: RM320, PS2 : RM220, PS3 : RM100

Jualan Tiket Istimewa (Diskaun 10%)
Laman web: https://Trip.com (https://tinyurl.com/mrxaf9t5)
Tempoh Pembelian Tiket : 15 Jun — 14 Julai 2022
Harga Tiket : PS1: RM288, PS2: RM198, PS3: RM90

Jualan Tiket (Tanpa Promosi)
Laman web: https://My.BookMyShow.com.
Tempoh Pembelian Tiket : 15 Julai - 2 September 2022
Harga Tiket : PS1: RM320, PS2 : RM220, PS3: RM100


###


Mengenai Les' Copqaue Production
Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. merupakan syarikat produksi animasi terunggul di Malaysia dengan pelbagal kejayaan diperingkat antarabangsa dan pengalaman hampir 17 tahun di dalam industri animasi. Kekuatan Les Copaque adalah menghasilkan ka a 3D animasi yang berkualiti tinggi dengan wajah dan elemen tempatan. Antara animasi yang terkenal dihasilkan oleh Les’ Copaque adalah Upin & Ipin, Puteri, Pada Zaman Dahulu dan DaDuDiDo.

Mengenai Star Fotress Sdn Bhd
Star Fortress Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada Biz Trends Media Pte Ltd sebuah syarikat hiburan dari Singapura. Biz Trends Media Pte Ltd mempunyai pengalaman lebih 25 tahun di dalam pengurusan dan promosi melibatkan jenama antarabangsa seperti Nickelodeon, Peppa Pig, Babyshark, Robocar Poli dan banyak lagi.