Terkini | New

Majlis Pembukaan DUBAI FOOD GALLERY Arabic Food Court Pertama Malaysia Di Tropicana Gardens Mall

Kini anda dapat menikmati makanan Arab yang pelbagai di salah satu food court yang terletak di dalam satu bumbung dengan hiasan dalam yang cukup cantik dan menarik. Peminat Restoran Arab kini boleh mengunjungi di Cawangan kedua DUBAI FOOD GALLERY yang berdekatan Stesen MRT Surian yang terletak di aras 3 bersebelahan pawagam GSC ,Tropicana Gardens Mall.

Pengunjung dapat menikmati pelbagai variasi makanan Arab yang asli dan diminati untuk hidangan bersama keluarga dan kawa-kawan sekerja. DUBAI FOOD GALLERY mempunyai 6 section termasuk Shawarma, Grill, Meals, Fries, Dessert dan Drinks.




Dubai Food Gallery Tropicana Garden Mall merupakan cawangan kedua setelah berjaya mmbuka dengan jayanya di Pavilion Kuala Lumpur. 

Terdapat lagi 2 cawangan lagi akan di buka bagi memastikan pengunjung mendapat hidangan terbaik dari chef-chef yang berpengalaman masakan timur tengah ini.




Pelbagai hidangan seperti Nasi Arab Mandy, Shawarma, Daging panggang, Baklava, Nasi Khabsa dan pelbagai hidangan pembuka selera yang cukup sedap untuk anda nikmati. Kesemua makanan di sini anda akan dapat melihat sendiri secara langsung pembuatannya yang meriah tambah lagi dengan suasana dekorasi yang cantik.



Hidangan pula di pesan secara food court bagi memastikan pengujung dapat menikmati makanan dan operasi pembersihan secara cepat dan pantas. 





Ketika pelancaran pembukaan DUBAI FOOD GALLERY turut mengundang beberapa kumpulan nyanyian nasyid dan pengunjung untuk menikmati hidangan yang pasti menjadi kesukaan anda. 

Tempat solat juga disediakan berhampiran dengan DUBAI FOOD GALLERY dan beberapa fasiliti yang menarik.




Menurut pengurusnya, makanan citara Arab kali ini diolah sedikit bagi memenuhi citarasa pengunjung di Malaysia yang sukakan pedas. Moga ramai lagi yang akan hadir bagi menikmati hidangan yang penuh dengan rempah ratus yang istimewa ini.



Jom kita merasai sendiri makanan menarik bersama keluarga tanpa pergi ke negara Timur tengah yang jauh. Selamat menjamu selera..

Dubai Food Gallery terletak di Lot 3F, Tropicana Garden Mall, 08, Persiaran Surian, Tropicana, Petaling Jaya, Selangor. Jumpa anda di sana..