Sustainability Hunt Alam Flora 2022 Bersama Alam Flora

Jun 26, 2022

Sustainability Hunt Alam Flora 2022 Bersama Alam Flora.

Tahniah atas kejayaan menganjurkan program kesedaran yang menjaga alam sekitar.


Tahnniah kepada Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) yang menganjurkan Sustainability Hunt Alam Flora 2022 dan mengorak langkah lebih jauh dalam mengguna pakai pendekatan holistik ke arah kelestarian yang merangkumi aspekAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) merentas rantaian nilai. Ini dilakukan melaluibeberapa program dan inisiatif yang melibatkan pengalihan sisa dari tapak perlupusan dankemudahan rawatan sisa.

 

Pelepasan peserta-peserta dalam program Sustainability Hunt Alam Flora 2022 yang melibatkan 5 checkpoint yang perlu di tempuhi melalui Qr kod yang di terima di telifon pintar. Peseerta perlu menjawap kuiz, mengenalpasti barangan untuk di kitar semula di mana barangan perlu diasingkan mengikut kategori plastik, kertas dan lain-laim. Apa yang menarik adalah tanaman microgreen dan recycle baju lama menjadi beg.


Ketua Pegawai Operasinya, Azahari Zainal Abidin, berkata Alam Flora kini berada di landasan yang betul untuk menambah baik aspek kehidupan lestari dan penjagaan alam sekitar, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 




Antaranya ialah menggunakan teknologi digital dalam operasi hariannya, dengan memantau kenderaan operasinya bagi membolehkan penyediaan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan, dan dengan mengurangkan sisa bahan api yang boleh mengurangkan kesan karbonnya.


Alam Flora juga telah membangunkan Kemudahan Kitar Semula Bersepadu (IRF) untuk mengurangkan pembuangan sisa di tapak pelupusan sampah dan telah banyak mempromosikan program 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery) dalam usaha meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai dan membantu mencapai matlamat untuk mengurangkan sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan sampah kepada 40 peratus menjelang 2025.


“Kita harus ingat bahawa mengekalkan persekitaran dan menjaga kebersihan adalah usahasama semua pihak. Untuk melakukan itu, informasi mengenai amalan kelestarian alam sekitar, kebersihan dan penjagaan alam sekitar melalui media arus perdana dan media sosial memainkan peranan penting dalam memastikan masyarakat menerima informasi yang cepat dan tepat untuk aktiviti harian mereka.”


“Disebabkan inilah Alam Flora mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ‘Sustainability Hunt 2022’, di mana kami mengadakan program kesedaran dalam kalangan pengamal media dan rangkaian komuniti media sosial seperti ‘Key Opinion Leader (KOLs), ‘influencer’ serta penulis blog dan memanfaatkan reputasi dan capaian pengikut mereka untuk mengetengahkan usaha dan isu kelestarian alam sekitar”, tambahnya.



Acara perlepasan 30 peserta ‘Sustainability Hunt 2022’ buat julung kalinya, di Taman Tugu, Kuala Lumpur yang terdiri daripada 10 media arus perdana, 10 penulis blog, lima KOL dan lima ‘influencer’ termasuk seorang selebriti, pelakon terkenal Ummi Nazeera.


Semua peserta dalam ‘Sustainability Hunt 2022’ mesti menulis artikel atau kapsyen yang berkaitan dengan tugasan berkaitan kelestarian yang diberikan di lima ‘check point’. Mereka kemudiannya mestilah memuat naik foto atau video tugasan tersebut di pelbagai laman sosial dengan hashtag  #AlamFloraSustainabilityHunt2022 #JomRawatBumi #BeyondWasteManagement #WorldEnvironmentDay #OnlyOneEarth.


Tempat pertama bagi setiap kategori (Media Arus Perdana, Blogger, KOL dan Influencer) akan memenangi hadiah wang tunai RM500. Pemenang tempat kedua dan ketiga pula, masing-masing akan membawa pulang RM300 dan RM150.


“Diharap pengaruh daripada media arus perdana dan komuniti media sosial ini dapat membuka mata orang ramai dan meningkatkan kesedaran netizen untuk menyebarkan mesej viral di dunia siber, demi kelestarian alam sekitar dan masa depan anak cucu kita,” kata Azahari.


Tahniah kepada semua pemenang dan untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan sosial media mereka di http://www.alamflora.com.my/



MENGENAI ALAM FLORA SDN BHD:
Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora), adalah anak syarikat Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), yang ditubuhkan bagi memodenkan pengurusan sisa pepejal di Malaysia serta meningkatkan kecekapan dan mutu pengurusan sisa pepejal daripada peringkat penjanaan sisa sehingga ke proses pelupusan sampah.

Alam Flora merupakan salah sebuah syarikat
konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negara ini yang bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan di kawasan Tengah dan Pantai Timur Semenanjung, meliputi seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan.


You Might Also Like

0 comments