Terkini | New

Pusing Selangor Dulu’ Travel Hunt 2022 Mendapat Sambutan Terbaik Dan Meriah

Pusing Selangor Dulu’ Travel Hunt 2022 Mendapat Sambutan Terbaik Dan Meriah.
Seramai 280 peserta yang merangkumi 70 pasukan menyertai edisi pertama


Kerajaan Negeri Selangor menerusi Agensi Promosi Pelancongan Rasmi, Tourism Selangor buat kali pertamanya telah menganjurkan ‘Pusing Selangor Dulu’ Travel Hunt 2022 Edisi Hulu Langat yang dijalankan pada 25 Jun 2022, bermula di Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi ke sekitar tarikan produk pelancongan menarik di daerah Hulu Langat.

  



Acara ini merupakan acara pertandingan penjelajahan berkereta secara berkumpulan di mana peserta perlu mencari lokasi – lokasi ‘Travel Hunt’ yang telah ditetapkan berpandukan maklumat – maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan soalan dan tugasan di sepanjang laluan perlumbaan. Seramai 280 peserta yang merangkumi 70 pasukan menyertai edisi pertama penganjuran travel hunt pada kali ini.


Dengan tema “Pusing Selangor Dulu”, penganjuran acara ini adalah bertujuan untuk menyokong dan menggalakkan penganjuran acara pelancongan di negeri Selangor khususnya di setiap daerah Hulu Langat. Secara tidak langsung, ianya dapat mempromosikan aktiviti dan produk pelancongan beraskan “Experiential Tourism” dan berasaskan komuniti yang terdapat di setiap daerah di Negeri Selangor.



Seiring dengan konsep “Travel Hunt”, setiap peserta berkumpulan, mereka bergerak menggunakan kereta yang merangkumi 4 orang dalam 1 kumpulan. Jangka masa perlumbaan adalah selama 6 jam, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Dalam format disiplin pula, para peserta diberikan soalan ‘Hunt’ dan beberapa tip perjalanan perlumbaan di beberapa lokasi ‘check point’ disekitar daerah Hulu Langat. 




Lokasi ‘mula’ dan ‘tamat’ perlumbaan adalah di Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi, manakala beberapa kawasan dan tempat pelancongan menarik yang mereka lawati.


Acara Pusing Selangor Dulu Travel Hunt yang buat kali pertama dianjurkan ini akan dapat menarik-minat orang ramai, khususnya penggemar aktiviti pelancongan, serta tarikan ‘Experiential Tourism’ dan keunikan daerah Hulu Langat yang menjadi kebanggaan kita bersama.






Negeri Selangor mempunyai 9 daerah dan 12 PBT (kawasan pihak Berkuasa Tempatan) yang mempunyai keunikan pelancongannya yang tersendiri bagi memberi sebuah pengalaman pelancongan secara total, dengan tumpuan kepada perkhidmatan dan layanan mesra kepada para pelancong serta kepelbagaian segmentasi pelancongan.






Acara Pusing Selangor Dulu Travel Hunt 2022 Edisi Hulu Langat pada kali ini mendapat kerjasama yang baik daripada Hikers Training N Consultant, Kompleks PKNS Bangi, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Selangor sebagai penganjur bersama.

Tahniah kepada semua pemenang dan untuk maklumat lanjut tentang industri pelancongan di Negeri Selangor; layari www.selangor.travel, laman web rasmi Tourism Selangor