Terkini | New

Mini konsert MALAM MAS MONA bersama Dato Jefrydin

Buat pertama kalinya Grand Barakah Hotel ( GBH ) menganjurkan satu Program berkonsepkan MINI KONSERT UNTUK ARTIS VETERAN . 

Tujuan diadakan mini Konsert ini adalah untuk memberi ruang kepada Artis Veteran berkarya dan menjalankan aktiviti mereka di Grand Barakah Hotel ini melalui bidang masing - masing . Grand Barakah Hotel bersedia berkerjasama dengan Artis Veteran untuk mengadakan sebarang program bagi menyemarakkan industry muzik tanah air disamping mendapatkan pendapatan individu itu sendiri . 


Grand Barakah Hotel terpanggil untuk merancang program sebegini agar berterusan sekurangnya memberi peluang dan ruang untuk artis veteran seperti penyanyi , pelakon , pemuzik berterusan berkarya kerana itu adalah terapi diri kepada pengiat seni ketika mereka masih aktif dan sihat . Grand Barakah Hotel cuba mengangkat pengiat seni yang masih sehat yang berusia emas melebihi 70tahun keatas untuk berinteraksi bersama peminat di pentas.


Dengan cara begini mereka dapat berjumpa kawan kawan , peminat - peminat sambil mengembalikan nostalgia dimana keindahan kehidupan adalah melalui kenangan lebih lebih lagi zaman kegemilangan bergelar seorang artis . Program sebegini akan diteruskan bukan sahaja kepada Artis 60an sahaja malah diadakan juga untuk artis 70an , 80an dan 90an dimana dari genre muzik Pop Yeh Yeh - Retro - Rock Pop Rock - Irama Malaysia .


Sokongan dan doa dari semua amatlah di alu - alukan . Grand Barakah Hotel ( GBH ) memberi peluang kepada Penyanyi Veteran untuk membuat persembahan di pentas Ballroom GBH pada permulaan Mini Konsert Pop Yeh Yeh Penyanyi Lagenda DATO ' JEFRYDIN dengan temanya MAS MONA NIGHT ( MALAM MAS MONA ) dimana MAS MONA adalah salah satu lagu hit 60an satu ketika dulu dan kini masih di minati ramai oleh anak muda . 



Disamping itu ditampilkan seorang lagi penyanyi seangkataan dengan beliau iaitu penyanyi S.MARIAM merupakan penyanyi dari kumpulan Siglap 5 yang akan beraksi bersama irama 60an . Tetamu Veteran pada kali ini kita tampilkan Penyanyi AYAHKU KAWIN LAGI - DATUK L RAMLI yang di datangkan khas dari Pulau Pinang dan Band Pengiring kumpulan Band THE ZURAH 3 untuk memeriahkan lagi MAS MONA NIGHT pada malam itu .

Bagi merealisasikan program sebegini amatlah perlu mendapatkan sokongan padu dari semua pengiat seni dan peminat - peminat agar dapat datang bersaama pada malam 30 Julai 2022 jam 8.30 mlm bertempat di Ballroom GBH , Grand Brakah Hotel , Ampang , Selangor . 


Kehadiran anda pada malam itu mendapatkan inspirasi kepada semua lapisan masyarakat menyokong industry muzik tanahair agar terus maju serta dapat membantu artis veteran dan artis masa kini . Tiada yang lama tiadalah yang baru satu perkara yang harus kita ingat untuk Berjaya bukan lah mudah tapi berkat kesungguhan usha itu merupakan tangga kejayaan . 

Harga Tiket bermula dari RM108 , RM 148 dan RM198 . Tempah tiket anda sekarang sebelum terlambat. Hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran:
0197564070 - Rawi
0199614070 - Alma
0199624070 - Luqman
0342707070 - Pejabat

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial media mereka di :
Website - www.grandbarakahhotel.com
Facebook - https://www.facebook.com/GrandBarakahHotel
Instagram - www.instagram.com/grandbarakahhotel
Twitter - www.twitter.com/GrandBarakah