Terkini | New

OPPO Malaysia Lancarkan OPPO Reno 8 Series 5G, OPPO Pad Air Dan OPPO Enco Air 2 Pro Terbaru

OPPO Malaysia Lancarkan OPPO Reno 8 Series 5G, OPPO Pad Air Dan OPPO Enco Air 2 Pro 
OPPO Memperkenalkan Siri Reno8 5G – Pakar Potret Yang Memberikan Pengalaman Fotografi Cahaya Rendah Yang Tiada Tandingan


KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 - OPPO hari ini mengumumkan pelancaran telefon pintar Siri Reno terbaharunya — Siri OPPO Reno8 5G — di Malaysia. Direka untuk menjadi Pakar Potret peringkat mercu dalam segala aspek, Reno8 Pro 5G dilengkapi dengan NPU pengimejan yang pertama dibangunkan sendiri oleh OPPO iaitu MariSilicon X. Dengan sokongan keupayaan pemprosesan imej MariSilicon X yang berkuasa, Reno8 Pro 5G memberikan satu ciri kamera yang inovatif untuk membantu para pengguna menangkap potret ultra jelas walaupun dalam senario yang paling mencabar.


Potret ultra jelas dalam semua situasi
Dilengkapi dengan pelbagai ciri pengimejan unggul, Reno8 Pro 5G membawa foto dan video potret ultra jelas ke tahap baharu dengan perkakasan yang berkuasa dan asas perisian.

Teras pengalaman potret yang tiada tandingan ini adalah NPU pengimejan yang dibangunkan sendiri oleh OPPO, MariSilicon X, yang memberikan tahap kuasa pengkomputeran khusus yang tinggi untuk ciri pengimejan Reno8 Pro 5G, keseluruhannya dengan penggunaan kuasa yang sedikit. Dibina pada teknologi proses 6nm termaju dan senibina DSA terkemuka dalam industri, MariSilicon X mampu memberikan 18 trilion operasi sesaat (18 TOPS) kuasa pemprosesan imej khusus yang luar biasa. 


Dengan kuasa pengkomputeran yang besar dan daya pemprosesan data yang tinggi ini, MariSilicon X boleh melakukan pemprosesan AI 4K masa nyata tanpa kerugian dan gabungan HDR sehingga 10bit dalam domain RAW, sambil mencapai nisbah isyarat-ke-bunyi sehingga 8dB untuk imej. Melalui keupayaannya untuk memproses imej secara langsung dalam domain RAW tanpa kerugian, Marisilicon X bertindak sebagai asas yang tiada tandingan untuk pengalaman pengimejan terbaik Reno8 Pro 5G.

Untuk mengoptimumkan lagi pengalaman penggambaran dalam persekitaran pencahayaan rendah, kedua-dua Reno8 Pro 5G dan Reno8 5G menampilkan Dwi Sensor Andalan Sony — IMX709 untuk kamera hadapan dan IMX766 untuk kamera belakang.

Sony IMX709 adalah sensor kamera RGBW 32MP generasi seterusnya yang disesuaikan oleh OPPO. Ia memastikan peningkatan 60% untuk pengambilan cahaya dan peningkatan 35% untuk pengurangan hingar jika dibandingkan dengan sensor RGGB tradisional. Bersama-sama dengan algoritma Quadra Binning rekaan sendiri OPPO, setiap swafoto akan kelihatan terang dan tajam secara dinamik tidak kira dalam pemandangan cahaya rendah atau cahaya latar. Selain itu, IMX709 pada Reno8 Pro 5G menyokong AutoFokus pada kamera hadapan buat kali pertama, membolehkan 2x zom semasa mengambil swafoto. Dengan jarak fokus minimum 15cm, membolehkan tangkapan sangat dekat dengan menggunakan kamera hadapan Reno8 Pro 5G, menawarkan perincian yang menakjubkan.


Pada kamera belakang, Siri Reno8 5G dilengkapi dengan sensor Sony IMX766, memberikan pengalaman potret yang dipertingkatkan dengan saiz sensor 1/1.56-inci yang besar dan ciri seperti All Pixel Omni-Directional PDAF dan DOL-HDR.

Dikuasakan oleh NPU Pengimejan MariSilicon X dan Dwi Sensor Andalan Sony, Reno8 Pro 5G menyediakan pengalaman kamera potret peringkat mercu. Ia juga merupakan kali pertama rakaman video 4K dibawa ke telefon pintar pada segmen harga ini - dengan Video Ultra Malam 4K, pengguna boleh menangkap video potret ultra jelas pada waktu malam, manakala Video Ultra HDR 4K mengoptimumkan video potret yang diambil dengan kehadiran cahaya latar yang kuat. 

Kedua-dua ciri ini boleh meningkatkan kualiti imej dan eskpresi warna dalam gambar dengan ketara, mengelakkan lebihan pendedahan di kawasan terang sambil mengekalkan jumlah perincian maksimum di kawasan gelap. Dibantu oleh algoritma ubah suai AI dipertingkat terbina dalam, wajah manusia kelihatan lebih semula jadi dan jelas dalam foto dan video yang dirakam menggunakan peranti.

Rekabentuk memukau perkemas yang unik.
Buat kali pertama, Siri Reno8 5G menampilkan Rekaan Unibody Diperkemas. Menggunakan proses penempaan panas bersuhu tinggi dan bertekanan tinggi khas OPPO, sarung kamera dan penutup belakang telefon bimbit disepadukan dengan lancar. Rekabentuk yang menakjubkan menjadikan telefon ini cantik dipandang dan selesa untuk dipegang sambil menghalang habuk daripada terperangkap di sekitar kawasan kamera.

Keunikan pada rekaan Reno8 Pro 5G adalah Modul Kamera Binokular Terserlah dan Lingkaran Denyar yang ditampilkan dalam kawasan kameranya, menyerlahkan ciri kamera berkuasa telefon melalui rekabentuk tersendiri. Pada bahagian hadapan peranti, Reno8 5G didatangkan dengan paparan AMOLED 6.4 inci dengan 90.8% nisbah skrin-ke-badan dan 90Hz kadar penyegaran yang memberikan paparan grafik yang sangat lancar.

Sementara itu, Reno8 Pro 5G didatangkan dengan paparan AMOLED 6.7 inci Ultra Jelas dengan 93.4% nisbah skrin-ke-badan, menyokong 1 bilion warna, dan 120Hz kadar penyegaran untuk pengalaman menonton yang lebih lancar dan selesa dengan interaksi yang dipertingkatkan. Paparannya juga diperakui HDR10+, SGS Low Motion Blur dan SGS Low Blue Light serta HD & HDR yang diperakui untuk Amazon and Netflix.

Reno8 5G didatangkan dengan ketebalan 7.67mm dan berat 179g, dan tersedia dalam dua warna menarik — Shimmer Gold dan Shimmer Black. Selain itu juga, Reno8 Pro 5G merupakan telefon pintar Siri Reno paling nipis setakat ini – dengan ketebalan hanya 7.34mm, dan berat hanya 183g, digenggam sempurna dalam tangan penggunanya. Ianya akan tersedia dalam dua warna kemasan terbaharu yang menakjubkan – Glazed Green dan Glazed Black.


Bertahap flagship, prestasi keseluruhan yang lancar.

Reno8 5G dikuasakan oleh MediaTek Dimensity 1300 5G-integrated SoC. Dibina pada proses 6nm, SoC octa-core termasuk ARM Cortex-A78 ultra-core yang beroperasi sehingga 3GHz untuk memberikan kuasa pengkomputeran muktamad. Binaan standard dilengkapi dengan 8GB RAM dan 256GB ROM.

Yang memperkasakan prestasi lancar Reno8 Pro 5G adalah MediaTek Dimensity 8100-MAX bersepadu 5G SoC. Dibina pada standard industri – pemproses 5nm, SoC octa-core memberikan prestasi yang lebih berkuasa dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah. Reno8 Pro 5G didatangkan dengan 12GB RAM dan storan ROM 256GB. Telefon pintar ini juga memperkenalkan system pengurusan storan baca dan tulis LPDDR5 yang sangat cekap buat kali pertama pada Siri Reno.


Untuk membantu pengguna menikmati ciri utamanya yang serba lengkap dengan lebih lama, kedua-dua Reno8 Pro 5G dan Reno8 5G dilengkapi dengan set pengecasan dan ciri bateri yang direka untuk memberikan pengalaman yang lebih pantas, selamat dan lebih dipercayai, 80W SUPERVOOCTM super-pantas daripada OPPO mampu mengecas 4500mAh bateri peranti sehingga 50% dalam hanya 11 minit, dan pengecasan selama 5 minit sudah cukup untuk memberikan 2 jam permainan mudah alih. 

Bersama-sama dengan Enjin Kesihatan Bateri, jangka hayat bateri mereka boleh dilanjutkan sehingga 1600 kitaran pengecasan/nyahcas, atau kira-kira empat tahun penggunaan purata – dua kali ganda standard industri semasa. Seterusnya, dengan kemasukan Perlindungan Pengecasan 5 Lapisan OPPO, kedua-dua peranti ini telah lulus Pensijilan Sistem Pengecasan Pantas Selamat TÃœV Rheinland sebagai pengiktirafan prestasi keselamatan keseluruhannya yang cemerlang.

Sebagai tambahan, untuk meningkatkan pelesapan haba dengan ketara, Reno8 Pro 5G dilengkapi dengan Sistem Penyejukan Ultra Konduktif manakala Reno8 5G dilengkapi dengan Sistem Penyejukan Cecair Super Konduktif Vapor Chamber (VC). Kedua-dua ciri ini memastikan telefon sentiasa boleh beroperasi dengan lancar dalam julat suhu yang selesa.


Mempunyai beberapa pengoptimuman perkakasan dan perisian, pengguna Siri Reno8 5G boleh menikmati pengalaman lancar dan menyeluruh yang telah dianugerahkan dengan Penilaian A dalam ujian Kelancaran 36 Bulan TÃœV SÃœD. 

Bagi pemain permainan mudah alih, Siri Reno8 5G juga penuh dengan pengoptimuman peringkat sistem yang disesuaikan dengan permainan. OPPO telah bekerjasama dengan PUBG untuk membina ciri Kemaskini Latar Belakang bagi membolehkan muat turun latar belakang untuk permainan agar pengguna tidak perlu lagi terperangkap pada skrin muat turun. Bersama-sama dengan ciri permainan peringkat pro seperti 1000Hz Tindak Balas Sentuhan Ultra, pengguna boleh menikmati permainan mereka yang kerap dimainkan dengan cara yang lebih lancar dan lebih menyeronokkan. 

Selain itu, untuk pengalaman permainan yang lebih menyeronokkan, Reno8 Pro 5G juga turut menampilkan 90Hz mod penyegaran tinggi untuk PUBG Mobile, salah satu yang tertinggi dalam industri.

Menggabungkan kesemua ini adalah ColorOS 12.1 — gerbang kepada pengalaman telefon pintar yang lebih lancar, pintar dan selamat. Ciri seperti Air Gestures dan Sambungan Berbilang Skrin membantu meningkatkan produktiviti secara mendadak, membolehkan cara kerja yang lebih bijak dan mudah. Omoji yang disesuaikan juga memberikan pengguna cara yang lebih kreatif untuk memperibadikan telefon dan system operasi mereka. 

Untuk memastikan privasi dan keselamatan pengguna, ColorOS 12.1 didatangkan dengan ciri-ciri seperti Anti Intipan untuk Notifikasi, Memerlukan Kata Laluan Untuk Mematikan Telefon dan Perlindungan Tugasan Terkini, yang mana kesemuanya telah menyumbang kepada Reno8 Pro 5G dianugerahkan pensijilan privasi dan keselamatan pihak ketiga, ISO27001, ISO277001 dan banyak lagi.

Ketersediaan Pasaran.


Pra-tempah Siri Reno8 5G akan bermula dari 21 Julai 2022 sehingga 29 Julai 2022. Pembelian menerusi pra-tempah layak untuk menerima hadiah-hadiah percuma bernilai sehingga RM1,486! Hadiah percuma termasuk kotak hadiah eksklusif Siri OPPO Reno8 bernilai RM 399, OPPO Care Perlindungan Kerosakan Skrin 1 Tahun bernilai RM 199, dan Keistimewaan My OPPO Members bernilai sehingga RM 888.

 
Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli di My OPPO Space dan Kedai Jenama OPPO akan menerima beg beli-belah edisi terhad Siri Reno8 bernilai RM 89 dan tawaran eksklusif Pembelian dengan Pembelian (PDP) sama ada untuk rebat RM150 pada OPPO Pad Air (4GB + 128GB) atau rebat RM100 pada OPPO Enco Air2 Pro mulai hari ini hingga 31 Julai. Akhir sekali, pelanggan yang membeli Pad Air juga akan menerima hadiah tambahan bernilai RM 259!



Pra-tempah boleh dibuat di semua MY OPPO Space, Kedai Jenama OPPO, Kedai Atas Talian Rasmi OPPO, Rakan Telco, Rakan e-Dagang dan Rakan Kedai Rangkaian OPPO.