Terkini | New

MUSIC OF THE SOUL: AN EVENING WITH DATO’ SRI SITI NURHALIZA’ X DATO' AWIE 2 HARI DI PENTAS PLENARY HALL KLCC

Yayasan Nurjiwa akan mengadakan persembahan amal khas yang dijayakan oleh penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 5 & 6 November 2022 di Dewan Plenary, KLCC, bermula pukul 8.45 malam.

Tiket-tiket berharga RM188, RM288, RM388, RM588, RM788, RM988 dan RM1188 mula dijual pada hari ini di www.myticket.asia atau menerusi hotline +603-86050196.


Persembahan dua malam ini bertujuan mengisi dana Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan serta mengubat rindu para peminat Siti Nurhaliza untuk menonton aksi penyanyi kesayangan mereka. Artis jemputan bagi persembahan ini merupakan seorang legenda rock tanahair iaitu Dato’ Awie. Gandingan kedua-dua artis ini juga merupakan elemen istimewa yang akan dipersembahkan di Dewan Plenary, KLCC.

Sebagai penerbit, Yayasan Nurjiwa berharap persembahan ini akan mencapai sasaran supaya lebih banyak misi bantuan dapat dilaksanakan terutama pada musim banjir, bantuan berterusan ke Palestin serta bencana alam lainnya.

MUSIC OF THE SOUL: AN EVENING WITH DATO' SRI SITI NURHALIZA
Sebagai usaha menambah dana bagi meneruskan usaha kebajikan, pihak Yayasan Nurjiwa akan mengadakan persembahan khas Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Ini merupakan kali ke-3 yayasan dengan kerjasama penganjur acara, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. menjayakan persembahan amal selepas Konsert Satu Dato’ Siti Nurhaliza (2009), Dato’ Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart s (2014) dan terkini, Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza (2022).

Persembahan selama duajam ini dijangka akan dapat mengubat rindu peminat Siti setelah beberapa tahun tidak muncul dalam konsert berskala besar. Beliau juga memilih Dato’ Awie sebagai artis undangan dan yakin dengan aura yang dimiliki oleh penyanyi kumpulan Wings tersebut.

Menurut Siti, persembahan kali ini bukan sahaja bertujuan untuk berhibur tetapi ada matlamat yang lebih diutamakan iaitu mengajak peminat bersama-sama berbuat kebaikan. Pengalaman beliau sewaktu turun padang menyampaikan misi bantuan menimbulkan kesedaran bahawa NGO dan masyarakat boleh digembleng untuk sebarang usaha murni.

Saya yakin, apabila lebih banyak tangan yang membantu, apa yang kita usahakan akan dapat diperluaskan lagi. Saya bersyukur kerana sepanjang misi bantuan banjir, Palestin dan Covid-19, banyak syarikat dan individu yang telah — Nurjiwa," katanya.

YAYASAN NURJIWA
Yayasan Nurjiwa ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 dan merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjalankan kerja-kerja amal.

Yang Berbahagia Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa dan Yang Berbahagia Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin merupakan penaung dan pengerusi yayasan ini. Objektif penubuhan yayasan ini merangkumi beberapa aspek iaitu bantuan kemanusiaan, kemasyarakatan dan bencana alam, pembangunan modal insan, pembangunan agama serta pendidikan.

Pihak yayasan telah melaksanakan pelbagai program sejak penubuhannya serta mewujudkan Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan Co vid-19 dengan kerjasama Kita Fund.

Tabung ini telah ditubuhkan sejak tahun 2020 sehingga sekarang dan memberi peluang kepada orang ramai menyalurkan sumbangan untuk terlibat sana dalam usaha amal pihak yayasan. Sumbangan boleh dibuat dengan melayari kita.fund/tabungbantuanYNJCTDK