Terkini | New

Pelancaran Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI) Sempena Karnival Ummah Bestari

Pelancaran Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI)
Sempena Karnival Ummah Bestari yang sedang berlangsung anjuran Naurah Care Malaysia dan Rabbani Empire Resources.


Taniah kepada Wawasan Artis Infaq Seni (WAFI) adalah inisiatif sekumpulan insan seni atau artis selebriti di Malaysia untuk menjalankan aktiviti kemanusiaan dengan berinfaq melalui talent atau bakat seni mereka dan pengaruh mereka mengajak peminat bersama-sama dalam kerja kebajikan dan kemanusiaan.


Kumpulan ini juga menjadi satu entiti dengan menyokong usaha Sekretariat International Wakaf dan Infaq Aqsa anjuran MAPIM yang sedang berjalan seperti mana yang telah sedia maklum sejak pelancaran di Majlis Iftar Amal MAPIM di Ibu Negara Ramadan lalu.

 

Sehubungan itu, MAPIM selaku NGO Induk kepada inisiatif ini berbesar hati dengan kahadiran semua rakan media ke majlis perasmian pelancaran tersebut yang telah disempunakan oleh YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Perpaduan Negara. 


Antara visi dan misi adalah wadah bagi seramai mungkin insan seni dalam usaha mereka berwakaf dan Infaq melalui aktiviti kesenian mereka tanpa mengira latar belakang professional dan bidang diceburi.Serta menyumbang kepada usaha Wakaf dan Infaq melalui platform seni kepada usaha kemanusiaan sama ada dalam negara mahupun diperingkat antarabangsa.
 
 
Buat masa ini RABBANI dan DAQMIE telah dimahsyurkan seagai IKON ARTIS WAFI dan kami percaya pada masa hadapan jumlahnya akan bertambah dengan dokongan semua rakan artis dan insan seni didalam negara.




WAFI akan mengadakan beberapa siri jelajah program kebajikan dan kemanusiaan bagi menyantuni isu-isu umat yang memerlukan di mana-mana sahaja termasuk usaha mengadakan program khusus dikalangan Insan seni bagi menjadikan WAFI sebagai platform mereka berwagaf dan infaq melalui bakat kesenian mereka kepada masyarakat.



WAFI akan menjalinkan kerjasama dan kegiatan dengan semua jaringan artis di rantau ASEAN dan Dunia dalam mengangkat isu kemanusiaan dimana sahaja terutama dalam usaha menyokong perjuangan Al Aqsa khususnya. Ini kerana Al Aqsa adalah puncak kepada segala isu kemanusiaan di dunia yang melawati isu keagamaan.


 



Satu misi kemanusiaan Al Aqsa musim sejuk akan digerakkan yang mana pada 22 Nov 2022 oleh WAFI dan MAPIM bagi membawa bantuan yang diperlukan untuk Al Aqsa dan beberapa Kem Pelarian Palestin di Jordan. 






Sehubungan itu, kami akan mengajak seramai mungkin rakan selebriti atau artis yang ingin bersama - sama dalam delagi tersebut kesana dan juga sebanyak mungkin penglibatan rakan artis dalam mengumpul dana kemanusiaan Al Aqsa bagi tujuan tersebut mulai hari ini. WAFI amat berharap kerjasama semua pihak rakan media dalam menyokong usaha kami ini.