Ayuh, Malaysia! Samsung dan HOKA Mencabar Rakyat Malaysia untuk 150,000 Langkah demi Ganjaran Eksklusif
Ayuh, Malaysia! Samsung dan HOKA Mencabar Rakyat Malaysia untuk 150,000 Langkah demi Ganjaran Eksklusif
.png)
Sama ada ketika berjalan pada waktu pagi, berulang-alik ke tempat kerja, berlari pada waktu petang, keluar sebentar untuk membeli kopi atau sekadar memilih tangga berbanding lif, setiap langkah diambil kira.
Misi Merdeka Anda: 150,000 Langkah
Menyertai cabaran ini amat mudah:
Buka aplikasi Samsung Health dan pastikan anda telah log masuk ke Akaun Samsung anda.
Ketik tiga titik di penjuru kanan sebelah atas, pilih Promosi (Promotion), kemudian ketik sepanduk Cabaran “Move Together with Malaysia”. Sebagai alternatif, cari kad cabaran pada halaman utama Samsung Health dan ketik “Sertai Sekarang” (Join Now).
Rekodkan 150,000 langkah antara 26 Ogos dan 16 September 2026. Kemajuan anda akan direkodkan secara automatik di bawah halaman “Bersama” (Together) dalam Samsung Health.
Sebaik sahaja anda berjaya menamatkan cabaran (Finisher), jawab satu soalan mudah dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif!
Kedengaran seperti banyak? Ia bersamaan dengan kira-kira 6,800 langkah sehari; satu cara yang mudah dicapai untuk menambah sedikit lagi pergerakan ke dalam rutin harian anda sepanjang musim Merdeka.
Dan inilah bahagian yang terbaik: anda tidak memerlukan Galaxy Watch untuk mengambil bahagian. Hanya bawa telefon anda bersama dan biarkan Samsung Health menjejaki langkah anda semasa anda bergerak menuju ke garisan penamat.
Ganjaran Menanti di Garisan Penamat
Sedikit motivasi tambahan pastinya membantu. Oleh itu, setiap individu yang menamatkan cabaran akan layak menerima baucar Samsung bernilai RM200, yang boleh digunakan untuk peranti boleh pakai Galaxy yang terpilih, termasuk Galaxy Watch Ultra2 dan Galaxy Watch9 yang terkini; memberikan anda lebih banyak cara untuk terus bergerak dan mencapai matlamat kesejahteraan anda.
Tambahan pula, 50 pemenang yang kreatif masing-masing akan membawa pulang topi HOKA bernilai RM199.
Jadi, tunggu apa lagi? Merdeka ini, mari kita bergerak bersama-sama! Ambil telefon anda, buka Samsung Health dan mula merekodkan 150,000 langkah tersebut.
Dan ini hanyalah permulaan. Dengan gabungan Samsung dan HOKA, nantikan lebih banyak cara yang menarik untuk terus bergerak, kekal aktif dan alamilah apa yang bakal ditawarkan oleh perkongsian ini.
Kerana apabila Malaysia bergerak bersama, setiap langkah membawa kita ke hadapan.