Terkini | New

FILEM AIRFORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA BAKAL MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEMERDEKAAN!

Majlis Pra-Tonton dan Sidang Media AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA telah berlangsung di GSC Mid Valley. 


Buat kali pertama filem AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA ini dipertontonkan kepada rakan media dan satu sesi temubual diadakan bersama pengarah filem iaitu Zulkarnain Azhar dan Frank See serta barisan pelakon seperti Aiman Hakim Ridza, Dato’ Adi Putra, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.



AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia
dan Tentera Udara Diraja Malaysia bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Films dan SixFun Media. Filem ini mengisahkan tentang Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama skuad Pasukan Khasnya yang telah terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Di dalam penerbangan semasa perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh kumpulan pengganas.


Mengetahui perkembangan ini, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan satu misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib yang juga seorang juruterbang pesawat pejuang Sukhoi serta aset-aset tempur TUDM yang lain telah secara bersama diaturgerakkan untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.


Di sebelah malamnya turut berlangsung Tayangan Perdana. Tetamu kehormat majlis adalah
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan
Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Indera Muhamad Norazlan bin Aris
TUDM. Turut hadir di majlis tersebut adalah Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Pengerusi,
Kumpulan Multimedia; Datuk Steven Lim, Pengarah Urusan, Kumpulan Multimedia; Cik Koh
Mei Lee, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Golden Screen Cinemas; Encik Henry Tan, Ketua
Pegawai Eksekutif, Kumpulan Astro; Encik Frank See, Pengarah, FXHammer Films dan Encik
KC Hoe, Ketua Pegawai Eksekutif, SixFun Media



Tayangan Perdana AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA yang berlangsung dalam 17
dewan pawagam di GSC Mid Valley, dihadiri oleh lebih daripada 2,300 orang tetamu, termasuk
pegawai Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta selebriti-selebriti
tempatan. Wakil pihak penaja utama filem AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA iaitu
Bonia dan Cuckoo serta penaja bersama AHB dan 7 Days turut hadir ke majlis gilang-gemilang
hari ini.



Dengan sokongan penuh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), filem
penuh aksi AIR FORCE THE MOVIE: SELAGI BERNYAWA ini bakal memecah panggung di 170
lokasi di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura bermula 25 Ogos 2022. Ia juga tersedia dalam
Dolby Atmos dan 4DX untuk pengalaman yang lebih gempak. 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati laman sosial di https://www.gscmovies.com.my/air-force-the-movie-selagibernyawa/