Terkini | New

HONOR melancarkan tiga produk terbaharu - HONOR 70 dengan Kamera Penderiaan Super IMX800, komputer berprestasi tinggi dan tablet dengan paparan sinematik

HONOR melancarkan tiga produk terbaharu - HONOR 70 dengan Kamera Penderiaan Super IMX800, komputer berprestasi tinggi dan tablet dengan paparan sinematik.Pra- tempah sekarang dan dapat hadiah bernilai sehingga RM 597!


HONOR Malaysia secara rasminya memperkenalkan model flagship terbaharunya, HONOR 70 pada harga RM 1,999. Pra-tempah bermula hari ini sehingga 26 Ogos dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 597 iaitu HONOR Earbuds 2 Lite, sarung HONOR 70 dan jaminan lanjutan satu tahun.




Turut dilancarkan adalah HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8. Kedua-dua peranti ini menambah baik lagi produktiviti dan hiburan pengguna menerusi HONOR Connect. HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 mulai dijual di seluruh negara pada 27 Ogos ini.


HONOR 70 menampilkan Kamera Penderiaan Super IMX800 - Lebih Cerah dan Terperinci pada Suasana Malam
HONOR 70 meneruskan tradisi Siri Nombor HONOR yang berteknologi dan estetik. Rekaan luar HONOR 70 yang bercorak berlian diinspirasikan oleh gelas kristal dan kilauan berlian. Menggunakan teknologi dwi filem, tekstur tiga kali ganda dan dwi lapisan, efek kedalaman HONOR 70 terserlah apabila tekstur bayangnya kelihatan seakan-akan kilauan berlian, menjadikannya kelihatan elegan dan mewah.



Mengetengahkan Kamera Utama Penderiaan Super IMX800 54MP, HONOR 70 memperkenalkan penderia flagship SONY IMX800 1/1.49 inci yang boleh menangkap lebih cahaya untuk menghasilkan gambar lebih cerah dan lebih jelas, terutamanya pada suasana malam dan cahaya latar yang malap. Berdasarkan foto yang ditunjukkan semasa pelancaran, terbukti bahawa semakin besar sensor membolehkan lebih banyak cahaya diserap, semakin cerah gambar dihasilkan walaupun suasana ketika itu kurang bercahaya. Gambar yang cantik dan lebih terperinci kini boleh terhasil disebabkan sensor IMX800.


HONOR 70 turut dilengkapi Kamera Ultra Lebar 122o 50MP yang boleh digabungkan dengan Kamera Makro. Selain mempunyai sistem dwi kamera utama yang terbaik dalam kelas tersendiri, HONOR 70 juga menampilkan peneraju industri Computational Photography yang dikuasakan oleh AI dan HONOR Image Engine bagi menghasilkan imej dan rakaman mengagumkan, berdefinisi tinggi dengan gaya unik dan stabil.

Sejak rakaman Multi-Video pertama kali diperkenalkan pada HONOR 50 dan HONOR 70 membawa teknologi ini lebih jauh dengan terhasilnya fungsi Vlog yang innovatif. Gunakan mod Solo Cut untuk merakamkan video dari dua pemandangan, iaitu video panorama dan video solo dirakam secara serentak


Bukan itu sahaja, HONOR 70 juga tidak kurang hebatnya dari segi prestasi. Ia didatangi bateri besar 4800 mAh dengan berat hanya 178g. Telefon pintar menarik dan bergaya ini mudah dibawa ke mana-mana sama ada digenggam atau disimpan di dalam poket dan beg tangan. Dari segi paparan, Skrin Dwi Lengkung Super bercirikan bezel nipis menjadikan nisbah skrin ke badan 93.7%. Dengan 1.07 bilion warna dan teknologi PWM Dimming 1920Hz, menonton drama tanpa henti dengan HONOR 70 amat menyeronokkan!


HONOR 70 ditawarkan pada warna cantik dan bergaya Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black. Anda juga boleh memiliki HONOR 70 menerusi kaedah bayaran ansuran 12 bulan dengan 0% faedah di HIHONOR.COM pada harga serendah RM166.6 sebulan



HONOR MagicBook14 – ‘Master’ Prestasi, Kuasa Berprestasi Tinggi dan Jangka Hayat Bateri Peneraju Industri

HONOR MagicBook 14 terbaharu ini dibangunkan sebagai komputer riba serba boleh. Ia menjadi komputer riba 14 inci pertama dalam industri menggunakan bateri 75W. Baterinya boleh bertahan untuk main balik video 1080p sehingga 15 jam atau 10.5 jam bagi tujuan kerja. Disokong HONOR SuperCharge 100W, cukup hanya 15 minit pengecasan untuk 3.5 jam kerja, manakala 80 minit untuk bateri dicas penuh.


Pemproses Generasi ke-12 Intel® Core™ i5-12500H menonjolkan kuasa penuh 70W, sekaligus berupaya menampung perisian permainan serta suntingan profesional. HONOR telah membangunkan kepakarannya sendiri dalam penalaan dan pengoptimum sistem, pada masa sama berjaya mengaplikasi teknologi telefon pintar OS Turbo yang pertama dalam industri dalam pembuatan komputer ribanya.


OS Turbo berfungsi sebagai enjin pengoptimum tenaga sistem untuk sinergi perkakas dan perisian. Hal ini membolehkan pengurusan sumber pendasarnya dioptimumkan, memperuntukkan sumber-sumber pengkomputeran untuk kegunaan pelbagai keadaan, sehingga mencapai pengurangan kuasa sehingga 20.8% berbanding pendahulunya dan menambah baik jangka hayat bateri MagicBook 14.

Dari segi estetik, HONOR MagicBook 14 dihasilkan menggunakan aluminium gred pesawat udara dan bercirikan Paparan FullView HONOR 2.1K 14 inci, memberi kelebihan kepada pengguna dengan pemandangan 100% sRGB. Melengkapkan lagi MagicBook dengan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÃœV Rheinland dan Pensijilan TÃœV Rheinland Flicker Free, memastikan penglihatan lebih selamat dengan perlindungan mata cahaya biru rendah dan pemandangan bebas kerlipan.


HONOR Connect menambahkan lagi kelebihan HONOR dalam menghubungkan peranti-perantinya dengan mudah. Dengan ciri baharu HONOR Device Clone, pemindahan data boleh dilakukan daripada peranti lama kepada HONOR MagicBook 14 dengan mudah tanpa perlu bimbang kehilangan fail kerja. HONOR Share yang dahulunya digunakan oleh telefon pintar HONOR, kini juga boleh digunakan untuk komputer riba dan tablet, memudahkan proses pemindahan untuk pengguna dan menghubungkan peranti-peranti HONOR.

HONOR MagicBook 14 hadir dalam versi kad grafik dedikasi NVIDIA® GeForce® RTX 2050 dan berharga RM 5,099 manakala kad grafik berintegrasi Intel® Iris® Xe berharga RM 4,299, menjadikan prestasinya sesuai mengikut kehendak pengguna yang berbeza-beza.

Jualan HONOR MagicBook bermula mulai 27 Ogos untuk medapat hadiah percuma bernilai sehingga RM1,026 termasuk Beg galas HONOR, Sarung Kulit Komputer Riba HONOR, Tetikus Wayarles dan Microsoft Office Home & Student 2021.


 
HONOR Pad 8 – Pengalaman Sinematik dengan 8 Pembesar Suara Terbaik Dalam Kelasnya

HONOR Pad 8 merupakan model terbaru tablet HONOR, menawarkan pengalaman hiburan tanpa batas dengan pelbagai ciri-ciri pintar. Dengan kembalinya Google Mobile Services (GMS), aplikasi muat turun dan kemas kini boleh dilakukan melalui Google Play Store, sudah tentu ini menggembirakan peminat. HONOR Pad 8 dimuatkan lapan pembesar suara, teknologi HONOR Histen dan DTS:X® Ultra yang membolehkan tablet ini menghasilkan bunyi rancak dan dinamik 360°. Untuk pengetahuan, HONOR Pad 8 satu-satunya tablet dengan 8 pembesar suara dalam kelasnya.


Dari sudut hiburan, HONOR Pad 8 dilengkapi dengan paparan HONOR FullView perlindungan mata 2K 12 inci yang canggih serta nisbah skrin ke badan 87% untuk pengalaman tontonan mengasyikkan. Piksel 2000x1200 dan 1.07 bilion warna membawa HONOR Pad 8 kepada satu tahap hiburan baru, menghasilkan kejelasan yang menakjubkan dan hue seakan dunia sebenar, sesuai untuk menonton filem dan menstrim video. Skrinnya diiktiraf Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÃœV Rheinland dan Pensijilan Flicker Free TÃœV Rheinland, ia memberi keselesaan dan melindungi mata daripada risiko keletihan dan ketegangan disebabkan oleh cahaya biru dan silauan skrin.


Bagi meningkatkan produktiviti, HONOR Pad 8 disokong oleh Multi-Windows Viewing, memisahkan skrin dan membuka sehingga 4 tetingkap serentak tanpa perlu menutup skrin lain. Selain itu, HONOR Pad 8 menyokong fungsi App Extender yang membolehkan pengguna melayari produk dengan lebih efisyen. App Extender kini disesuaikan untuk Lazada, Instagram, Shein, Booking.com dan banyak lagi.


Mengenai bateri, HONOR Pad 8 dimuatkan bateri besar 7250 mAh agar pengguna sentiasa berada dalam talian dan saling berhubung. Warna HONOR Pad 8, Blue Hour diinspirasi dari langit senja. Tablet ini ditawarkan dengan penstoran 6GB + 128GB pada harga RM 1,399.

Pra-tempah HONOR 70 sekarang dan dapat hadiah percuma bernilai sehingga RM 597

Pra-tempahan HONOR 70 kini sudah bermula dan pembeli akan membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM 597! Manakala HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 mula dijual pada 27 Ogos dan HONOR turut menawarkan harga menarik bagi HONOR MagicBook versi X 14 dan X 15 dengan pemproses i3 dan i5 pada tarikh tersebut.  







Dapatkan HONOR 70 anda sekarang sebelum kehabisan hadiah percuma! Jangan lupa tandakan kalendar pada 27 Ogos untuk menjadi antara individu pertama yang membawa pulang komputer riba ‘Master’ prestasi, HONOR MagicBook 14 dan pelengkap hiburan terbaik anda, HONOR Pad 8.

Untuk berita terkini tentang HONOR 70, HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 boleh layari https://bit.ly/HONOR70newlaunchPR atau langgani laman Facebook HONOR Malaysia.