Terkini | New

Kolektif karya seni daripada teamLab, “teamLab: Resonating Microcosms “ bakal berlangsung di Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE


Kolektif karya seni daripada teamLab, “teamLab: Resonating Microcosms “ berlangsung bermula dari 4 Ogos sehingga 30 November 2022 di Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE (“LaLaport BBCC”,) kemudahan komersil yang telah dibuka di Kuala Lumpur, Malaysia pada tahun Januari 2022.



teamLab, yang telah mengadakan pelbagai pameran di serata dunia, akan mempamerkan hasil karya seni cahaya di LaLaport BBCC. Menerusi judul “teamLab: Resonating Microcosms”, pengunjung bakal teruja dalam bentuk transformasi dengan kehadiran orang ramai dan persekitaran alam yang semula jadi.



teamLab, Resonating Microcosms - Liquified Light Color, Sunrise and Sunset © teamLab

Rooftop Garden, yang menampilkan ovoid yang tidak terkira bilangannya, merupakan sebuah ruang seni yang mengubah suai mengikut perubahan dalam persekitaran semula jadi dan kehadiran orang ramai. Di bawah sinaran matahari, ovoid menggambarkan dunia sekeliling mereka. Apabila sinaran matahari terbenam, ovoid itu akan mula bersinar dengan sendirinya. Tatkala ovoid itu ditolak oleh seseorang, ditiup angin atau ditimpa hujan, ia bersinar dengan terang dan mengeluarkan nada bunyi apabila ia memantul semula.


Ovoid di sekelilingnya juga saling memberikan tindak balas dengan mengeluarkan nada bunyi dan cahaya warna yang serupa. Malah, pohon bergema di sekelilingnya juga akan memberikan tindak balas dan berubah secara berterusan. teamLab bereksperimentasi dengan konsep warna. Ovoid berkenaan boleh berubah kepada sejumlah 57 Warna Cerah Cecair (Liquified Light Colors) yang baru.


Ruang pameran tersebut berubah secara interaktif di bawah pengaruh angin, hujan serta tingkah laku manusia di ruangan itu, sekali gus menjadikan persekitaran dan orang ramai sebagai sebahagian daripada hasil kerja seni berkenaan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web di :

Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE
https://mitsui-shopping-park.com.my/ 
https://www.teamlab.art/e/lalaport_kualalumpur/