Terkini | New

HONOR Talents mencari karya terbaik pelajar institutsi pengajian tinggi tempatan untuk aplikasi rekaan tema HONOR

HONOR Talents mencari karya terbaik pelajar institutsi pengajian tinggi tempatan untuk aplikasi rekaan tema HONOR

Rekaan seni daripada seluruh dunia bakal bertanding untuk mendapat pengiktirafan dalam komuniti HONOR

Anugerah HONOR Talents Global Design 2022 berkomited untuk mengetengahkan bakat anak muda dalam bidang seni. Sasarannya adalah untuk menggerakkan sumber-sumber HONOR untuk menyokong, memperkasa dan menggalakkan lebih banyak rekaan yang inovatif.


Bertemakan ‘Inspire The Future’, hasil karya seni terbaik daripada pelajar kolej dan universiti tempatan berpeluang diketengahkan dalam aplikasi HONOR Themes. Peserta digalakkan untuk menghantar hasil karya seni mereka ke laman sesawang rasmi HONOR sebelum 7 Oktober 2022. Pemenang akan dipilih oleh barisan panel hakim yang terdiri daripada jurugambar terkenal dan professional di dunia.

HONOR Talents mencari karya seni abstrak menerusi pelajar kolej dan universiti tempatan dengan menawarkan hadiah bernilai sehingga RM70,000

HONOR Talents merupakan pertandingan antarabangsa yang menekankan pencarian rekaan seni terbaik. Oleh itu, HONOR Malaysia bekerjasama dengan beberapa institutsi pengajian tinggi antaranya Era Technology Communication Art & Design, Universiti Multimedia (MMU), Taylor's University, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi memberi galakan kepada pelajar untuk menghasilkan lakaran seni yang paling inovatif. Peserta bebas menghasilkan apa-apa sahaja bentuk dan corak seni yang asli seperti abstrak, warna komplimentari, seni grafik, gouache, kinetic dan mozek.

Peserta boleh berbangga kerana hasil rekaan mereka akan mewakili Malaysia untuk bersaing dengan karya terbaik luar negara. Ganjaran bernilai sehingga RM70,000 termasuk produk terbaharu HONOR 70, HONOR MagicBook 14 2022, HONOR Pad 8 dan HONOR Earbuds 3 Pro menanti anda!

Penyertaan daripada Malaysia:


Kepada pereka-pereka di luar sana, serlahkan bakat anda dan banggakan Malaysia! Untuk menghantar rekaan atau mendapatkan maklumat lanjut tentang Anugerah HONOR Talents Global Design 2022, sila layari laman sesawang rasmi: https://www.hihonor.com/honor-talents/my/