Majlis Perasmian Kelab Agrotani Lembah Subang 2 dan Pelancaran Program "Zero2Hero" Dan Perasmian Kelab Agrotani Yang dirasmikan oleh YB Juwairiya Zulkifli bertempat di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, Selangor.

September 11, 2022

Majlis Perasmian Kelab Agrotani Lembah Subang 2 dan Pelancaran Program "Zero2Hero" Dan Perasmian Kelab Agrotani Yang dirasmikan oleh YB Juwairiya Zulkifli ((Setiausaha Politik kepada Dato Menteri Besar Selangor) bertempat di PPR Lembah Subang 2, Petaling Jaya, Selangor.


YB Juwairiya Zulkifli merupakan Setiausaha Politik kepada Dato Menteri Besar Selangor dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor yang berkongsi pelbagai maklumat menarik buat rakyat Selangor. Antaranya ialah Pakej Kita Selangor 2.0 yang baru-baru ini telah diumumkan oleh YAB Dato' Menteri Besar sebanyak RM551.56 juta dan telah diperuntukkan dalam 3 strategi utama iaitu:

Strategi 1 - Menjaga Kebajikan dan Kelangsungan Hidup Rakyat
Strategi 2 - Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi Usahawan di Selangor
Strategi 3 - Kawalan Kesihatan mengekang penularan wabak.



Menariknya melalui Strategi 2 iaitu Menyelamatkan Industri dan Sektor Ekonomi Usahawan di Selangor.

- RM10 juta bagi Program Jaminan Bekalan dengan sasaran melahirkan 1000 Agropreneur dalam tempoh 5 tahun akan datang.
- RM1.5 juta bagi Program Agro Prihatin bagi manfaat kepada 200 orang Penternak dan Petani.
- RM1.93 juta bagi Program peningkatan hasil meliputi Pengeluaran Produk Proses Baharu
- RM80 juta Pinjaman Hijrah Selangor bagi membantu 80,000 usahawan melalui modal awalan

Selain itu, rakyat turut dibantu oleh anak-anak syarikat Kerajaan Negeri melalui program Jelajah Ehsan Rakyat ke seluruh negeri bagi membantu rakyat mendapatkan bekalan makanan pada harga yang murah.



Jadi, Penubuhan Kelab Agrotani dan Kebun Komuniti merupakan satu Langkah Awal untuk memberi bimbingan dan latihan kepada mereka yang berminat sebelumbmenceburi industri pertanian yang lebih besar. Secara tidak langsung, ekonomi penduduk dapat dijana, pendapatan mereka juga bertambah dan membantu merancakkan sektor ekonomi Selangor.



Pada majlis yang sama turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Kelab Agrotani Lembah Subang 2 bersama Syarikat Korporat RBLION Sdn. Bhd. bagi Pembangunan Keusahawan dan Pengkormersialan Produk Makanan melalui kaedah Retort. Hasil pertanian dari Kebun Komuniti ini akan dijadikan Produk Komersial Makanan Retort dan dijual di pasaran.



Pihak mereka akan membantu peserta untuk menghasilkan produk yang tahan lama sehingga 2 tahun dengan harga yang murah dan memberi pulangan yang tinggi agar dapat memajukan kelab dan penduduk. Sasaran awal pengeluaran mereka ialah sebanyak 400 paket sehari. 





Bantuan lain seperti baja, teknologi, latihan dan makmal juga turut disediakan agar masing-masing boleh menimba ilmu untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti. Selain itu, majlis turut menyaksikan sumbangan 200 pek makanan, beras dan barang dapur yang diagihkan kepada 200 penduduk disini untuk membantu meringankan beban hidup mereka.


YB Juwairiya Zulkifli berharap dengan Jualan ihsan rakyat melalui 6 produk utama dengan harga 30 peratus lebih murah selama 3 bulan di lokasi-lokasi lori ihsan berada dapat meringankan beban penduduk setempat.



Untuk mengetahui lokasi jualan ihsan rakyat, anda boleh ikuti facebook PKPS di https://www.facebook.com/perbadanankemajuanpertanianselangor

You Might Also Like

0 comments