Terkini | New

SAMBUTAN ‘KITA MERDEKA KAMI ANAK MALAYSIA' Di AEON MALL NILAI MERIAH

Tahniah kepada AEON Nilai yang berjaya membawakan kemeriahan dalam Sambutan ‘Kita Merdeka Kami Anak Malaysia' sempena memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan yang ke 65 Malaysia.


Terus meneguhkan jati diri dan semangat patriotik yang menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. Ianya perlu didukung oleh semua keluarga Malaysia sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan.


Bersempena sambutan hari Kebangsaan ini, AEON telah menganjurkan program menarik 'Kita Merdeka Kami Anak Malaysia' berkerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) untuk menjayakan program ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik khasnya bagi komuniti di sekitar Nilai, Negeri Sembilan.



Turut hadir menyerikan program pada hari ini ialah YB. Dato' Dr. Razali Ab Malik, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; Ayob Majid, Presiden IRAMA; Naoya Okada, Timbalan Pengarah AEON dan Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat AEON.




Tepat jam 1 tengahari AEON telah mengadakan nyanyian Negaraku dan bacaan Rukun Negara secara serentak ke semua cawangan AEON di seluruh negara merupakan satu perlaksanaan yang baik untuk memupuk semangat cintakan negara.


Pada tahun lepas juga AEON telah mengukir sejarah apabila telah disenaraikan sebagai pemegang rekod ‘Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Secara Serentak’. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan pada hari ini. Biarpun secara sederhana tetapi kemeriahan dan penghayatannya berjaya dikekalkan.



Acara dan aktiviti lain yang menarik seperti demonstrasi memasak, meet and greet bersama penyanyi dan pelakon Nana, pengagihan kuih bakar, pertandingan busker dan banyak lagi. 






Suasana terus dihangatkan dengan nyanyian lagu dan pukulan gendang musik bersama-sama dengan nyanyian lagu Standing In The Eyes Of The World  bersama tetamu VIP dan pengunjung yang hadir.






Manakala dibahagian luar Aeon terdapat juga booth-booth dari pelbagai agensi kerajaan antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Antidadah Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan PDRM (Division Anti Scammer). 



Ia sekaligus boleh dimanfaatkan oleh pengunjung untuk mendapatkan pengetahuan, maklumat terkini dan perkongsian dari agensi-agensi terbabit. Antaranya aktiviti menarik yang disediakan di bahagian luar termasuklah Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma, Bike Gathering, buskers dan artis jemputan yang turut bersama-sama menjayakan program kali ini.





Program terus berlansung diperkarangan bangunan Aeon Mall Nilai pada 31 Ogos, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam menampilkan konsert Kita Merdeka yang menarik kepada semua pengunjung dan pelbagai golongan masyarakat.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial media di :