Terkini | New

vivo Lancar V25e dan V25 Baru Berprestasi Tinggi, Berubah Warna dengan Fungsi Fotografi Malam Dipertingkat untuk Ekspresi Kreatif

vivo Lancar V25e dan V25 Baru Berprestasi Tinggi, Berubah Warna dengan Fungsi Fotografi Malam Dipertingkat untuk Ekspresi Kreatif

Siri V25 baharu membuka dimensi baharu kreativiti dengan teknologi kamera kelas perdana, dan penampilan bergaya dengan warna yang menarik perhatian.


vivo telah memperkenalkan penambahan terbaru pada siri V yang bergaya: V25e dan V25. Dengan ciri fotografi yang unggul, telefon pintar ini telah direka untuk pengguna yang mengekspresikan diri mereka menerusi foto dan video. Siri V25 baharu akan memperkasakan pengguna untuk memulakan perjalanan ekspresi diri dengan kamera yang menakjubkan, dikuasakan oleh perkakas berprestasi tinggi, cekap tenaga, semuanya dimuatkan di dalam badan yang bergaya.

Siri V25 baharu meneruskan warisan siri vivo V merakam detik indah dengan keupayaan kamera unggul dan teknologi pengimejan termaju. Kamera ultra-pengesanan OIS 64MP kelas perdana di bahagian belakang mengurangkan kabur gambar dan menyokong masa pendedahan yang lebih lama, menghasilkan imej dan video yang lebih jelas dan terang walaupun dalam keadaan pencahayaan malap. 

Dengan reka bentuk yang menarik perhatian, Kaca Fluorite AG Berubah Warna. yang menutupi panel belakang menukar ronanya apabila terdedah kepada cahaya UV, mencerminkan personaliti pengguna yang dinamik. Di bawah penampilan cantiknya terletak pemproses berkuasa dengan nisbah kecekapan tenaga yang tinggi dan kapasiti yang hebat. Ditambah dengan teknologi penyejukan terbaharu dan keupayaan pengecasan pantas, ia menawarkan pengalaman mudah alih yang tahan lama dan lancar dalam pelbagai keadaan.

“Siri vivo V sentiasa mengenai menjadi inovatif dan maju dari segi teknologi, sambil memancarkan gaya dan menggalakkan pengguna untuk mencipta, berseronok dan meneroka. V25e dan V25 baharu meneruskan konsep ini dan menyediakan alat dan ciri baharu kepada pengguna,” kata Raymond Teoh, Pengurus Jenama di vivo, “vivo memahami bahawa pengguna mahukan telefon pintar yang menarik dari segi estetika dan mempunyai ciri-ciri yang sangat baik. Dengan peranti baharu yang direka dengan teliti, pengguna boleh merakam detik-detik terbaik dalam hidup bersama keluarga dan rakan mereka di mana-mana, pada bila-bila masa dengan teknologi kamera intuitif, sambil meluahkan kreativiti dan emosi mereka melalui reka bentuk unik yang mampu berubah warna.”


Mencerahkan potret pada waktu malam dengan teknologi pengimejan intuitif

Dilengkapi dengan kamera belakang ultra-pengesanan OIS 64MP yang menawarkan keupayaan OIS dan EIS yang dipertingkat, V25e dan V25 memberikan pengalaman pengimejan yang sangat baik dan membolehkan pengguna menangkap gambar berkualiti tinggi dengan mudah.

V25 menetapkan piawaian baharu dalam fotografi malam dengan ciri Mod Malam Super, yang memulihkan warna dan kecerahan imej yang sangat tepu pada waktu malam dengan tepat. Kedua-dua V25e dan V25 juga menampilkan Potret Suar Bokeh, yang menggunakan algoritma bokeh yang dibangunkan sendiri oleh vivo untuk menyampaikan kualiti potret yang lebih baik, menghasilkan potret luar yang menakjubkan pada waktu malam dan pemandangan dengan lebih banyak sumber cahaya apabila mengambil foto di luar rumah.

Pengalaman penggambaran video bergaya yang mudah dan menyeronokkan

Siri V25 mencipta lebih banyak ruang untuk pengguna menangkap dan merakam detik-detik yang menyeronokkan dan menggembirakan bersama keluarga, rakan atau haiwan peliharaan dengan mudah pada waktu malam. Kamera hadapan V25 dilengkapi dengan mod video Potret Asli, yang meningkatkan tekstur dan kejelasan kulit secara keseluruhan. Tambahan pula, ciri Penstabilan Imej Hibrid (OIS+EIS) menjadikan rakaman video lebih jelas dan stabil. Kedua-dua V25e dan V25 mampu merakam video HD 4K, bersama-sama dengan Video Kecantikan Wajah AI yang membolehkan pengguna mengekspresikan diri semula jadi mereka dalam definisi tinggi.

V25 turut hadir dengan ciri Vlog Filem baharu yang meningkatkan pengalaman penggambaran dengan templat video dan tutorial untuk membimbing pengguna tentang cara merakam dalam senario yang berbeza, seperti waktu malam, makanan, bandar dan banyak lagi, serta ciri Potret Pelbagai Gaya yang dinaik taraf dalam kamera hadapan yang menyediakan penapis yang menyeronokkan, meningkatkan pengalaman video. Ciri Potret Pelbagai Gaya juga membolehkan pengguna melancarkan kreativiti mereka dengan kesan Pergerakan Kabur, gaya baharu yang secara inovatif memisahkan orang daripada latar belakang untuk pengalaman penciptaan potret yang lebih baik.

Swafoto jelas dikuasakan keupayaan autofokus dan algoritma AI terkemuka

Kejelasan ialah pertimbangan utama dan permintaan pengguna yang semakin meningkat apabila mengambil swafoto dan video yang hebat. Oleh itu, V25e dan V25 masing-masing mempunyai kamera hadapan 32MP dan 50MP HD dengan keupayaan autofokus dan fokus mata, membolehkan pengguna mengambil imej dan video yang jelas pada bila-bila masa siang atau malam. Selain itu, kamera hadapan dilengkapi dengan Algoritma AI HD yang mengoptimumkan ketajaman.

Cetuskan kreativiti dan keseronokan melalui rekaan perubahan warna yang inovatif

Kedua-dua siri V25 dan V25e mempunyai badan 2.5D nipis iaitu 7.79mm, dengan lubang tebuk terletak di bahagian atas kamera hadapan. Badan yang ringan dan langsing menjadikan kedua-dua peranti ini selesa di genggaman tangan pengguna. Untuk memastikan telefon kelihatan menonjol, vivo menggabungkan warna terang ke dalam model terbaharunya. Kedua-dua V25e dan V25 boleh didapati dalam Sunrise Gold dan Diamond Black, manakala V25 mempunyai warna tambahan Aquamarine Blue.

Selain itu, vivo mereka bentuk telefon pintar untuk mencetuskan kreativiti dan keseronokan dalam diri pengguna dengan Kaca Fluorite AG Berubah Warna revolusioner, yang membolehkan panel belakang peranti memaparkan warna berbeza pada sudut berbeza apabila terdedah kepada cahaya UV. Edisi Aquamarine Blue V25 bertukar daripada biru laut kepada hijau kebiruan; manakala edisi Sunrise Gold V25e dan V25 beralih daripada emas kepada oren kemerahan.

Dikuasakan cipset cekap-tenaga dan prestasi-tinggi

Siri V25 baharu memberikan prestasi yang mantap dan kecekapan kuasa tinggi untuk menyokong pelbagai kegunaan harian penggunanya. V25 menampilkan pemproses MediaTek Dimensity 900 dengan nisbah kecekapan tenaga yang tinggi dan RAM 8GB + 8GB RAM tambahan, membolehkan pengguna bermain permainan yang mencabar dan berbilang tugas dengan lancar merentas pelbagai aplikasi. V25 menyokong FlashCharge 44W yang boleh mengecas semula sel bateri 4500mAh daripada 0% kepada 61% dalam masa 30 minit.

V25e dilengkapi dengan pemproses Mediatek Helio G99 dengan kecekapan kuasa yang luar biasa dengan 8GB + 8GB RAM tambahan. Ia mempunyai storan dalaman 256GB dan membenarkan peluasan memori sehingga 1TB, membolehkan pengguna memuat turun dan menyimpan pada peranti mereka tanpa sebarang kerisauan. V25e juga menyokong FlashCharge 44W yang mengecas semula sel bateri 4500mAh-nya daripada 0% kepada 61% dalam masa 30 minit.


Harga dan Ketersediaan

vivo V25 dan vivo V25e boleh didapati pada harga RM1,799 dan RM1,399 masing-masing. Pelanggan boleh membeli peranti di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, kedai rasmi E-store vivo Malaysia, dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada.

Dari 29 Ogos hingga 2 September 2022, pelanggan yang membeli vivo V25 layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM577, termasuk beg beg kulit siri V25 bernilai RM129, jaminan lanjutan 1 tahun bernilai RM199 dan perlindungan retak skrin 1 tahun bernilai RM249.

Pelanggan yang membeli vivo V25e juga layak mendapat hadiah percuma bernilai RM547, termasuk pembesar suara Bluetooth kotak premium V25e dan payung V25 bernilai RM99, jaminan lanjutan 1 tahun bernilai RM199 dan perlindungan retak skrin 1 tahun bernilai RM249.