Teater Brickfield Arahan Pak Engku Raja Geliga Merah Opera Meriah

September 14, 2022

Tahniah kepada Teater Brickfield arahan Pak Engku Raja Geliga Merah Opera di bawah Festival KL Story 2022. Festival KL Story-Cerita KL 2022, telah bermula dari 3 September hingga 9 Oktober 2022 Di Matic KL

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dibawah program DAKEN-Jeyarawara, menganjurkan Festival KL Story-Cerita KL 2022. Turut mendapat sokongan strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKNWPKL) dan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC).


Festival KL Story-Cerita KL 2022 yang diusahakan melalui biaya Geran Padanan Seni & Budaya 2022, adalah sebuah acara yang meraikan peristiwa, tokoh, tempat dan bangunan bersejarah di Kuala Lumpur dengan keistimewaan kisahnya.



KL Story- Cerita KL bakal mendekatkan ramai pengunjung dan para pelancong dari dalam dan luar negara dengan kisah-kisah unik Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu kota yang menarik untuk diteroka wawasannya.


Terdapat lima persembahan teater yang akan menggambarkan kisah-kisah unik Kuala Lumpur pada setiap minggu festival berlangsung.

Teater Perempuan-Perempuan Kampong Bharu. 3 dan 4 September 2022 ( Mekar Budaya).

Teater Brickfields. 10 dan 11 September 2022. ( Produksi Geliga Merah Opera )

Teater Abdullah Hukum. 17 dan 18 September 2022 (Persatuan Teater Malaysia)

Teater Kubah Panggung. 1 dan 2 Oktober 2022. (Tepak Tellaz )

Teater Jajahan Chow Kit Road. 8 dan 9 Oktober September 2022. (Revolution Stage)



Festival telah akan dirasmikan oleh tetamu kehormat dari MOTAC pada jam 8.30 malam, 3 September. Diantara barisan selebriti yang terlibat didalam festival ini adalah Raja Azrey, Sathiya, para ilmuan seni budaya dan bakat-bakat teater tanah air yang pastinya akan turut memeriahkan KL Story-Cerita KL 2022.

You Might Also Like

0 comments