Terkini | New

Forum Literasi Undang-Undang Syariah Bertajuk Menganiaya Isteri, Menzalimi Suami. Are You Ok? Kerjasama Antara Ikon Wanita Selangor 2022 Bersama BAGUS

Forum Literasi Undang-Undang Syariah Bertajuk Menganiaya Isteri, Menzalimi Suami. Are You Ok? Kerjasama Antara Ikon Wanita Selangor 2022 Bersama BAGUS

Menerusi Forum Literasi Undang-Undang Syariah Bertajuk Menganiaya Isteri, Menzalimi Suami. Are You Ok? iaitu Kerjasama Antara Ikon Wanita Selangor 2022 Bersama Pusat Bantuan Guaman Syarie
( BAGUS ) kali ini penonton dapat memahami secara lengkap masalah yang selalu dihadapi apabila berdepan dengan isu penganiayaan wanita atau lelaki di dalam perkahwinan dan keluarga.


Keganasan dan penganiayaan dalam perkahwinan atau keluarga sememangnya wujud di kalangan masyarakat hari ini yang menyebabkan punca keretakkan rumahtangga dan penceraian. Tekanan perasaan yang terpaksa di tanggung oleh pasangan, anak menjadi situasi ini bertambah teruk tanpa mengetauhi saluran yang betul untuk menyelesaikannya.


Forum Literasi Undang-Undang Syariah Menganiaya Isteri, Menzalimi Suami. Are You Ok? telah berlangsung pada 14 Januari 2022 di Dewan Rafflesia, Bangunan NIOSH, Anjuran bersama antara Wanita Ikon Selangor dan Persatuan Peguam Syariah Malaysia (PGSM). Forum juga telah mendapat kerjasama dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM), PGSM SELANGOR dan National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH).


Objektif forum ini diadakan antara lain adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai apa yang perlu dilakukan jika berlakunya keganasan rumah tangga. Paling penting bagaimana wanita yang teraniaya memahami hak-hak mereka dan seterusnya mendapat pembelaan yang sewajarnya. Ini terutama buat mereka yang dari golongan B40 serta ibu tunggal.


Ahli panel yang terlibat iaitu Dato’ Dr Mohd Zaidi Bin Hj Md Zain (D.I.M.P) (membincangkan dari sudut Syariah), Dato’ Hazizah Binti Kassim (D.I.M.P) (membincangkan dari segi Undang-Undang) dan Datuk Dr. Norhafizah Musa (membincangkan dari sudut Hukum Syarak). Moderator forum ialah Tuan Mohd Ridhwan Husin.


BAGUS merupakan Pusat Bantuan Guaman Syarie berfungsi dalam menyediakan khidmat Memberikan khidmat nasihat undang-undang (Legal Advice) kepada masyarakat Islam yang ingin mendapatkan nasihat perundangan berhubung proses dan prosedur tuntutan dan menjawab tuntutan mal di Mahkamah Syariah. dan Menyediakan khidmat bantuan guaman (Advocacy Support) iaitu mewakili pihak-pihak untuk membuat tuntutan atau menjawab tuntutan (mal sahaja) di Mahkamah Syariah, dengan kos yang minimum, yang dibiayai oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi tertentu.


Pusat guaman yang sedia membantu pastinya akan lebih ramai lagi golongan terbabit yang kurang berkemampuan boleh mendapatkan hak mereka yang sepatutnya.

Terdapat 2 kategori bantuan dan kelayakan guaman syarie BAGUS yang ditawarkan iaitu:-
Golongan B40 yang bergaji dan berpendapatan isi rumah sebanyak RM4,850 sebulan dan ke bawah (bawah RM58,200 setahun)

Golongan M40 yang memperoleh gaji dan pendapatan isi rumah antara RM4,851 sebulan sehingga RM10,970 sebulan (antara RM58,212 hingga RM131,640 setahun)




Sokongan Dari Ikon Wanita Selangor 2022 Datin Rita Sosilawati, Pihak beliau sendiri bukanlah terhad pada tempoh tertentu. Selain daripada memperkenalkan tentang kewujudan BAGUS, Datin juga berbesar hati untuk membantu wanita/isteri yang teraniaya didalam keganasan rumahtangga untuk bangkit berdikari menambah pendapatan bagi meneruskan kehidupan.








Lokasi BAGUS di seluruh negari yang yang mempunyai cawangan-cawangan PGSM Negeri. Anda cuma perlu buat permohonan untuk khidmat di atas melalui link

Untuk maklumat lanjut program Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS) , boleh layari www.baguspgsm.com.my