Terkini | New

Kahf, Inovasi Baharu Penjagaan Diri Lelaki Formulasi Halal dan Moden untuk Gaya Hidup Lelaki Moden

Kahf, Inovasi Baharu Penjagaan Diri Lelaki Formulasi Halal dan Moden untuk Gaya Hidup Lelaki Moden.

Tahniah di atas pelancaran yang cukup meriah dan promosi pembelian menarik di ioi city Mall


Kahf, jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki halal kini dilancarkan di Malaysia. Kahf yang dibawakan oleh PT Paragon Technology and Innovation, sebuah syarikat kecantikan terbesar dari Indonesia memperkenalkan kejayaan yang relevan dengan keperluan lelaki hari ini. Kahf menyajikan variasi produk penjagaan diri dan kulit yang mendukung elemen halal, berkualiti tinggi dan berinspirasikan alam semula jadi.


Kahf menawarkan kandungan formulasi ringan dan unik dengan teknologi HydroBalanceTM yang mampu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit supaya kulit lebih sihat. Bahan semula jadi istimewa sangat sesuai untuk lelaki dengan gaya hidup aktif, dan berimej moden sekaligus membawa manfaat fizikal, emosi, dan rohani.




Billy Dharmawan, Pengurus Jenama Kahf menjelaskan, "Permintaan terhadap produk penjagaan kulit dan diri lelaki di Malaysia semakin meningkat, tetapi malangnya ramai yang belum menemui jenama yang sesuai dengan kemahuan dan gaya hidup harian mereka. 


Oleh itu, kami berusaha untuk mengisi jurang ini dengan memperkenalkan Kahf, jenama penjagaan diri dan kulit lelaki yang halal, berkualiti tinggi, tayyib, dan diilhamkan oleh alam semula jadi dengan reka bentuk moden sebagai penyelesaian penjagaan kulit dan gaya hidup untuk lelaki hari ini.”


Kahf diilhamkan melalui perkembangan sains dan teknologi moden dengan penyelidikan mendalam dan telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi supaya produk yang dipasarkan selamat digunakan untuk semua jenis kulit.


Rangkaian produk Kahf juga dilengkapi dengan teknologi HydroBalanceTM dengan empat falsafah utama, termasuklah:

I. Purely Cleanse: Membersihkan kulit secara menyeluruh ke liang-liang pori dengan
rangkaian Face Wash
II. Balance and Hydrated: Mengekalkan keseimbangan kelembapan semula jadi kulit
dengan Sunscreen Moisturiser
III. Nourish and Care: Merawat dan menutrisi kulit dengan rangkaian Beard and Hair Care
IV. Exquisite Natural Scent: Eau De Toilette dengan 4 varian wangian yang diinspirasikan
dari alam semula jadi.


Kahf melengkapkan keperluan lelaki dengan menawarkan 3 kategori produk iaitu Penjagaan Kulit (Pencuci Muka dan Pelembap Pelindung Matahari), Minyak Wangi (Eau De Toilette) dan Penjagaan Janggut dan Rambut (Serum dan Minyak).


"Kahf Face Wash” adalah produk unggul dengan formulasi halal, Pure Cleanse kerana ia mampu membersih dengan berkesan, dibuat dengan teknologi HydroBalanceTM dan formulasi selesa yang boleh mengekalkan kelembapan kulit. Kahf juga mempunyai rangkaian Beard and Hair Care yang terbukti berkesan dan sesuai untuk lelaki yang ingin melebatkan janggut yang sihat dengan fungsi antibakteria, kerana ia boleh memastikan kulit wajah bebas daripada jerawat dan bintik hitam," ujar Billy Dharmawan.


"Bukan sekadar menyediakan produk yang berkualiti tinggi, Kahf juga mahu bersama golongan lelaki dalam setiap keputusan dan jalan yang mereka pilih, untuk menjadi manusia yang lebih baik dan memberi kesan positif kepada orang sekeliling selaras dengan kempen Kahf iaitu #JalanYangKupilih. Kahf komited untuk menyokong dan bekerjasama dengan pelbagai komuniti di Malaysia untuk terus menyebarkan semangat kebaikan, supaya ia boleh memberi impak sosial yang positif."


Bagi mengalu-alukan pelancaran rasmi ini, Kahf Malaysia mengadakan acara eksklusif selama 3 hari di LG Floor, West Court, IOI City Mall, Putrajaya dari 28 hingga 30 Oktober 2022. Terdapat pelbagai aktiviti seperti talkshow bersama #Kahfbro, permainan interaktif, hadiah menarik, pertandingan media sosial, diskaun istimewa sehingga 50%, dan banyak lagi.


Bagi meraikan pelancaran ini juga, Kahf turut menganjurkan aktiviti luar iaitu KahfBro Explore - #JalanYangKuPilih, dimana #Kahfbro yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada pempengaruh lelaki, blogger, dan pengembara Malaysia yang melakukan beberapa misi dan tugasan dalam ‘mini explore-race' yang diilhamkan daripada tagline kempen #JalanYangKuPilih.

Produk Kahf kini boleh didapati di Guardian dan Watsons seluruh negara serta secara dalam talian di Shopee dan Tiktok Shop dengan harga yang sangat berpatutan iaitu antara RM19.60 hingga RM45.90.


Tentang Kahf
Kahf ialah jenama penjagaan diri dan kulit lelaki di bawah PT Paragon Technology and Innovation (PTI). Kahf adalah jenama penjagaan kulit lelaki yang halal dan diilhamkan oleh alam semula jadi yang sentiasa berusaha mengutamakan kualiti dalam menyokong gaya hidup aktif lelaki. 

Kahf membawa tagline #JalanYangKuPilih untuk menunjukkan komitmen dalam menyebarkan pengaruh positif yang boleh menemani lelaki dalam setiap jalan yang dipilih untuk menjadi manusia yang lebih baik dan memberi manfaat kepada orang di sekeliling mereka. Sebagai sebuah jenama yang menyokong aktiviti harian seorang lelaki, Kahf juga akan terus bekerjasama dengan pelbagai komuniti gaya hidup lelaki untuk bersama-sama menyebarkan kebaikan mengikut jalan yang mereka pilih.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka di :

Instagram: @kahfeveryday.my
Tiktok: @kahfeveryday.my