Terkini | New

Restoran Cili Kampung Memperkenalkan Set "Dulang" Minum Petang Sempena Ulang Tahun Pertama

Restoran Cili Kampung Memperkenalkan Set "Dulang" Minum Petang Sempena Ulang Tahun Pertama Mereka di pusat beli-belah Hartamas, Kuala Lumpur.


Majlis meraikan ulang tahun Restoran Cili Kampung turut dihadiri tetamu-tetamu jemputan khas, media serta rakan-rakan selebriti. Majlis dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh pemuzik tempatan, selain dihidangkan dengan menu baharu Set Dulang, juadah khas untuk minum petang.


Menurut pengarah eksekutif Cili Kampung Hartamas, Kesavan Purusotman atau lebih mesra dikenali sebagai KC, sebelum membuka cawangan di Kuala Lumpur pada tahun 2021, restoran tersebut sudah bertapak di Langkawi. 


Sambutan memberangsangkan yang diterima telah mendorong mereka untuk melebarkan sayap dengan membuka cawangan seterusnya di Kuala Lumpur. Menghidangkan pelbagai hidangan istimewa resepi turun temurun daripada Negeri Sembilan, Cili Kampung Hartamas telah menarik perhatian ramai sejak awal pembukaannya.



Alhamdulillah, kami berasa amat bersyukur kerana sejak Restoran Cili Kampung mula dibuka pada tahun lalu, kami telah menerima sambutan yang sungguh menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan. Ini adalah diluar jangkaan kerana dalam keadaan ekonomi yang kembali pulih selepas negara mula memasuki fasa endemik, kami menjangkakan orang ramai akan lebih prihatin terhadap restoran yang mereka pilih untuk menjamu selera,”


kata Khairil Izwan, yang juga merupakan pengarah Cili Kampung Hartamas. Tambah KC lagi, pihak bercadang untuk membuka 3 buah cawangan lagi dalam masa yang terdekat di samping membuka beberapa cawangan ‘Cili Kampung Ekspres’ yang berkonsepkan kiosk bagi membolehkan mereka untuk mendekati lebih ramai pelanggan untuk menawarkan produk-produk berbentuk sedia untuk dimakan.



Sempena ulang tahun pertama Cili Kampung Hartamas, mereka turut memperkenalkan sebuah menu baharu untuk minum petang iaitu Set Dulang yang sesuai dinikmati untuk 2 orang. Tersedia untuk pesanan pada setiap hari bekerja dari jam 3:30 petang sehingga jam 6 petang.


Set Dulang ini juga menghidangkan Lontong dan Udang Goreng Tepung yang disertakan dengan kuih-muih tradisional seperti onde-onde puding bakar, karipap pandan, cucur udang, pisang goreng dan cucur badak, yang dihidangkan bersama sambal kicap pedas dan sambal cili merah. 


Setiap hidangan set Dulang turut didatangkan dengan pilihan minuman Teh Tarik, Kopi Kampung atau Teh Panas.




Dengan sokongan 30 kakitangan sepenuh masa, Cili Kampung dibuka setiap hari dengan bermula dengan menu makan tengah hari yang bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 3:30 petang, manakala menu minum petang mula dihidangkan pada jam 3:30 petang sehingga 6 petang, sebelum disambung dengan menu makan malam pada jam 6 petang sehingga 10 malam. 



Untuk maklumat lanjut Restoran Cili Kampung, Hartamas anda boleh ke laman web dan laman sosial media mereka di Facebook dan Instagram untuk mengetahui promosi terkini daripada mereka.