Terkini | New

Sesi Ramah Mesra VIU Media Bersama Barisan Pelakon IJAB KABUT!

Sesi Ramah Mesra VIU Media Bersama Barisan Pelakon IJAB KABUT!

Tahniah kepada peminat yang berjaya bersama-sama berpeluang bersama artis kesayangan mereka!


Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka PCCW, melancarkan siri drama Viu Original Malaysia terbaharu Ijab Kabut baru-baru ini. Siri romantik komedi ini mengisahkan tentang seorang bakal pengantin yang sedang berusaha untuk menjayakan majlis perkahwinan impiannya.



Dengan penstriman siri Viu Original yang sedang mencapai kemuncak, kami ingin menjemput seorang wakil daripada pihak anda untuk menghadiri sesi Meet & Greet Ijab Kabut, bersama Deanna, Mat dan Khai secara lansung.




Viu Malaysia menawarkan peluang untuk menyelami isi hati barisan pelakon berbakat Ijab Kabut yang terdiri daripada Azira Shafinaz, Iedil Dzuhrie Alaudin, dan juga Fadlan Hazim untuk mendengar perkongsian mereka tentang cinta, perkahwinan, dan cabaran mereka dalam melakonkan watak di dalam Ijab Kabut dan menjadi sebahagian daripada barisan pelakon hebat untuk Viu Malaysia.





Tetamu jemputan turut berpeluang untuk beramah mesra bersama barisan pelakon Ijab Kabut, Azira Shafinaz, Iedil Dzuhrie Alaudin dan Fadlan Hazim. Tahniah juga kepada pemenang bertuah yang menerima cabutan bertuah Viu Malaysi.





Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan sosial media mereka di www.viu.com/ dan https://www.facebook.com/ViuMalaysia/