Terkini | New

Universiti Teknologi MARA dan Wanita Ikon Selangor Memulakan Langkah Pertama Untuk Mempromosikan Kesihatan Psiko – Sosial Melalui "ARE YOU OKAY CENTRE"

Universiti Teknologi MARA dan Wanita Ikon Selangor Memulakan Langkah Pertama Untuk Mempromosikan Kesihatan Psiko – Sosial Melalui "ARE YOU OKAY CENTRE"

Tahniah kepada Universiti Teknologi MARA dan Wanita Ikon Selangor yang telah menandatangani Surat Hasrat (LOI) di antara Universiti Teknologi MARA dan Wanita Ikon Selangor 2022 yang telah berlangsung di Ruang Legar, Aras 7, Bangunan Canselori Tuanku Syed Sirajuddin UiTM Shah Alam.


Surat Hasrat ditandatangani oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM bersama dengan Wanita Ikon Selangor 2022 dan YBhg. Datin Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau lebih dikenali dengan panggilan Datin Rita Sosilawati. 



Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Pn. Wan Noraini Wan Yusoff, Pengarah Pusat Kerjaya & Kaunseling, BHEP, YBrs. En. Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim, Timb. Pendaftar BHEP serta YBrs. En. Rasydan Mohd Hassan, Yang Dipertua MPP UiTM.



Majlis ini diadakan bagi memformalkan kerjasama berbentuk penubuhan sebuah pusat yang diberi nama “Are You Okay Centre” yang akan berfungsi sebagai “initial step” dalam menangani isu-isu berkaitan psiko-sosial dan kesihatan mental. Pusat ini akan dikendalikan oleh sukarelawan dalam kalangan pelajar yang terpilih dan terlatih, dengan dikawal selia oleh Pegawai Psikologi berpengalaman dari UiTM sendiri.


Antara Objektif utama penubuhan “Are You Okay Centre” ialah:

-Sebagai medium interaktif sesama warga UiTM yang terdiri daripada golongan pelajar dan staf dalam berkongsi masalah yang menyumbang kepada tekanan dan masalah mental.

-Pusat ini bertindak dalam membantu mencadangkan saluran yang betul kepada pihak yang berkaitan untuk diambil tindakan. Ini kerana, ramai orang yang mempunyai masalah, tidak tahu ke manakah saluran yang betul untuk menyelesaikan belenggu mereka.

-Berfungsi sebagai tempat bagi aktiviti-aktiviti sihat minda di kalangan warga UiTM dan komuniti setempat.


Semoga hasrat penubuhan “Are You Okay Centre” akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat. Hal ini adalah kerana, selain dari salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang harus dilaksanakan sebagai Wanita Ikon Selangor 2022. 




Penubuhan pusat ini juga merupakan “giving back to UiTM” oleh Datin Rita Sosilawati yang merupakan salah seorang alumni UiTM. Semoga semua berjalan lancar dan berpanjangan hendaknyaNya.