Terkini | New

Konsert Resolusi Exists yang dibawakan oleh ImagineX Berjaya Mengumpulkan 1000 peminat Exists

Konsert Resolusi Exists yang dibawakan oleh ImagineX Berjaya Mengumpulkan 1000 peminat Exists.


Konsert Resolusi Exists yang dipentaskan di Zepp Kuala Lumpur tetap hangat dan meriah mrnjadikan kumpulan ini sentiasa mekar di hati peminat hiburan Malaysia. Dianggotai antara pemuzik terbaik negara, Ajai (keyboard), Along (gitar), Musa (bass), Ujang (drum) dengan penyanyi asal Mamat, kumpulan yang kini berusia lebih 30 tahun ini menghiburkan lebih 1,000 peminat mereka 18 Nov lepas.



Peminat Exists yang rata-rata membesar dengan lagu mereka untuk tetap hadir ke konsert anjuran ImagineX dan perembahan lebih dua jam itu turut menampilkan dua penyanyi undangan, Pasha dan Eiz, telah membuai peminat setia mereka bernostalgia melalui lebih 20 lagu.




Mamat dengan vokalnya masih berbisa menyanyikan lagu-lagu ikonik dari album terdahulu mereka seperti Anugerah, Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu dan Janji Padamu manakala penyanyi generasi baharu Eiz dan Pasha banyak mendendangkan lagu dari album Exists bersama Ezad yang tidak dapat hadir kerana rumahnya dilanda banjir.




Meski bertukar vokalis, ia seakan tidak memberi masalah kepada Exists kerana mood dan feel lagu-lagu Exists kekal kental, jelas menunjukkan kekuatan kumpulan ini ada pada lagu-lagu mereka. Kami percaya kepada kemampuan kedua-dua penyanyi ini. Dan, sebelum memilih mereka pun, Pasha dan Eiz sering bersama kami. Pasha adalah anak didik saya, manakala Eiz pula anak didik Along.





Exists bakal beraksi lagi untuk Konsert Exists Reunion Tour Singapore di Theatre at Mediacorp, Singapura 14 Januari depan.